Penerangan CEO 1MDB selepas siasatan PAC, namun masih ada yang enggan untuk faham sepertimana kenyataan Arul Kanda di bawah;
KENYATAAN MEDIA
Oleh Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB
Dikeluarkan pada 13 April 2016
Untuk hebahan segera
HENTIKAN MENUDING JARI, TONY
“Dengan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Tony Pua pagi ini, saya secara khusus menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya mengetahui tentang pembubaran Aabar BVI, melainkan dari apa yang day baca melalui laporan akhbar. Saya mencabar YB Tony untuk mengemukakan bukti terhadap tuduhan berniat jahat tersebut.
Dengan merujuk kepada penafian oleh IPIC baru-baru ini dan pengumuman yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, menunjukkan bahawa 1MDB kemungkinan adalah mangsa penipuan, 1MDB bersedia untuk menjawab segala kekeliruan. Pengumuman selanjutnya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Namun, YB Tony tetap tidak mahu berhenti untuk mengelirukan orang ramai. Dalam kenyataannya pada hari ini, dia begitu mudah untuk lupa menyatakan, walaupun 1MDB telah membeli aset tenaga pada nilai anggaran RM12 bilion dan menjualnya pada RM9.83 bilion, syarikat ini juga telah menerima hampir RM2 bilion dalam bentuk dividen tunai ketika masih memiliki aset tersebut dan jumlah keseluruhan adalah RM11.83 bilion (iaitu keuntungan dalam tunai, menghampiri modal asal).
YB Tony juga mengetahui akan fakta ini, seperti yang dilaporkan oleh Hansard ketika saya menerangkannya ketika prosiding PAC berlangsung, namun dia tetap memilih untuk menyembunyikannya dan terus mengelirukan rakyat Malaysia.
Beliau juga turut serta bersetuju bersama dengan yang lainnya ke atas Laporan PAC tersebut, yang mana kini telah dibentangkan dan PDRM telah mengesahkan bahawa siasatan sedang berjalan. YB Tony sepatutnya berhenti dari terus menuding jari dan membiarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.”
- Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB
1 comment:
IMDB mana Ada untung Dan pemangkin kpd ekon Mal.
Post a Comment