Sunday, January 11, 2015

PRIHATIN MCA DI PANTAI TIMUR KINI TERTUMPU KEPADA PERSEDIAAN SEKOLAH


Selepas rakyat di pantai timur melepasi dugaan banjir yang terburuk di dalam sejarah negara pada tahun lepas, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli MCA tidak putus-putus menghulurkan bantuan serta khidmat kepada mereka.

MCA kini telah pun memulakan tumpuan bantuan kepada persediaan sesi persekolahan tahun 2015. Perancangan persediaan untuk murid-murid sekolah mangsa banjir telah digerakkan seawal sejurus banjir mula susut.

Datin Paduka Chew Mei Fun bersama CRSM

Bermula dengan turun padang untuk membersihkan sekolah yang terjejas teruk dilanda banjir, sekali lagi pemimpin-pemimpin MCA telah berganding tenaga dengan Skuad Bantuan Krisia MCA (Crisis Relief Squad - CRSM)  yang diketuai Datin Paduka Chew Mei Fun. 


Kemudian kempen membersihkan sekolah telah disertai seramai 100 ahlinya dan diketuai Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, telah memulakan kerja-kerja pembersihan di SJKC Chung Hwa dan seterusnya ke SJKC Chung Cheng.

MCA tidak keseorangan dalam usaha bantuan mereka membuat persediaan memulakan sesi persekolah, malahan sumbangan telah mencurah-curah disalurkan kepada MCA.





 
Dengan sumbangan yang diterima, MCA telah membeli 6,303 set baju uniform sekolah untuk 18 sekolah di Kelantan. Berteraskan bersatu teguh, bercerai roboh, guru-guru besar serta pengerusi-pengerusi PIBG di Kelantan turut membantu menurunkan pakaian dari treler serta menguruskan pengagihan.

Walaubagaimanapun, pihak MCA bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekolah di Kelantan yang memerlukan bekalan peralatan sekolah dan mereka hanya perlu menghubungi MCA. Pada masa yang sama, MCA juga akan menghubungi pihak sekolah-sekolah yang terjejas teruk.

Pada masa yang sama, cabaran utama yang dihadapi ketika kerja-kerja pembersihan sekolah ialah bekalan air. Datuk Wee berkongsi pandangan di mana kerajaan negeri Kelantan perlu menghantar bekalan air kepada penduduk agar kerja-kerja pembersihan samada rumah mereka ataupun sekolah-sekolah dapat berjalan lancar dan teruskan kehidupan mereka.

MCA yang prihatin akan memastikan semua murid sekolah perlu menghadiri sekolah yang bermula esok di dalam keadaan selesa walaupun mereka adalah mangsa banjir.

No comments: