Saturday, March 22, 2014

SPAD BERTEGAS... KINI HUKUMAN MENANTI



SPAD telah mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri. Bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.

Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan
kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas; pemeriksaan tiket perjalanan; dan mengetatkan kawalan bagi membanteras penjualan tiket haram dan perayu tiket.

Pengawai penguatkuasa SPAD akan bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa dari agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan perjalanan pengangkutan-pengangkutan awam.

Dengan penggubalan dan penguatkuasaan Akta Pangangkutan Awam Darat 2010, beberapa kesalahan-kesalahan baru berkaitan pengangkutan awam dan kuasa penguatkuasaan telah diperkenalkan, seperti hukuman ke atas kesalahan pemalsuan, kuasa pegawai penguatkuasa SPAD untuk menangkap pesalah dan melakukan sekatan jalan.
Undang-undang tersebut juga mengubah undang-undang sedia ada seperti pelanggaran syarat-syarat perlesenan di mana denda maksima telah dinaikkan kepada RM500,000 serta 2 tahun penjara dari denda maksima RM5,000 serta setahun penjara.

APA YANG PERLU KITA KETAHUI...
20 Mac 2014
SYARIKAT BAS TIDAK PATUHI SYARAT LESEN DIDENDA RM 1000

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1000 kepada Muar Holiday Tours & Ekspress Transport Sdn Bhd atas kesalahan gagal kemukakan salinan pemegang lesen seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 41 (1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Tuan Nom Phot A/L Prackdit sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

19 Mac 2014
AKIBAT TIADA SENARAI NAMA PELANCONG, SYARIKAT BAS DIDENDA RM 500

Syarikat De Lang Resort Tour & Travel Sdn Bhd baru-baru ini dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 500 oleh Mahkamah Majistret Selayang atas kesalahan tiada senarai nama pelancong seperti yang telah diperuntukan dibawah Seksyen 41 (1)(b)(iii) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pendakwaan dilakukan oleh Puan Puan Arunjothy A/P M. Selvaraju sementera tertuduh tidak diwakili peguam.

18 Mac 2014
BAS EKSPRESS PANDU LAJU DIDENDA RM 3000

Mahkamah Teluk Intan baru-baru ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3000 kepada Star Mart Ekspress Sdn Bhd atas kesalahan tidak mematuhi had laju. Mengikut fakta kes, bas tersebut telah dipandu melebihi had laju yang dibenarkan iaitu 126km/j dimana ianya melebihi 90 km/j di Lebuhraya Utara-Selatan Tapah menghala ke Selatan.

Kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 23 (1) (b) (i) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Pendakwaan dilakukan oleh Puan Sally Chay Mei Ling dan tertuduh diwakili oleh Peguam , En Zulkifli.

17 Mac 2014
PEMANDU TEKSI DIDENDA RM800
Seorang Pemandu Teksi, Suryadi Bin Ahmad baru-baru ini mengaku salah atas kesalahan di bawah Seksyen 75(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta tambang sebanyak RM 20.00 dari penumpang sedangkan harga yang tertera di tambang meter hanyalah RM 4.40.

14 Mac 2014
LORI LEBIH MUATAN 132.3% DIDENDA
Mahkamah Majistret Selayang baru-baru ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3000 kepada sebuah syarikat atas kesalahan membawa lebih muatan. Mengikut fakta kes, Megaria Brisdale Sdn Bhd telah membawa lebihan berat sebanyak 48,780 kg berdanding daripada jumlah yang dibenarkan iaitu sebanyak 21,000 kg sahaja, iaitu lebihan sebanyak 132.3%. Pendakwaan dilakukan oleh Puan Arunjothy A/P M. Selvaraju sementera tertuduh tidak diwakili peguam.


No comments: