Friday, November 29, 2013

SPAD PERLU BERTINDAK... BAS SEKOLAH SEDANG AMBIL KESEMPATAN!

SPAD teliti gesaan tambang bas naik 30% - Utusan


Sekali lagi Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menegaskan kepentingan rakyat akan dilindungi apabila keputusan untuk menaikkan tambang bas sekolah diambil pada Januari 2014 nanti. Menurut Tan Sri, walaupun GPPBSM mempunyai sebab yang munasabah, tetapi pihak SPAD perlu melihat kesannya kepada masyarakat umum dan keputusan yang diambil adalah seimbang.

Memang benar, ini bukan sesuatu yang mudah bagi pihak SPAD untuk mencapai satu keputusan kerana jumlah yang diminta GPPBSM bukanlah kecil. Alasan yang diberi GPPBSM sebelum ini adalah kerana peningkatan kos operasi dan ekoran pelarasan subsidi menyaksikan harga diesel meningkat 20 sen awal September lalu.

Yang sebenarnya menurut Tan Sri, pengusaha bas sekolah telah mengenakan bayaran kepada pelanggan lebih daripada apa yang telah dipersetujui bersama SPAD... GPPBSM nampaknya tidak telus kepada pelanggan mereka iaitu ibubapa dan rakyat.

Adakah kerana ibubapa tiada pilihan maka pengusaha-pengusaha bas sekolah telah berani mengenakan bayaran lebih?

GPPBSM juga pernah keluarkan kenyataan ini .... 

Namun, jika tiada sebarang keputusan hujung tahun ini, kami tidak dapat mengawal lebih 15,000 ahli di seluruh negara menaikkan sendiri kadar tambang yang dianggarkan sebanyak 30 peratus" ... BH


dan ini... 

"Syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengarut dan tidak masuk akal, sebab itu banyak pengusaha bas sekolah di negara ini terpaksa beroperasi secara haram" dan blog ini telah mengulas tuduhan mereka ... DI SINI


Apa harapan ibubapa?

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata ibu bapa terpaksa akur dengan kenaikan tambang kerana mereka memerlukan perkhidmatan itu, namun berharap kadar kenaikan tidak melampau - BH

Tan Sri memaklumkan bahawa tambang baharu akan hanya diputuskan pada Januari depan.

Namun, kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah...

Oleh kerana tiada pilihan, ibubapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah maka apakah ini tiket kepada kamu memutarbelit,mendesak dan mengugut SPAD? Adakah adil kepada mereka sekiranya kamu memandu bas-bas haram, pada hakikatnya kamu sedang mengelak daripada membayar cukai tetapi kamu telah membahayakan nyawa murid-murid sekolah?

JANGAN BERSELINDUNG DAN MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KEPERLUAN ANAK-ANAK SEKOLAH DAN RAKYAT! SPAD PERLU BERTINDAK!


Thursday, November 28, 2013

JASA ARTIS VETERAN DIHARGAI KARYAWAN

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) telah menganjurkan Malam Amal Warisan Seni pada 24 November, di Hotel Istana bagi meraikan artis selain mengutip derma bagi mereka yang memerlukan bantuan. RM1,000 kepada 20 artis veteran terpilih telah disampaikan sebagai mengenang jasa mereka.


Majlis tersebut telah memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berjasa kepada industri serta mengingatkan semua tentang peranan dan perjuangan seni mereka, bermula era 50-an sehingga sekarang.




Penasihat Sosio-Budaya kepada kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang juga penaung majlis dijangka hadir memeriahkan majlis. Di dalam ucapan utama, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan persatuan seni di negara ini bergabung di bawah satu pertubuhan bagi mendokong sepenuhnya perkembangan industri seni dan budaya. Penggabungan ini antara lain akan dapat memperkukuh kualiti industri.

Menurut Pengerusi Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, artis-artis tersebut ditampilkan adalah demi mengenang kesinambunagn seni budaya tempatan sekaligus mengimbau zaman kegemilangan artis dalam setiap era.

"Sebenarnya barisan artis yang kita tampilkan pada malam ini adalah daripada nama-nama hebat yang pernah menggegarkan seni muzik tanah air mengikut era masing-masing dan ini adalah kelainan yang cuba kita tonjolkan pada malam itu nanti.

"Malah, persembahan berformat revival ini secara tidak langsung dapat mengenang kesinambungan seni budaya tempatan," katanya dalam sidang media Malam Gala Warisan Seni yang diadakan di Hotel Istana.

Majlis itu juga telah berjaya mengumpulkan artis-artis pelbagai era untuk persembahan.

Antaranya Shamsudin Lamin, Mariam Ahmad, Aspalela Abdullah, Andre Goh, Julie Sudiro, Salih Yaacob, Helan Vellu, M Daud Kilau, Fredo,
Datuk Yusni Hamid, Jay Jay dan Salwa Abdul Rahman.

Di antara dendangan artis-artis di zaman 50an;
Salleh Yaakob – Putri Remaja -Menimbang rasa
Rozita Rohaizad – Manusia
Suhaimi – Aduh

60an
A.Halim – Kisah dan Teladan
Helan Vellu – Kereta Lembu

70an
Sarangabanie –  Hitam Manis
Fredo – Kenangan Lalu
Timmy Koong – Canto Pop Song 

M Daud Kilau – Cek Mek Molk

Dato’ Yusni Hamid – Kau Yang Ku Nanti

80an
Haida – Semakin Hari Semakin Sayang
 
Jay Jay – Rindu Bayangan

90an 
Salwa Abdul Rahman – Satu Dua Kau
Ibnor Riza – Mimpi Yang Tak Sudah
Fauziah Idris – Rindu Merindu

Sumber foto : Minaq Jinggo

 

Wednesday, November 27, 2013

KETUA PESURUHJAYA SPRM DIIKTIRAF DUNIA... APA KATA KIT SIANG N GANG?

Tahniah dan Syabas! Itu yang perlu diucapkan rakyat Malaysia kepada Tan Sri Hj. Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai Naib Presiden IAACA (International Association of Anti-Corruption Authorities) pada persidangan tahunan ke-tujuh yang telah diadakan di Panama City, Panama dari 22 hingga 24 November 2013.

Ini satu pengiktirafan dunia kepada SPRM dan juga kerajaan Malaysia dan yang pasti... PEMBANGKANG SENYAP!!!

Sebelum ini, Kit Siang adalah orang yang terus-terusan menyerang SPRM dengan fokus kepada kes Teoh Beng Hock dan PKFZ, seterusnya mengaitkan apa saja kesalahan samada yang pasti atau pun tidak.

Bermula dengan penubuhan SPRM pada tahun 2009, Kit Siang telah memulakan serangannya dengan memperlekeh prestasi SPRM yang baru berusia setahun. Di dalam blog Kit Siang...
"Ahmad Said was appointed ACA director-general in May 2007, and the 30 months he headed the country’s anti-corruption agency, first ACA and later MACC, would be remembered as their “darkest days” when public confidence in ACA and MACC plunged to the lowest depth in the nation’s history."

Cemuhan Kit Siang ini adalah pada 5 December 2009 dan perlantikan Tan Sri Abu Kassim pada 1 Januari 2010... ini menunjukkan Kit Siang dengan sengaja mencetus persepsi buruk terhadap Tan Sri terlebih dahulu kepada rakyat.

Ini tidak berhenti di situ. 14 hari selepas perlantikan Tan Sri, Kit Siang terus-terusan cuba menimbulkan keraguan rakyat terhadap perlantikannya dengan menimbulkan isu kedudukan Malaysia di dalam Indeks Antarabangsa Transparensi Persepsi Rasuah.

Dan ini adalah kenyataan Kit Siang...
Abu Kassim’s vow to invoke Section 29(4) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 would show that he is incapable of the “big picture” of single-mindedly spearheading an all-out war against corruption to thrust Malaysia into the front rank of the world’s least corrupt nations and place the MACC in the company of internationally-recognised independent, effective, professional and successful graft-busting organizations like Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC).

Sebenarnya, Kit Siang hanya berminat untuk menimbulkan persepsi negatif keapda rakyat dan bukan bekerjasama dengan SPRM untuk memerangi rasuah seperti yang ditulis;
Abu Kassim is legally right but morally wrong....

Yang mana lebih mustahak? Menegakkan undang-undang atau menyebarkan maklumat tanpa ada keputusan sabit kesalahan lebih utama? Morally wrong? Siapa yang tidak bermoral di sini jika sesuka hati menuduh sesiapa saja yang kita suka?

Seterusnya, sebulan sebelum perlantikan Tan Sri ke badan dunia IAAC... di blog Kit Siang sempat memperlekeh kenyataan Pemandu di dalam usaha mencegah rasuah.
Malaysia has been ranked as one of the most corrupt nations and listed as a country which is most likely to take shortcuts to meet targets when economic times are tough, according to a recent survey by Ernst & Young, signalling that the government’s Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) has failed in its role to transform the economy. - Kit Siang

AKHIRNYA... 



...bukan saja perlantikan Tan Sri Abu Kassim merupakan pengiktirafan dunia tetapi seluruh usaha kerajaan amnya dan warga SPRM khususnya telah diberi kepercayaan dan penghargaan di mata dunia. Sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya membenci dan bersedia memerangi rasuah, perasuah dan yang dirasuah... ini untuk Kit Siang, WHAT SAY U NOW?

Dimulakan dengan penghargaan daripada Perdana Menteri;




Turut mengucap syabas dan tahniah ialah;


Datuk Akhbar Satar
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar, "Pelantikan ini merupakan satu lagi pengiktirafan masyarakat antarabangsa dan badan dunia ke atas Malaysia dan SPRM. Ia akan membawa Suruhanjaya ini ke tahap yang baru di mata dunia."

 
YB Senator Mohamad Ezam Mohd Nor
YB Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, “Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan besar kepada usaha gigih SPRM bersama setiap organisasi dan individu yang turut serta bersama SPRM dalam melawan gejala rasuah di negara ini.

“Kita harus yakin kepada inisiatif-inisiatif anti-rasuah yang telah dilaksanakan. Walaupun terdapat pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif, sudah pasti ada kelompok yang berwibawa, yang akan mengiktiraf usaha kita seperti mana yang kita lihat dalam pelantikan IAACA ini,” tambahnya lagi.

Beliau berharap agar pengiktirafan ini akan menaikkan semangat setiap anggota SPRM untuk terus cekal menghadapi cabaran dalam perjuangan menentang rasuah.


SPRM juga telah diberi beberapa pengiktirafan antarabangsa lain, dan di antaranya;

Master of Corruption Studies (MACS) 

MACA ialah akademi pencegahan rasuah yang pertama di dunia yang telah terpilih sebagai pusat pembelajaran  dan diberi kepercayaan untuk mengendalikan Modul 6 bagi program sarjana dalam pengajian antirasuah “Master of Corruption Studies (MACS)” anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf universiti) sebuah entiti dibawah naungan United Nations berpengkalan di Vienna, Austria.  Ia merupakan pengajian sarjana yang menggabungkan tujuh modul yang berbeza.

Penempatan  pegawai  SPRM di INTERPOL
 
Pada 2011, pihak Interpol telah memohon SPRM untuk menempatkan pegawainya di unit pencegahan rasuah di INTERPOL. Oleh yang demikian SPRM telah menempatkan KPKPj Mohd Hafaz Nazar dari Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat SPRM di Bahagian Pencegahan Rasuah Directorate di INTERPOL, Lyon secara kontrak selama dua tahun bermula pada tahun 2012. 

Antara tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan adalah untuk membantu pihak INTERPOL dalam perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan kapasiti di antara negara-negara Asia dan menjalinkan kerjasama yang erat dalam usaha pencegahan rasuah antara Kesatuan Negara-Negara Eropah. Beliau merupakan salah seorang daripada empat pegawai yang telah dipilih dari kalangan beberapa buah negara untuk ditempatkan di INTERPOL.

SYABAS DAN TAHNIAH WARGA SPRM... Kami rakyat Malaysia bangga, Kit Siang n gang?

JANGAN SALAHKAN SPAD JIKA MENGAMBIL JURUTERA LUAR NEGARA



"Ini adalah antara masalah yang dihadapi kita sekarang. Selain memerlukan mereka (jurutera) untuk membangunkan sistem kereta api sendiri, ada juga negara-negara lain mahukan khidmat mereka.
"Jadi hendak tidak hendak, kita kena bertimbang rasa dengan memberikan khidmat tersebut setakat yang kita ada dan mereka sebenarnya menyanjung Malaysia sebagai negara Islam yang mempunyai sistem pengangkutan darat yang baik," - Bernama

Demikian kenyataan CEO SPAD  kepada wartawan ketika merasmikan seminar 'The Institution of Railway Engineers (IRSE)' yang telah dianjurkan oleh IRSE dan SPAD Academy di Institute of Diplomacy and Foreign Relations Malaysia.

Nampaknya, kepakaran tenagakerja di dalam sektor rel sangat diperlukan hari ini di kala kerajaan sedang rancak merealisasikan impian rakyat menuju negara maju pada tahun 2020 dan SPAD adalah agensi utama di dalam sektor pengangkutan awam. Sektor pengangkutan awam darat adalah faktor yang sangat penting dan ia merupakan pra-syarat untuk Transformasi Ekonomi Malaysia.

Keperluan jurutera itu harus ditangani secepat mungkin memandangkan Malaysia juga berhasrat untuk meningkatkan kekerapan perjalanan keretapi dari 18 peratus sekarang kepada 40 peratus pada 2030, di samping target SPAD untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai pilihan utama di darat.

Dan sektor keretapi adalah peranan terpenting di dalam menuju target ini.

Walaupun pihak JKR telah memulakan program Penyuburan Silang (Cross-Fertilisation) baru-baru ini, apa yang saya dapati ialah kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pegawai-pegawai yang hampir bersara. Namun, kepada anak-anak muda yang berkelayakan, pihak universiti tempatan seperti Universiti Tun Husssein Onn Malaysia telah merancang memperkenalkan program Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kereta Api di kampus baru di Kluang bermula Julai tahun depan.



SPAD academy yang telah dirasmikan pada April 2013, juga memainkan peranan penting agar kerjaya di dalam industri rel sebagai prospek kerjaya jangka panjang. Adalah dijangkakan bahawa Akademi SPAD akan berubah menjadi sebuah institusi yang mendidik, melatih dan sebagai tempat penyelesaian profesional kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam industri pengangkutan
awam.

Di samping itu, Spad Academy juga akan menyokong rangka kerja pengawalseliaan bagi industri ini dan memastikan teknologi terkemuka, amalan industri, prestasi, piawaian dan penyampaian perkhidmatan dimulakan. Di akademi ini juga akan menggalakkan peluang silang, di persekitaran yang berstruktur untuk meningkatkan pendedahan, pengalaman dan kecemerlangan dalam industri.

Bagi mereka yang telah berada di dalam industri ini atau mereka yang ingin meningkatkan karier, laluan kerjaya mereka akan dipertingkatkan.

Ketika ini, SPAD Academy sedang dalam rangka untuk melancarkan modul dan program-programnya. Pada 2014 nanti, beberapa pengumuman akan dibuat dan masih perlu dikemaskini.

Selain daripada program-program kemahiran dan pendidikan, salah satu strategi SPAD Academy ialah untuk bekerjasama dan terlibat secara berkesan di peringkat informal dengan organisasi dan institusi yang sealiran seperti IRSE (The Institution of Railway Signal Engineers).

Oleh itu, kepada rakyat Malaysia terutama kepada generasi muda... persiapkan diri dan rebutlah peluang ini!

Tuesday, November 26, 2013

KERUSI PANAS CEO SPAD .... BAHAGIAN 1

"Sekarang kamu di kerusi panas dalam kerajaan... ," 
begitulah kata-kata yang pernah diterima En Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah menerima jawatan ini semenjak 3 June, 2010.

Orangnya mudah tersenyum, tetapi disebalik senyuman itu terdapat ketegasan dan seorang yang berfakta. Bila berbual dengannya, setiap kata-kata beliau adalah berpandukan data dan penyelidikan yang diperolehi.

Mengibas kembali permulaan kariernya, setelah menamatkan pengajiannya di Amerika, sebagai anak muda yang berwawasan, beliau juga tidak ketinggalan mencapai keinginan seperti graduan-graduan lain dari luar negara iaitu ingin menceburkan diri di dalam industri pelaburan. Beliau memilih Chicago dan bukan Wall Street kerana persaingannya terlalu hebat.

Beliau memulakan kariernya di CNA Financial Corporation, di dalam perbankan pelaburan dan telah menimba pengalaman selama 10 tahun .

Walaupun beliau telah berada di Chicago terlalu lama, namun keinginannya untuk kembali ke tanah air tidak pernah dilupakan. Imbuhan dan komitmen terlalu tinggi menyebabkan kepulangan beliau ke tanah air agak tergendala pada ketika itu.

Beliau telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian dan mendapat MBAnya di Kellog. Setelah tamat pengajian, beliau menyedari trend perubahan karier yang sedang berlaku ketika itu ialah dari perbankan pelaburan ke perunding pengurusan. Ini bermakna beliau telah beralih dari bekerja di kerusi empok ke berhubung rapat dengan pelanggan. Bagi En Mohd Nur ini adalah satu pengalaman yang sangat mencabar tetapi sangat memuaskan di mana; pelanggan "menemui anda, mencurahkan hasrat mereka dan mengharapkan masalah mereka diselesaikan." Bagi beliau ia sangat memuaskan.

En Mohd Nur rasakan beliau perlu kembali ke tanahair dan pabila mengetahui AT Kearney, pengurusan tertinggi syarikat
perunding di mana beliau bekerja akan mengembangkan perniagaan ke Asia, beliau pun menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun di Singapura untuk pelbagai pelanggan, dari sektor Perkhidmatan Kewangan sehingga mikroeletronik. Kebanyakan masanya berada di Singapura dan Bangkok sehingga apartment milik beliau di Bangsar diduduki hanya selama 12 hari dalam setahun.

Setelah beberapa ketika, En Mohd Nur meletak jawatan dan berehat selama 1 tahun. Beliau menghabiskan masa di Las Vegas, berfikir samada untuk kembali ke tanahair semula. Di Las Vegas tidak membawa kejayaan dan akhirnya beliau kembali ke tanahair. Sekembalinya ke tanahair, beliau tidak pasti untuk memilih pekerjaan, dan seterusnya memilih untuk bekerja di Accenture, hanya kerana syarikat ini sahaja yang mempunyai kontrak terbanyak di Malaysia ketika itu. Malaysia berada di dalam keadaan yang sukar ketika itu, dan sehingga beliau terpaksa menjelajah sehingga ke Selatan Korea.

Ketika inilah beberapa bos dari DRB Hicom mempelawa beliau untuk menyertai organisasi tersebut. Inilah kali pertama beliau memainkan peranan "defense" bila menyertai di dalam GLC di mana sepanjang karier beliau selalunya beliau berperanan "offence". Sekarang beliau diberi peranan mempertahan dasar-dasar kerajaan.

Menyedari yang selama ini beliau telah mendapat pendapatan yang sangat tinggi, hidup mewah dan mampu membeli apa saja yang dikehendaki tetapi rupa-rupanya beliau mengkhendaki sesuatu yang lebih daripada kariernya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketika itu Menteri Pengajian Tinggi telah mempelawa beliau menyertai kementerian tersebut. Namun bagi beliau walaupun tidak ada pengetahuan yang mencukupi di dalam bidang pengajian tinggi, ia tetap satu cabaran baru. Ketika itu kementerian sedang memperkenalkan satu plan strategik untuk pengajian tinggi. En Mohd Nur telah menekankan bahawa kandungan pelan induk tersebut tidak mencukupi untuk rakyat Malaysia yang layak mendapatkannya. Beliau telah meyakinkan kementerian supaya membuat semula keseluruhan plan tersebut dan ini menyebabkan beliau menjadi kurang popular ketika itu. Plan yang telah diperbaharui juga tidak berkesan.
 
Kementerian telah mengarahkan beliau merubah sekali lagi. Di sinilah beliau dan ahli jawatankuasa kementerian telah memperkenalkan Plan Tindakan Kebangsaan untuk universiti yang telah mengaplikasi 'egalitariansima' iaitu prinsip kesamaan politik, ekonomi, sosial dan hak asasi untuk semua rakyat di antara universiti-universiti dan membenarkan institusi-institusi menentukan hala tuju masing-masing.

En Mohd Nur kemudian menyertai Kementerian Pengangkutan dan Datuk Seri Ong Tee Kiat adalah menterinya. Beliau bertanya kepada dirinya, "Apa yang beliau tahu mengenai pengangkutan?".

Ketika itu juga, Datuk Seri Idris Jala telah menyertai PEMANDU dan beliau sekali lagi dikehendaki menyertai kumpulan ini untuk 5 bulan sahaja, dengan tugasan fokus kepada NKRA pengangkutan bandar. Dato Seri Idris Jala telah menawarkan beliau satu jawatan di dalam PEMANDU tetapi beliau difahamkan bahawa Perdana Menteri tidak bersetuju. Beliau secara bergurau meyatakan yang sebenarnya PM tidak berapa mengkhendakinya tetapi sebaliknya telah berlaku di mana Perdana Menteri memerlukan beliau untuk satu jawatan yang lain. Jawatan ini sebenarnya bukanlah satu jawatan yang digemari ramai. Dari mula lagi beliau melihat ini adalah satu misi yang mustahil dan bersedia menghadapi di mana semua pihak tidak akan berpuas hati.

Beliau telah nekad, apa saja yang bakal dihadapi ketika di dalam kontrak sebagai Ketua SPAD, beliau akan hadapinya dan sekurang-kurangnya beliau dapat membuat perubahan walaupun kecil.

Berbekalkan pengalaman beliau selama ini sebagai penganalisa dan perunding ekonomi di Amerika, perkara utama yang diberikannya di SPAD ialah membuat setiap tindakan berdasarkan data yang diperolehi setelah setiap maklumbalas diperolehi dan dikaji. Mereka hanya akan memaklumkan kepada rakyat data yang diperolehi supaya mereka lebih mudah memahami.

Kesungguhan, ketegasan, berpengatahuan dan seorang yang sangat teliti di dalam menerajui SPAD, dalam jangka waktu yang singkat, beliau  telah berjaya membawa SPAD mendapat pengiktirafan dunia apabila pada bulan Mei lalu, Malaysia memenangi the Asia Pacific Political Commitment Award oleh the International Association for Public Transport (UITP), Geneva. Kemenangan ini telah membuktikan kepada dunia bahawa kerja keras dan komitmen SPAD untuk melaksana dan merealisasikan satu mercu tanda projek pengangkutan untuk Malaysia di bawah GTP dan ETP seperti, perkhidmatan bas GoKL didalam kawasan pusat perniagaan, 2 peringkat sistem teksi KLIA, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) serta Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF).

Pada masa yang sama, En Mohd Nur juga telah dilantik sebagai Naib Pengerusi,  Jawatankuasa Eksekutif Asia Pasifik(APExC) bagi  International Association of Public Transport (UiTP).

Perdana Menteri sangat berterima kasih dan berbangga dengan pencapaian SPAD terutamanya En Mohd Nur, dan satu keputusan yang sangat tepat apabila kontrak En Mohd Nur disambung semula selama 3 tahun agar perkembangan dan perancangan strategik sistem pengangkutan awam dapat diteruskan dengan lancar bagi merealisasi agenda transformasi kerajaan.