Jika diimbas kembali sejarah politik negara, MCA yang mewakili suara rakyat Cina adalah di antara parti politik bersama-sama Perikatan menuntut kemerdekaan negara dan MCA juga telah bersama-sama Barisan Nasional meletakkan kemakmuran dan kejayaan negara sehingga hari ini.
MCA juga sangat setia ketika pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahun dan bersama-sama berhadapan dengan setiap serangan mahupun campur tangan politik asing.
Namun apa yang telah disarankan Dr Mahathir baru-baru ini ketika ditemubual oleh Australia Broadcasting Corp (ABC) untuk membenarkan campur tangan politik asing berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak adalah sebagai satu pengkhianatan kepada negara.
Bagi Pengerusi Biro Keharmonian Agama, Datuk Sri Ti Lian Ker berpandangan yang pasti ada di antara di pihak pembangkang juga tidak akan bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir itu kerana jika kuasa asing dibenarkan campur tangan di dalam hal ehwal negara maka sama seperti menyerahkan kedaulatan negara dan pemerintahan sendiri kepada mereka.
Di dalam keadaan Dr Mahathir yang sedang sangat terdesak dan mengatakan yang kita telah habis segala usaha dan untuk mengatakan satu keperluan campur tangan asing adalah satu kegilaan politiknya yang tidak pernah gagal dalam menewaskan mana-mana pemimpin yang dikehendakinya.
Bila diimbas kembali, dari Perdana Menteri pertama sehinggalah Tun Abdullah Badawi melainkan Tun Razak, telah ditewaskan Dr Mahathir sehingga mereka telah melepaskan jawatan masing-masing. Kegilaan Dr Mahathir untuk menentukan segalanya dan jika boleh di seluruh dunia dengan caranya dan beliau juga sering berubah-ubah pendirian asalkan matlamat dapat menghalalkan caranya.
MCA juga berpandangan yang ketika ini tiada sebarang krisis politik dan perlembagaan serta institusi hari ini tidak seperti zaman pemerintahan kuku besi Dr Mahathir di mana badan kehakiman telah diganggu dan dicemari, beliau penjarakan mereka-mereka melalui operasi besar-besaran dan dengan ugutan.
Rakyat tahu dan Dr Mahathir juga tahu yang sememangnya terdapat kuasa-kuasa asing dan kepentingan asing yang sentiasa bersedia untuk mengganggu-gugat serta cuba menentukan hala tuju politik negara melalui pengaruh, kuasa dan terutama kawalan media.
Oleh itu saranan Dr Mahathir agar dibenarkan campur tangan asing dalam urusan negara adalah satu penghinaan terhadap maruah dan kedaulatan negara.
Negara kita acuan kita, itulah kata-kata yang pernah diperkatakan Dr Mahathir dan beliau seharusnya juga menghormati proses demokrasi politik negara yang ditentukan rakyat di peti undi pada setiap pilihanraya umum. Janganlah pula Dr Mahathir cuba memperkecilkan mandat rakyat dan memusnahkan tradisi dan konvensyen politik negara.
Maka inilah sebabnya MCA tidak dapat bersetuju dengan cara Dr Mahathir yang menjemput kuasa asing campurtangan untuk "menjajah" negara kita sekali lagi.
No comments:
Post a Comment