Showing posts with label Greater KL dan Lembah Klang. Show all posts
Showing posts with label Greater KL dan Lembah Klang. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

PRIHATIN SPAD JAWAB ADUAN RAKYAT DALAM ISU BNR



Di dalam melaksanakan rombakan rangkaian bas atau 'bus network revamp (BNR) di sekitar Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang oleh pihak SPAD yang telah pun bermula pada bulan Disember lalu, pasti akan ada beberapa kelemahan dan tidak kurang rasa janggal terutama di kalangan pengguna harian.

Segala aduan dan maklumbalas pengguna adalah penting bagi memastikan segalanya berjalan lancar agar pengguna bas terus dapat menikmati perkhidmatan yang terbaik dan rombakan rangkaian bas dilaksanakan dengan lancar.

Perlu kita ingat, perancangan 'bus network revamp (BNR) ini telah mengambil langkah-langkah perundingan dengan operator bas selama setahun, kajian pengguna dititikberatkan serta pihak SPAD sendiri telah turun padang untuk membuat kajian dan penilaian perjalanan setiap laluan bas di sekitar Lembah Klang.

Pihak SPAD juga telah mengambil langkah agar rakyat bersama-sama menyertai tempuh percubaan perlaksanaannya di mana telah disediakan platform untuk membuat aduan di talian dan juga menyertai perbincangan di laman sosial merekas eperti di Facebook dan Twitter. Namun, masih ada juga kejadian yang di luar jangkaan seperti yang ditulis di ruangan Cars, Bikes and Trucks yang wajar diperjelaskan.

Di dalam kajian SPAD, seramai 400,000 pengguna harian bergantung kepada perkhidmatan bas di sekitar kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) dan rombakan rangkaian bas ini adalah inisiatif utama di bawah pengangkutan awam NKRA untuk memperbaiki sistem laluan dan meningkatkan jumlah bas daripada yang sediada di sekitar GKL dan Lembah Klang.

Yang pasti, di bawah rombakan ini, jumlah bas akan meningkat di laluan yang sesak dan di laluan yang kurang penumpang pula akan dibuat laluan baru. Akhirnya, peranan bus henti-henti ini akan lebih berfungsi dan bertambah baik apabila kita menyedari yang ia akan menjadi satu penyelesaian kepada perjalanan awal dan akhir penumpang. Manakala, industri bas henti-henti ini akan menjadi satu perniagaan yang berdaya maju.

Di dalam perancangan SPAD, maklumat adalah sangat penting untuk penumpang. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dan masih dilakukan. Di antaranya adalah sebaran brosur, poster-poster gergasi yang diletakkan di 10 panel maklumat di hentian utama bas, khidmat pengumuman awam di stesen-stesen radio perdana dan maklumat-maklumat BNR di media-media cetak.

Sebaran maklumat tidak terhenti di situ saja, SPAD juga membuka ruang aduan dan pertanyaan di laman rasmi Facebook dan Twitter SPAD di mana penduduk bandar mudah untuk berkomunikasi secara online.

Tidak dinafikan, setiap perancangan akan nampak mudah di atas kertas tetapi apabila tiba masa untuk melaksanakannya, kita pasti akan menghadapi beberapa kelemahan dan rintangan. Di dalam peringkat awal ini, memang terdapat isu operasi di beberapa laluan dan pihak SPAD telah pun bertindak dan akan terus memantau.

Di dalam isu yang telah dibangkitkan media berkenaan pengusaha yang terlibat di dalam BNR ini, pihak SPAD telah memberi amaran dan tempoh masa telah ditetapkan untuk mereka perbaiki perkhidmatan mereka. Pihak SPAD juga telah memaklumkan kepada pengusaha terbabit yang tindakan tegas akan dikenakan sekiranya mereka masih gagal.

Pihak SPAD bukan sahaja respon kepada aduan di hotline dan email ataupun di FB rasmi mereka, malahan mereka telah menyediakan satu sistem pemantauan iaitu Performance Monitoring Hub System (PMHS) yang juga dipantau dengan unit GPS yang dipasang di setiap bas. GPS ini adalah untuk memantau setiap pergerakan bas di laluan yang telah ditetapkan tetapi malangnya, apabila pasukan SPAD membuat pemeriksaan, didapati GPS yang telah dipasang telah tidak berfungsi oleh pemandu bas berkenaan.

Bagi membantu  agar industri bas henti-henti ini dapat bernafas dan meneruskan perniagaan mereka serta memperbaiki mutu perkhidmatan mereka, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM470 juta sejak tahun 2012 di bawah Kumpulan Wang Interim Stage Bas Sokongan (ISBSF). Semua pengendali yang memenuhi keperluan, dan boleh menyediakan dokumentasi yang diperlukan adalah layak untuk memohon sokongan daripada dana ini. Setakat ini, 195 pengendali layak untuk pembiayaan itu telah menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan. Malangnya,
Metrobus adalah di antara pengusaha bas yang tidak dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh SPAD.

Walaupun di pihak media mungkin berusaha untuk berkongsi pandangan daripada penumpang-penumpang bas, namun pada masa yang sama mereka juga seharusnya memaklumkan kepada pembaca agar sentiasa menyalurkan aduan merekaterus kepada SPAD agar tindakan lebih berkesan diperolehi dan masalah mereka dapat diatasi.

Sesungguhnya, agenda SPAD dalam perlaksanaan BNR ini hanyalah ingin memastikan industri bas henti-henti terus berdaya saing dan mampu menjalankan perniagaan mereka dan rakyat pula akan terus menikmati perkhidmatan bas dengan mutu yang baik dan boleh dipercayai.

Monday, December 21, 2015

KEMASKINI MUKTAKHIR DARI SPAD BAGI PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI


Penyusunan semula laluan bas henti-henti di KL dan Lembah Klang telah pun bermula sejak 1 Disember lalu dan maklumat terperinci laluan baru ini boleh di dapati ... DI SINI. Sepanjang tempoh percubaan ini, pihak SPAD sentiasa memantau  dan mengambil tindakan proaktif agar setiap permasalahan operasi dapat diatasi dan diperbaiki sebelum dilaksanakan sepenuhnya sebelum akhir tahun ini juga.

Segala usaha untuk menstabilkan jadual bas telah diperolehi melalui pemantauan laluan dan kekerapan harian dan yang pasti dari maklum balas dari pihakpengguna. Setakat ini ada 3 perkara utama yang diberi perhatian pihak SPAD;

a. Mengatasi kekurangan bas
b. Menurunkan masa menunggu
c. Menstabilkan perkhidmatan

Bagi mengatasi kekurangan bas, pihak SPAD telah mengerahkan 59 bas tambahan secara berperingkat ke kawasan permintaan yang tinggi. Sebagai penyelesaian jangka pendek, pengendali bas yang terlibat akan menyewa bas sehingga bas yang mencukupi.

Di antara kawasan yang mengalami masalah operasi yang ketara adalah sepanjang Koridor Jalan Ipoh dan Sungai Besi di mana laluan permintaan tingginya merangkumi Kepong, Selayang dan Puchong. Bagi menstabilkan kekerapan bas, bermula 18 Disember lalu, laluan ini telah menyediakan bas tambahan.

Sebanyak 22 buah bas tambahan telah disediakan di Koridor Jalan Ipoh meliputi kawasan Taman Ehsan, Sri Sinar, Bandar Baru Selayang dan Selayang Utama. Manakala 10 buah bas tambahan lagi telah dikerahkan untuk Koridor Sungai Besi yang meliputi Serdang dan laluan dari Putrajaya ke Bandar Utama.

Selain daripada itu, pengendali yang menyediakan perkhidmatan bagi Koridor Lebuhraya Persekutuan akan menambah 27 buah bas bagi meliputi kawasan yang berikutnya; Kampung Delek, Pandamaran, Sri Pendamar, Johan Setia, Sungai Rasau, Banting dan Bandar Klang pada 25 Disember.
TERKINI, pengumuman muktahir sekali adalah laluan 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni) di sepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang Koridor Sungai Besi akan dikendalikan semula oleh RapidKL yang telah pun berkuatkuasa pada 21 Disember 2015. Waktu operasinya pula adalah dari 5:30 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

Laluan 506 pula akan beroperasi dari 6:00 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

RapidKL Mengendalikan Laluan 600 dan Laluan 506 Berkuatkuasa 2...
Berkuat kuasa 21 Disember 2015, laluan 600 dan laluan 506 mula dioperasi oleh RapidKL.Laluan 600 (Puchong Utama – HAB Pasar Seni) waktu operasi dari 5:30 a.m. -11:30 p.m. dengan kekerapan setiap 10 minit.Laluan 506 (Putrajaya Sentral – Bandar Utama) operasi dari 6:00 a.m. -11:30 p.m. dengan kekerapan setiap 30 minit.
Posted by Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD on Sunday, December 20, 2015

Bagi menjamin kekerapan perkhidmatan tidak terganggu, pihak SPAD akan mengambil tindakan tegas kepada pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Di antara tindakannya termasuk memberi laluan kepada pengendali bas lain yang lebih berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Dengan pemantauan dan pemerhatian rapi serta maklumbalas dari pengguna, pihak SPAD ingin memaklumkan yang perlaksanaan ini tidak statik dan mereka sentiasa terbuka kepada pengajian semula dan sentiasa memperbaiki laluan serta jadual perjalanan berpandukan maklumbalas pengguna. Di samping itu, pihak SPAD sentiasa memantau operasi pengendali-pengendali bas dengan Sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Monitoring Hub System atau PMHS).

Segala maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr dan juga digalakkan menghubungi pihak SPAD di talian 1 -800-88-7723 (SPAD) serta e-melkan pandangan anda ke aduan@spad.gov.my atau berkongsi pandangan di Facebook rasmi.

Diharap menjelang 31 Disember nanti, segala perancangan untuk melihat perjalanan perkhidmatan bas henti-henti bertambah lancar dan lebih efisien.

Tuesday, December 01, 2015

LALUAN BAS HENTI-HENTI DI KL DAN LEMBAH KLANG BERUBAH ... APA KITA PERLU TAHU?

Jangan panik! Perubahan laluan bas henti-henti di KL dan Lembah Klang sebenarnya disusun semula dengan lebih teratur dan ia juga telah membuka beberapa laluan baru. Penyusunan semula laluan bas KL dan Lembah Klang ini dibahagi kepada 8 kawasan atau dipanggil koridor. 

Laluan ini dibahagi kepada;
Koridor 1 - Jalan Ipoh
Koridor 2 - Jalan Pahang
Koridor 3 - Ampang
Koridor 4 - Cheras
Koridor 5 - Sg. Besi
Koridor 6 - Klang Lama
Koridor 7 - Federal Highway dan;
Koridor 8 - Damansara

Untuk pengetahun semua, sebelum laluan koridor ini disusun semula, pihak SPAD telah membuat tinjauan, kajian serta mengadakan siri perbincangan di antara pengusaha bas dan sesi perjumpaan bersama orang awam juga telah diadakan sejak 23 November 2015 di semua 8 koridor.

Apa yang perlu kita tahu?

Kesemua 8 laluan koridor bas dilengkapi dengan sistem penomboran. Apabila kesemua laluan koridor bas ini disusun dengan nombor maka kita akan lebih mudah mengingatinya seperti berikut;


Rangkaian perkhidmatan bas dan kawasan perkhidmatannya pula adalah seperti berikut;


Contoh;


Laluan koridor lain pula boleh dilayari dan dimuatnaik di laman web SPAD dan juga di Facebook...

Untuk kemudahan panduan peta laluan pula, pihak SPAD telah menyediakan panel maklumat terperinci di kesemua 8 koridor yang terletak di perhentian bas yang terpilih. Maklumat merangkumi nombor laluan dan maklumat jadual bas. Bagi tahun 2016 ini, di sekitar Greater KL sebanyak 3,000 panel maklumat akan dibina dan selebih 3,700 pula akan dilengkapkan pada tahun 2017.

Apakah kadar tambang akan naik?
Tidak. Kadar tambang kekal seperti yang telah diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan pada tahun 2009.

Apakah penyususan semula ini menghubungi perkhidmatan pengangkutan awam lain?
Pasti. Laluan susunan semula perkhidmatan bas adalah sebagai mod pengantara utama ke stesen rel dan terminal bas.

Apakah perubahan ketara dan manfaat yang diperolehi penyusunan semula ini?

a. Laluan baru dibuka
b. Laluan lebih luas dan menyeluruh
c. Kekerapan bas ditingkatkan
d. Waktu menunggu yang lebih pendek
e. Pemantauan prestasi perkhidmatan bas oleh SPAD
    - Semua bas dilengkapi dengan Unit Onboard (OBU)  
     secara  berperingkat.

Jika ada masalah, apa perlu anda lakukan?
Samada layari laman web SPAD(BNR) atau hubungi 1-800-88-7723 dan anda juga boleh dapatkan maklumat-maklumat tambahan serta perjalanan laluan bas.