Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts
Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

TRAGEDI GENTING HIGHLANDS : AKHIRNYA SPAD BERTINDAK TEGAS

Penerangan demi penerangan telah diberikan kepada rakyat kejadian ngeri Genting Highlands yang telah melibatkan kemalangan nyawa. Akhirnya... SPAD telah membuat keputusan yang paling tepat sekali iaitu menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn Bhd.

Berikut adalah ringkasan kenyataan akhbar SPAD:

Penggantungan lesen berkuatkuasa 25 November 2013.

Notis penggantungan telah dihantar pada 18 November 2013.

Tindakan penggantungan lesen berdasarkan laporan audit ICOP keselamatan.

Syarikat diberi tempoh 7 hari dari notis untuk memaklumkan kepada penumpang.

Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn.Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands.



Tindakan telah diambil, sekarang masa untuk perbaiki segala kekurangan keselamatan jalanraya di Genting Highlands.

APA ITU SPAD ICOP?

Ini adalah pesanan Pengerusi SPAD....


SPAD telah pun memperkenal Buku Panduan SPAD ICOP - Keselamatan untuk Pengendali Bas dan di antara aspek-aspek yang dititikberatkan termasuk;

  • Tanggungjawab Pengurusan
  • Pengurusan Pemandu
  • Pengurusan Kenderaan
  • Pengurusan Risiko di tempat kerja dan dalam perjalanan 

Sebenarnya, SPAD telah memberi cukup panduan dan penerangan serta nasihat-nasihat kepada pengusaha-pengusaha bas tetapi oleh kerana sikap dan perangai individu yang tidak mengendahkan undang-undang negara, akibatnya nyawa manusia dikorbankan.

Benar kata Tan Sri Syed Hamid;
...setiap panduan yang dikeluarkan SPAD bukan untuk menghukum tetapi amalan keselamatan di jalanraya dijadikan budaya hidup kita.


Sunday, August 25, 2013

BUKAN MASA MENUDING JARI - TAN SRI SYED HAMID ALBAR


Tragedi kemalangan jiwa di Genting Highlands pada hari Rabu lalu bukanlah platform mana-mana pihak menuding jari untuk mencari kesilapan dan kelalaian. Kejadian telah berlaku, namun masih ada yang cuba ambil kesempatan membuat pelbagai andaian dan yang paling merugikan ialah membuat terjahan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan melampau.

Kemalangan di Km3.5 Jalan Genting Highlands telah meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 orang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu negara.

PUNCA KEMALANGAN

a) Keadaan Bas

Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, pemeriksaan daripada rekod pengangkutan gagal menunjukkan bahawa bas itu pernah disenarai hitamkan.

"Bas itu tidak membawa penumpang yang berlebihan, masih mengikut syarat-syarat lesennya itu," kata beliau.

Bas yang diklasifikasikan sebagai bas ulang-alik itu membawa jumlah penumpang yang dibenarkan iaitu seramai 53 orang ketika waktu kemalangan.

Menurut lesen bas perantara itu dibenarkan untuk membawa sehingga 65 penumpang, dengan maksimum 45 duduk manakala 20 yang lain pula berdiri.

Terdapat laporan yang bercanggah mengenai bas dengan nombor pendaftaran WGA 4136 telah disenaraihitamkan oleh pihak polis dan bukannya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Senarai hitam ini mengandungi pesalah / kenderaan yang telah dikenakan saman tetapi masih belum membayar denda selepas satu masa yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

b) Keadaan Jalan

Menteri JKR pula berkata "Terlalu awal untuk kita katakan ia berpunca daripada keadaan jalan, banyak lagi aspek lain yang perlu diambil kira seperti faktor kecuaian dan masalah mekanikal.
  
"Jadi, saya cadangkan supaya pemilik jalan dan pemaju pusat percutian itu supaya dapat duduk dan berbincang dengan JKR berkaitan keselamatan, sejurus laporan polis berhubung kemalangan itu diperoleh," - SINAR HARIAN

c) Pemandu

Terdapat juga beberapa maklumbalas dari mangsa yang menceritakan keadaan pemandu sebelum tragedi tersebut berlaku di mana ada antaranya menyatakan pemandu dalam keadaan marah kerana berlumba dengan sebuah kereta yang memotong bas tersebut. 

Lebih parah apabila beliau ditegur beberapa penumpang dan bertengkar menyebabkan pemandu memecut bas dengan lebih laju dan hilang kawalan.

Laporan selanjutnya DI SINI...

SIASATAN POLIS
Ketua Polis Daerah Bentong Supritendan, Mohd Mansor Mohd Nor telah mengesahkan siasatan di lokasi kejadian dan pemeriksaan awal terhadap bas yang terjunam kira-kira 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu lepas telah selesai.

Laporan penuh akan disiapkan setelah semua hasil siasatan daripada pihak forensik, JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan pihak berkaitan.

ADAKAH INI KESALAHAN SPAD?

SPAD telah diarahkan untuk mengetuai jawatankuasa khas yang dibentuk bagi menyiasat punca kemalangan tersebut dengan kerjasama beberapa pihak berkaitan. Namun, jawatankuasa berkenaan hanya akan memulakan tugasnya setelah mendapat laporan awal daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mengajukan soalan berikut; 

Adakah semua bas sentiasa diperiksa dan diselenggara bagi memastikan mereka selamat untuk diguna di jalan raya?

Adakah pihak berkuasa berkaitan yakin bahawa pemeriksanan bas dijalankan dengan sebaiknya?

Pihak berkuatkuasa yang mana yang sepatutnya bertanggungjawab? 

Yang meluluskan bas dan lesen pemandu adalah JPJ. Pemeriksaan penyelenggaraan untuk meneruskan perkhidmatan juga adalah tanggungjawab JPJ dan Puspakom juga terlibat.

Pihak SPAD hanya meluluskan lesen pengendali dan laluan.

Walaupun jalan ke Genting Highland adalah "private road" namun kenderaan awam menggunakannya. Oleh itu pihak kerajaan tempatan dipertanggungjawab untuk menentukan syarat ke atas langkah keselamatan yang perlu ada. 

Bagi pihak JKR pula, pemeriksaan jalan cerun perlu dilakukan dengan lebih kerap dan meletakkan syarat-syarat yang ditentukan JKR untuk kegunaan kenderaan awam.

Maklumat mengenai pemandu yang boleh menjejas keselamatan awam dari PDRM perlu juga disalurkan kepada SPAD dan pengendali bas.

Lesen pemandu untuk pengangkutan awam juga sepatutnya dikeluarkan oleh pihak SPAD dari JPJ bagi menyelaras dengan lesen pengendali.

Maka, terimalah saranan Tan Sri Hamid bahawa bukan masanya untuk menuding jari tapi utk melihat masalah secara menyeluruh. Kerajaan juga mesti ada political will dan keberanian bagi menukar dan mentransformasi industri ini.

Kita perlu belajar daripada tragedi ini dan laksanakan cadangan yang dibuat untuk mencegah tragedi pada masa hadapan.