Sunday, March 09, 2014

KEHILANGAN MH370 : RAKYAT KAJANG BERSAMA PEMIMPIN MCA BERDOA

Walaupun MCA sedang menghadapi kempen pilihanraya kecil di Kajang, namun ini tidak bermakna mereka tidak peka dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang sedang berlaku.

Semalam, penduduk di Sg Chua, Kajang yang menghadiri sambutan Hari Wanita Sedunia, telah bersama-sama menyalakan lilin dengan pemimpin-pemimpin MCA untuk berdoa penumpang-penumpang yang berada di dalam penerbangan pesawat MH370, kini masih hilang.

Sambutan perayaan oleh Wanita MCA sempena Hari Wanita Sedunia ini, telah mendapat sambutan yang sangat meriah di mana dianggarkan seramai 3,000 penduduk sekitar Sg Chua telah hadir.

 

Pada masa yang sama, calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun telah mengambil kesempatan bermesra dengan pengundi dan menghulurkan bunga ros bagi menghargai sokongan mereka.

Turut hadir secara eksklusif ialah Tan Sri Chow Poh Kheng, Ketua Wanita MCA yang pertama untuk memberi sokongan beliau. Tan Sri Chow telah menghadiahkan sebuah lagu opera Kantonis bertajuk 'Yau Hei Fung' bersama-sama Anne Lim.

Tidak ketinggalan, ketua-ketua wanita dari UMNO dan MIC tempatan telah hadir untuk memberi sokongan kepada Mei Fun.

Presiden MCA juga tidak ketinggalan menyeru sokongan diberikan kepada Mei Fun pada PRK 23hb Mac nanti. Beliau sangat menghargai kedudukan wanita yang sedang meningkat maju dan merupakan faktor penting di dalam pembangunan rakyat.

Di samping menjamu selera, penduduk juga telah menunjukkan aksi positif dari pelbagai kaum;






No comments: