Wednesday, April 06, 2016

MCA CABAR PENDIRIAN PEMIMPIN DAP DALAM PENGLIBATAN ISTERI GUAN ENG


Lim Guan Eng bukan rakyat biasa tetapi seorang kakitangan awam yang dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Di dalam isu kontroversi bungalonya yang telah didedahkan di mana beliau telah dengan sengaja membeli di bawah harga pasaran semasa, MCA telah mendedahkan yang isterinya Betty Chew telah menguruskan hal-hal yang melibatkan segala dokumentasi dan perjanjian jual beli melalui syarikat guamannya.

Lebih menarik apabila didapati segala dokumen perjanjian ini telah dilengkapkan pada Ogos 2015 dan pada Disember 2015, Betty telah bekerja dengan syarikat guaman yang lain pula.

Bagi MCA, mungkin dari segi perundangan ia tidak salah tetapi Lim Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan isterinya pula yang mengaturkan segala dokumentasi melalui syarikat guaman yang beliau bekerja sehingga mampu membeli dengan harga yang sangat murah di bawah harga pasaran semasa.

Oleh itu, MCA mencabar semua pemimpin-pemimpin DAP terutama ahli-ahli Parlimen dan ahli DUN Pulau Pinang untuk menyatakan apakah mereka bersetuju dengan penglibatan isteri Guan Eng ini. Apakah ia beretika dan dilakukan secara profesional?

Cabaran ini telah mendapat sokongan dari YB Teh Yee Cheu, ahli DUN Tanjung Bungah DAP yang inginkan Guan Eng bukan sekadar bercakap mengenai nilai integriti tetapi perlu sealiran dengan perlaksanaannya juga. Guan Eng adalah pemimpin tertinggi di Pulau Pinang dan juga di dalam parti DAP, maka adalah tidak wajar dan tidak betul jika dilihat dari segi perspektif sebagai seorang pemimpin.

Ketika kontroversi isu bungalo Guan Eng telah didedahkan, beliau telah memberi alasan yang ia dibeli dengan harga lebih murah disebabkan tiada kolam renang sehingga ia menjadi bahan lawak rakyat Malaysia. Kemudian disambut pula dengan lawak dari Teresa Kok yang mengaitkan dengan 'feng shui'.

Tetapi isu bungalo ini bukan sekadar sekitar harga yang murah tetapi isu yang lebih besar adalah hubungan Guan Eng dengan pemilik asalnya Miss Phang yang menjadi pengarah Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC). Syarikat KLIDC telah diberi kelulusan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai Guan Eng untuk membeli tanah Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk membina perumahan rakyat miskin.

Di sinilah pemimpin-pemimpin DAP samada cuba mengelak dan menutup dari menjawab isu sebenar. Namun, minda dan kepintaran rakyat tidak mampu ditutup mereka dan kini tiba masanya DAP menyahut cabaran MCA jika mereka masih ingin menyalak yang merekalah parti yang sentiasa memerangi salah guna kuasa dan apa saja yang berkaitan rasuah.

DAP JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN DAN BIKIN TAK SERUPA CAKAP!
 

No comments: