Showing posts with label NKRA. Show all posts
Showing posts with label NKRA. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

PRIHATIN SPAD JAWAB ADUAN RAKYAT DALAM ISU BNR



Di dalam melaksanakan rombakan rangkaian bas atau 'bus network revamp (BNR) di sekitar Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang oleh pihak SPAD yang telah pun bermula pada bulan Disember lalu, pasti akan ada beberapa kelemahan dan tidak kurang rasa janggal terutama di kalangan pengguna harian.

Segala aduan dan maklumbalas pengguna adalah penting bagi memastikan segalanya berjalan lancar agar pengguna bas terus dapat menikmati perkhidmatan yang terbaik dan rombakan rangkaian bas dilaksanakan dengan lancar.

Perlu kita ingat, perancangan 'bus network revamp (BNR) ini telah mengambil langkah-langkah perundingan dengan operator bas selama setahun, kajian pengguna dititikberatkan serta pihak SPAD sendiri telah turun padang untuk membuat kajian dan penilaian perjalanan setiap laluan bas di sekitar Lembah Klang.

Pihak SPAD juga telah mengambil langkah agar rakyat bersama-sama menyertai tempuh percubaan perlaksanaannya di mana telah disediakan platform untuk membuat aduan di talian dan juga menyertai perbincangan di laman sosial merekas eperti di Facebook dan Twitter. Namun, masih ada juga kejadian yang di luar jangkaan seperti yang ditulis di ruangan Cars, Bikes and Trucks yang wajar diperjelaskan.

Di dalam kajian SPAD, seramai 400,000 pengguna harian bergantung kepada perkhidmatan bas di sekitar kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) dan rombakan rangkaian bas ini adalah inisiatif utama di bawah pengangkutan awam NKRA untuk memperbaiki sistem laluan dan meningkatkan jumlah bas daripada yang sediada di sekitar GKL dan Lembah Klang.

Yang pasti, di bawah rombakan ini, jumlah bas akan meningkat di laluan yang sesak dan di laluan yang kurang penumpang pula akan dibuat laluan baru. Akhirnya, peranan bus henti-henti ini akan lebih berfungsi dan bertambah baik apabila kita menyedari yang ia akan menjadi satu penyelesaian kepada perjalanan awal dan akhir penumpang. Manakala, industri bas henti-henti ini akan menjadi satu perniagaan yang berdaya maju.

Di dalam perancangan SPAD, maklumat adalah sangat penting untuk penumpang. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dan masih dilakukan. Di antaranya adalah sebaran brosur, poster-poster gergasi yang diletakkan di 10 panel maklumat di hentian utama bas, khidmat pengumuman awam di stesen-stesen radio perdana dan maklumat-maklumat BNR di media-media cetak.

Sebaran maklumat tidak terhenti di situ saja, SPAD juga membuka ruang aduan dan pertanyaan di laman rasmi Facebook dan Twitter SPAD di mana penduduk bandar mudah untuk berkomunikasi secara online.

Tidak dinafikan, setiap perancangan akan nampak mudah di atas kertas tetapi apabila tiba masa untuk melaksanakannya, kita pasti akan menghadapi beberapa kelemahan dan rintangan. Di dalam peringkat awal ini, memang terdapat isu operasi di beberapa laluan dan pihak SPAD telah pun bertindak dan akan terus memantau.

Di dalam isu yang telah dibangkitkan media berkenaan pengusaha yang terlibat di dalam BNR ini, pihak SPAD telah memberi amaran dan tempoh masa telah ditetapkan untuk mereka perbaiki perkhidmatan mereka. Pihak SPAD juga telah memaklumkan kepada pengusaha terbabit yang tindakan tegas akan dikenakan sekiranya mereka masih gagal.

Pihak SPAD bukan sahaja respon kepada aduan di hotline dan email ataupun di FB rasmi mereka, malahan mereka telah menyediakan satu sistem pemantauan iaitu Performance Monitoring Hub System (PMHS) yang juga dipantau dengan unit GPS yang dipasang di setiap bas. GPS ini adalah untuk memantau setiap pergerakan bas di laluan yang telah ditetapkan tetapi malangnya, apabila pasukan SPAD membuat pemeriksaan, didapati GPS yang telah dipasang telah tidak berfungsi oleh pemandu bas berkenaan.

Bagi membantu  agar industri bas henti-henti ini dapat bernafas dan meneruskan perniagaan mereka serta memperbaiki mutu perkhidmatan mereka, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM470 juta sejak tahun 2012 di bawah Kumpulan Wang Interim Stage Bas Sokongan (ISBSF). Semua pengendali yang memenuhi keperluan, dan boleh menyediakan dokumentasi yang diperlukan adalah layak untuk memohon sokongan daripada dana ini. Setakat ini, 195 pengendali layak untuk pembiayaan itu telah menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan. Malangnya,
Metrobus adalah di antara pengusaha bas yang tidak dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh SPAD.

Walaupun di pihak media mungkin berusaha untuk berkongsi pandangan daripada penumpang-penumpang bas, namun pada masa yang sama mereka juga seharusnya memaklumkan kepada pembaca agar sentiasa menyalurkan aduan merekaterus kepada SPAD agar tindakan lebih berkesan diperolehi dan masalah mereka dapat diatasi.

Sesungguhnya, agenda SPAD dalam perlaksanaan BNR ini hanyalah ingin memastikan industri bas henti-henti terus berdaya saing dan mampu menjalankan perniagaan mereka dan rakyat pula akan terus menikmati perkhidmatan bas dengan mutu yang baik dan boleh dipercayai.

Saturday, June 15, 2013

TAHANAN POLIS DILAYAN SEBAGAI BUKAN PESALAH....


Pihak PDRM akan berusaha untuk memastikan pegawai-pegawai mereka yang berurusan dengan tahanan-tahanan polis sebagai orang tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. Prinsip ini mesti dilaksanakan oleh setiap pegawai PDRM.

"Kami prihatin tentang kebajikan semua, termasuk tahanan-tahanan dalam penjara. Mereka tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah," kata Pengarah NKRA PDRM, Ayob Yaakob. 

Sekiranya inginkan mereka lebih profesional dalam menjalankan tugas,  mereka haruslah terdahulu dilengkapi dengan  latihan lengkap dengan ilmu pengetahuan dan tahap keyakinan serta kemudahan-kemudahan.

Bukit Aman akan bertindak sebagai fasilitator di dalam perkara ini dan menyediakan segala keperluan. Adalah tidak adil dengan hanya memberi arahan tetapi tidak melengkapkan mereka dengan maklumat dan latihan kerja.
Maklumbalas yang diterima mengenai kesalahan tindakan polis, masalah-masalah di dalam tahanan adalah perit untuk didengar, tetapi ia mestilah dijelaskan untuk kembalikan kepercayaan rakyat.

Rakyat masih beri kepercayaan kepada polis. 

Memang sesuatu yang bagus jika mereka menegur kerana ini menunjukkan mereka masih meletak kepercayaan kepada polis dan mereka inginkan penambahbaikan dan juga pihak berkuasa yang boleh mereka percayai. 

Oleh yang demikian bagi pihak PDRM, beliau menyarankan semua pegawai-pegawai polis mematuhi prosedur operasi standard yang sedia ada, membantu pegawai-pegawai atasan memperbaiki prestasi mereka ke arah kebaikan perkhidmatan badan beruniform dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.
Beliau juga mengumumkan satu syarikat perunding antarabangsa, Frost & Sullivans telah dilantik untuk membuat kajian bagaimana pandangan rakyat terhadap lelaki dan wanita yang beruniform biru.

"Kita ingin menilai persepsi rakyat terhadap PDRM dan apakah mereka berasa selamat di bawah pengawasan polis."
Enam bulan pertama hasil kajian, akan digunakan untuk membentuk satu pelan tindakan bagi menngenalpasti apa-apa kelemahan.

Kedua, adalah penilaian persepsi rakyat yang berterusan serta maklumbalas di mana satu jangkamasa akan ditetapkan dan jika perlu akan dilanjutkan.

Hasil dari kajian ini akan dijadikan kayu pengukur bagi pihak PDRM merancang  pembaharuan dan inisiatif-inisiatif baru.

Peruntukan bagi perlaksanaan ini adalah dari peruntukan khas yang disediakan untuk pelaksanaan NKRA.