Monday, March 31, 2014

2 PEGAWAI KPDNKK JOHOR DIHUKUM KERANA RASUAH


Akibat terima suapan RM6200, 2 Pegawai KPDNK Johor dipenjara 4 tahun dan di denda RM70 ribu

Pada 30 Mac di Mahkamah Sesyen Jenayah Johor Bahru, Ramesh A/L Ponnayah dan Saberi bin Mohd Zain, masing-masing bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor disabitkan kesalahan kerana menerima suapan di akhir kes pembelaan di bawah peruntukan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, Seksyen 16 (a) (B) Akta yang sama dan Sekyen 165 Kanun Keseksaan 2009, S16(a)(B) akta yang sama dan juga Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Ramesh dikenakan hukuman penjara 4 tahun penjara atas 2 pertuduhan dan denda RM70,000 dan bakal berdepan dengan 6 bulan penjara jika gagal membayar denda.

Manakala Saberi turut berdepan 2 tahun dan 6 bulan penjara dan di denda RM35,000. Beliau juga turut berdepan 6 bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pertuduhan Seksyen 165 K.K terhadap Saberi:
Pada Julai 2011 di premis Syarikat Perniagaan Elektronik Sin Heng Sdn Bhd, Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, tertuduh yang bertugas sebagai Penguatkuasa di KPDNKK Johor Baru telah menerima suapan sebanyak RM600.00 daripada Heng Kok Liang yang mempunyai kaitan dengan urusan rasmi tertuduh.

Pertuduhan Seksyen 17 (a) ASPRM 2009 terhadap Ramesh A/L Ponnayah:
Pada Oktober 2011, di CIMB Bank Taman Daya, tertuduh yang merupakan Penguatkuasa di KPDNKK Johor Bahru secara rasuah telah menerima suatu suapan iaitu wang sebanyak RM6200 daripada Heng Kok Liang sebagai dorongan bagi kamu melakukan suatu perbuatan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha gas Heng Kok Liang yang melakukan aktiviti pemindahan gas subsidi kepada gas industri secara haram.

Pertuduhan bersama Seksyen 17(a) ASPRM 2009 terhadap Ramesh A/L Ponnayah dan Saberi Mohd Zain:
Pada 21 September 2011, di Restoran Selasih, PERSADA Johor International Convention Centere, Johor Bahru, kedua-dua tertuduh yang merupakan  Penguatkuasa KPDNKK Johor Bahru secara rasuah telah menerima suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM6200 daripada Heng Kok Liang iaitu sebagai untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha gas iaitu Heng Kok Liang yang melakukan aktiviti pemindahan gas subsidi kepada gas industri secara haram.

Tertuduh gagal menafikan anggapan Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia(ASPRM) 2009.

Mahkamah juga mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh juga bersifat penafian semata-mata dan pembelaan "after thought".

Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di tahap melampaui keraguan yang munasabah.

Pendakwaan SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorfazlin binti Hamdan manakala tertuduh diwakili Tetuan Hanif Hassan.

Pihak Pembelaan tertuduh telah memohon penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap kedua-dua OKT tetapi di bantah oleh pendakwaan SPRM.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Johor Bahru,Y.A Tuan Mohd Nasir Nordin membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman untuk kesemua hukuman.

No comments: