
Berikut ialah transkrip penuh temu ramah Bernama dengan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin:
1. Bolehkah Datuk kongsikan apa yang berlaku semasa prosiding mengenai 1MDB dijalankan?
Prosiding bagi 1MDB adalah berbeza daripada proses lazim PAC. Mengikut
prosedur, Jabatan Audit Negara akan membentangkan Laporan Ketua Audit
Negara (LKAN) di Dewan Rakyat, PAC kemudian akan menerima pembentangan
Ketua Audit Negara berhubung laporan berkenaan dan selepas itu,
Jawatankuasa ini akan meneliti isu--isu yang mempunyai elemen 3P iaitu
Pembaziran, Penyalahgunaan Kuasa dan Pemborosan yang berlaku dalam
kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan
(GLC).
Namun dalam prosiding dan siasatan terhadap 1MDB, PAC mengambil langkah
awal dan inilah kelebihan jawatankuasa ini, di mana PAC tidak tertakluk
pada mana-mana arahan termasuk daripada kerajaan untuk menjalankan
siasatan, dalam kata lain kami bebas untuk menjalankan siasatan dan
walaupun 1MDB tidak dilaporkan dalam LKAN, PAC mengambil inisiatif untuk
melaksanakan siasatan demi kepentingan rakyat negara dan secara
keseluruhannya.
Walaupun, Kabinet meminta JAN melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB
secara keseluruhannya bukan sekadar membabitkan kewangannya tetapi juga
operasi, tataurus serta tadbir urus syarikat ini dan membentangkan
kepada PAC tetapi jawatankuasa ini tidak menunggu laporan JAN sebaliknya
melaksanakan prosiding bermula 19 Mei dengan memanggil semua pihak yang
bertanggungjawab secara langsung terhadap 1MDB termasuk Kementerian
Kewangan sebagai pemegang saham syarikat ini.
Dalam kes ini, Kabinet meminta Jabatan Audit Negara untuk menjalankan
penelitian penyata kewangan 1MDB dan membentangkannya kepada PAC.
Jawatankuasa ini kemudian memulakan prosiding pada 19 Mei 2015 di mana
kami memanggil saksi dan meminta dokumen tambahan bagi menyiapkan
laporan sendiri untuk dikemukakan kepada Parlimen.
Lebih penting, setiap kenyataan saksi yang dipanggil PAC juga membantu
JAN menyiapkan laporannya sebelum Laporan Penuh Pengauditan 1MDB oleh
JAN dibentangkan kepada jawatankuasa pada 4 Mac. Jadi terdapat 'check
and balance' terhadap laporan berkenaan.
Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang
dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu, disediakan Sekretariat
PAC dengan berasaskan fakta serta maklumat daripada Laporan Penuh
Pengauditan 1MDB oleh JAN dan kenyataan saksi yang diperoleh ketika
prosiding 1MDB.
2. Bolehkah Datuk senaraikan siapa yang didapati bertanggungjawab
atau kebersalahan atau siapa yang dikenal pasti sebagai individu yang
perlu disiasat lebih lanjut dan di peringkat mana anda kenal pasti
mereka sebagai untuk dirujuk?
Jawatankuasa ini tidak berfungsi untuk mengenal pasti siapa yang bersalah tetapi untuk membentangkan apa yang kami temui.
Berikut adalah kesimpulan yang boleh diwajarkan daripada laporan itu:
I. Tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan
penyalahgunaan dana atau berlaku transaksi pelaburan mahupun pelaburan
atau mana-mana aktiviti 1MDB yang menjurus kepada aktiviti menyalahi
undang-undang. Secara khususnya, PAC tidak menemui sebarang bukti untuk
menunjukkan sebarang salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh perdana
menteri, berkaitan 1MDB.
II. PAC juga menemui bahawa RM42 bilion hutang 1MDB tidak 'hilang'
sebagaimana tuduhan pelbagai pihak, kerana ia sudah dihitung dan tiada
pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.
III. PAC bagaimanapun mengenal pasti beberapa contoh di mana
pengurusan 1MDB tidak mematuhi proses tatakelola yang tepat. Ini
termasuk tidak melaksanakan arahan spesifik Lembaga Pengarah, membuat
keputusan sebelum menerima kelulusan sepenuhnya daripada lembaga
pengarah dan gagal untuk telus dengan lembaga pengarah. Untuk itu,
saranan secara spesifik turut dinyatakan dalam laporan di mana kami
yakin pihak berkuasa terbabit akan menilai dan mengambil tindakan, jika
perlu.
3. Adakah terdapat satu mekanisme untuk mana--mana individu merayu
terhadap pencarian fakta yang dihasilkan PAC, seperti melalui mahkamah
atau semakan kehakiman?
Memandangkan PAC tidak mengeluarkan hukuman, tiada yang perlu dirayu.
Bidang kuasa PAC ialah untuk mengesahkan pematuhan fidusiari dan
mengutarakan perlanggaran yang memerlukan penilaian lanjut atau siasatan
lanjut daripada pihak berkuasa berkaitan.
4. Sekarang kita telah menemui elemen salah laku dalam GLC ini, adakah
terdapat asas untuk melakukan penilaian lanjut terhadap GLC lain?
Untuk memberi penjelasan lebih tepat, hasil penemuan PAC tidak menjurus
kepada salah laku, iaitu satu terma pejoratif atau mengelirukan. Hasil
penemuan PAC bagaimanapun menjurus kepada kegagalan kronik terhadap
proses yang sudah digariskan, peraturan dan prosedur, di mana
pengurusannya, dan bukannya kerajaan, perlu bertanggungjawab.
PAC adalah satu badan pematuhan, ketelusan dan mengikuti proses. PAC
merasakan lebih banyak operasi audit dilaksanakan melibatkan dana awam
atau kerajaan yang akan memberi keupayaan untuk mengenal pasti
mana--mana peringkat operasi yang memerlukan penambahbaikan atau
pelaksanaan lebih baik.
5. Adakah PAC hanya menyiasat transaksi yang sudah terlaksana atau
adakah PAC turut menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk melakukan
transaksi, yang satunya adalah salah urus tadbir dan satu lagi adalah
jenayah? Prosiding PAC melibatkan penilaian yang sangat teliti dan
komprehensif terhadap dokumentasi, kelulusan dan prosesnya. Pada
bila-bila masa ketika prosiding, jika jawatankuasa merasakan wujud
keperluan siasatan lanjut, kita akan memanggil invididu terbabit dan
meminta penjelasan.
Laporan PAC kepada Parlimen mengandungi saranan untuk siasatan lanjut.
Ia kemudian adalah atas budi bicara pihak berkuasa berkaitan untuk
menentukan bagaimana susulan akan dibuat. PAC bukan sebuah badan
eksekutif atau kehakiman, namun hasil penemuan akan menjadi berguna
kepada kedua--dua badan itu, selain Parlimen di mana ia ditubuhkan.
6. Kenapa peranan perdana menteri tidak disebut dalam laporan PAC
berkaitan 1MDB ini? Pihak kerajaan sentiasa kekal dengan pendirian
bahawa dakwaan dan tuduhan yang dibuat berkaitan rasuah, penyalahgunaan
dana dan salah guna kuasa adalah palsu dan tidak berasas.
Sepanjang tempoh 18 bulan, wujud pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap perdana menteri. Pada setiap tuduhan, ia disiasat PAC.
PAC tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan salah laku atau
salah guna kuasa perdana menteri, dan keputusan ini dibuat sebulat suara
dan konsensus oleh kesemua anggota PAC.
7. Bagaimana PAC mencapai kepada kesimpulan dan adakah Datuk yakin
hasil penemuan ini tidak akan diragui masyarakat? PAC membuat
kesimpulan melalui prosiding berterusan dengan individu dipanggil,
mengumpul maklumat, mendapatkan maklumat dan melalui kerjasama dengan
Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.
Dengan komposisi keanggotaan pelbagai parti, tidak berat sebelah dan
keupayaan untuk akses kepada pelbagai sumber, kami sangat yakin PAC
sudah menepati malah melangkaui apa yang diharapkan rakyat.
Kami berdiri pada penemuan ini, dengan pengetahuan tiada agenda tersembunyi dan tiada pengaruh luar terhadap laporan ini.
8. Adakah arahan siasatan berbeza ketika PAC dipengerusikan Datuk Nur
Jazlan Mohamed dan selepas diambil alih Datuk Hasan Arifin? Prosiding
PAC berjalan dengan pematuhan kepada proses yang sudah ditetapkan, yang
kekal dipatuhi biar siapa pun mempengerusikan jawatankuasa ini.
Pengwujudan jawatankuasa ini dianggotai wakil dwipartisan bagi
memastikan tidak berat sebelah, intergriti dan ketelitian.
9. Bagaimana kita akan percaya akan penemuan PAC ini? PAC adalah
sebuah jawatankuasa tetap Dewan Rakyat. PAC adalah sebuah jawatankuasa
berbilang parti dan berkecuali daripada kerajaan. Ia hanya menjawab
kepada Parlimen, maka dengan itu ia sekaligus menjawab terus kepada
rakyat.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana hendak dapat sagunya. Sila lihat
laporan PAC dan saya pasti anda akan dapat melihat ketelitian dalam
skopnya, profesional pada metologinya dan komprehensif pada saranannya.
10. Mengapa saksi yang dipanggil tidak melibatkan Perdana Menteri,
Gabenor Bank Negara dan Jho Low? Panggilan untuk memberi kenyataan
bermula dengan pengurusan dan lembaga pengarah, dan jika ada keperluan
untuk memanggil pihak luar memberi kenyataan, kami akan berbuat
demikian, namun pada kes ini berdasarkan kepada kenyataan konklusif,
tiada keperluan ke arah itu.
11. Adakah hasil penemuan itu mewakili konsensus jawatankuasa ini atau
terdapat bantahan daripada kalangan anggota jawatankuasa terhadap
laporan ini? Biarpun terdapat bantahan, ia adalah bagi alasan yang
munasabah, dan adalah penting untuk menyatakan, jawatankuasa ini terdiri
daripada Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah. Dan dengan itu,
laporan PAC ini adalah bersandarkan kepada konsensus sebulat suara
selepas apa jua debat bagi mencari titik persamaan.
PAC adalah satu badan tidak memihak kepada sesiapa dan mencari
kebenaran yang fokusnya adalah mengemukakan kebenaran kepada rakyat
melalui Parlimen.
12. Memandangkan PAC adalah sebuah jawatankuasa dwipartisan penggubal
undang--undang daripada kedua-dua belah pihak, adakah berlaku kesukaran
untuk mencapai keputusan sebulat suara terhadap hasil siasatan? Sifat
tidak berat sebelah jawatankuasa ini, keupayaan untuk bersidang tanpa
kehadiran media, orang awam dan kerajaan namun dengan akses kepada
maklumat tanpa batas dan penggunaan sumber Parlimen yang banyak,
membolehkan ia mencapai satu kesimpulan yang seimbang, tepat dan adil.
Benar, memang berlaku perdebatan dan bantahan terhadap beberapa isu,
namun kami akhirnya akan mencapai satu kesimpulan, sebagaimana boleh
dilihat dalam laporan PAC ini.
13. Kepada siapakah PAC perlu menjawab? PAC adalah jawatankuasa
dipilih Dewan Rakyat. Keanggotaan PAC mewakili kepelbagaian badan
perundangan negara. PAC ialah keanggotaan parti bersilang melibatkan 5
daripada parti pembangkang dan 8 daripada penyokong kerajaan.
Sebagai sebuah badan Parlimen dan bukannya kerajaan, jawatankuasa ini
dapat menjalankan siasatan bebas tanpa sebarang gangguan dan halangan
dan berat sebelah. Ia hanya perlu menjawab kepada Parlimen, maka dengan
itu, menjawab kepada rakyat.
Kami boleh sahkan elemen integriti dan berkecuali dipenuhi sepanjang
prosiding PAC dan tiada kejadian di mana PAC terganggu atau diberi
arahan oleh mana--mana individu di luar proses diwartakan.
14. Siapa yang memilih anggota dan pengerusi PAC? Bagi mengekalkan
integriti, keseimbangan, penyilangan seimbang perwakilan parti politik
dan berkecuali, wujud satu proses ketat untuk ini.
Pengerusi (daripada penyokong kerajaan) dan Timbalan (daripada ahli
pembangkang) adalah dilantik melalui usul di Parlimen oleh perdana
menteri yang akan diperdebatkan di Dewan Rakyat dan usul diluluskan
melalui undian majoriti ahli dewan. Secara konvensyennya pengerusi
datang daripada penyokong kerajaan manakala timbalan adalah daripada
pembangkang.
Tiada seorang pun boleh melantik atau menyingkir anggota PAC kerana ia
perlu dilakukan secara kolektif oleh Parlimen yang bertindak mewakili
rakyat untuk mengemukakan fakta dan kebenaran tanpa berpihak.
15. Apa kuasa siasatan yang dimiliki PAC?
Arahan Tetap Dewan Rakyat mewujudkan kuasa PAC dan kuasanya.
Arahan Tetap itu memberi kuasa kepada PAC untuk memeriksa:
I. Akaun persekutuan dan penggunaan dana yang diluluskan Parlimen bagi memenuhi perbelanjaan awam ii.
Apa jua akaun pihak berkuasa awam atau mana--mana badan yang mentadbir
dana awam yang dikemukakan di hadapan Dewan Rakyat iii. Laporan Ketua
Audit Negara yang dibentangkan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat,
selaras dengan peruntukan Artikel 107, Perlembagaan Persekutuan. iv. Apa
jua isu berbangkit yang difikirkan wujud keperluan oleh jawatankuasa
atau yang dirujuk kepada jawatankuasa oleh Dewan Rakyat.
Adalah penting untuk menyatakan PAC bukan satu badan pihak berkuasa,
namun PAC ialah satu badan yang bebas dan tidak dipengaruhi dalam
mencari kebenaran bagi mengemukakan fakta kepada rakyat melalui
Parlimen.
16. Mengapa berlaku kelewatan dalam membentangkan laporan ini?
Laporan PAC ini perlu terperinci. Ia adalah tidak tepat jika PAC
mengumumkan hasil siasatan secara tidak matang tanpa mengakses kepada
apa jua maklumat terkini daripada sebanyak mana sumber yang boleh.
Terdapat dakwaan bahawa perubahan anggota PAC turut mengubah
perjalanan prosiding di mana dakwaan ini adalah sangat tidak benar. Jika
anda membaca laporan PAC ini, tiada apa yang terlepas pandang.
17. Adakah laporan ini diperiksa dan disahkan oleh badan berkecuali di
luar Malaysia atau di luar pengaruh kerajaan?
Model PAC ini sudah
diuji dan disahkan berjaya, dan ia adalah model serupa dipraktikkan di
negara Komanwel. Ia adalah satu badan dihormati dan satu proses yang
sudah wujud lama di negara demokrasi termasuk United Kingdom, New
Zealand dan Afrika Selatan, untuk menamakan beberapa negara. Ia adalah
satu landasan penting bagi akauntabiliti terhadap kerajaan, dan ia sudah
dipraktikkan komuniti antarabangsa.
PAC telah dibuktikan sebagai satu badan yang memiliki pengalaman untuk
melakukan siasatan teliti, kerap kali mencapai satu kesimpulan yang
sukar. Ini membuktikan anggota PAC bebas daripada sebarang gangguan,
berat sebelah atau tekanan daripada pihak luar.
Tugas PAC adalah untuk menyediakan laporan komprehensif terhadap
tatakelola syarikat, badan atau jabatan kerajaan. Ini sudah dicapai
dengan berjaya dan pada kes 1MDB, PAC turut mengemukakan saranan
terperinci kepada kerajaan untuk dipertimbang dan dilaksanakan.
18. Adakah PAC bekerjasama dengan kerajaan Amerika, Switzerland dan
Australia dalam siasatan terhadap 1MDB? Bidang kuasa PAC adalah untuk
menjalankan penilaian teliti terhadap 1MDB, berdasarkan kepada laporan
dan prosiding Jabatan Audit Negara. Hingga kini, PAC tidak pernah
dihubungi oleh mana--mana pihak berkuasa negara luar berkaitan 1MDB atau
melihat ada keperluan untuk menghubungi mereka.
19. Memandangkan siasatan sudah lengkap dan tiada penglibatan salah
laku perdana menteri dan kerajaan, adakah akan ada tindakan
undang-undang terhadap pelbagai pihak yang menyebar dakwaan terhadap
1MDB? PAC bukanlah badan yang tepat untuk anda ajukan soalan itu. Kami
hanya boleh mengulas mengenai laporan PAC dan hasil siasatannya. Kami
bagaimanapun membuat saranan untuk tindakan lanjut. Ia adalah bergantung
kepada keputusan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan tindakan
selanjutnya.
-- BERNAMA