Tuesday, August 16, 2016

MCA PERINGATKAN MUHYIDDIN DAN MAHATHIR, BANGSA CINA BUKAN KELAS KEDUA


Sejak mula diwar-warkan parti baru gandingan Dr Mahathir dan Muhyiddin sebagai parti Melayu dan Pribumi, terlalu banyak kritikan terhadap parti baru ini kerana pertama ia dilihat amalan rasis masih diagongkan kedua-dua mantan pemimpin tertinggi Barisan Nasional ini dan keduanya, DAP yang terkenal dengan ultra-chauvinis mereka dengan terdesaknya sanggup berpura-pura menerima Muhyiddin yang terkenal dengan slogan 'Melayu dahulunya'.

Walaupun ada yang mempersoalkan bahawa UMNO, MCA dan MIC adalah parti berteraskan satu bangsa sahaja, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong telah membawa kita untuk mengimbau sejarah matlamat penubuhan setiap parti komponen di bawah Barisan Nasional (BN).

Sebelum Tanah Melayu diberi kemerdekaan dari pihak British, salah satu syarat utama ialah menerima pendatang Cina dan India sebagai warganegara dan di antara bangsa-bangsa ini perlu memenangi pilihanraya pertama negara.

Maka dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin ketika itu,wujudlah UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India bersama-sama bergabung di bawah parti Perikatan dan seterusnya di bawah Barisan Nasional yang seterusnya melibatkan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak. 

Tepat sekali jawapan Datuk Wee di mana parti-parti politik yang mewakili setiap satu bangsa utama ketika itu mempunyai satu matlamat iaitu bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

UMNO, MCA and MIC mempunyai nilai sejarahnya tersendiri di mana ketiga-tiga parti ini adalah pencetus kemerdekaan negara dan seterusnya dilanjutkan membina kemajuan dan kemakmuran negara kita. Maka dari sejak merdeka sehingga kini, UMNO, MCA dan MIC berjuang dan bertanding di bawah satu bendera iaitu Barisan Nasional yang berlambangkan dacing dengan berlatarbelakangkan warna biru.

Dulu, kini dan selamanya parti-parti komponen Barisan Nasional tetap bernaung di bawah satu lambang dengan senada dan seirama sebagai satu pasukan.

Datuk Wee membuka mata kita apabila mempertikai parti-parti politik pembangkang yang gagal sehingga kini gagal untuk bersatu dan masing-masing mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza-beza tetapi sekadar untuk mengambilalih kerajaan. Ini terbukti apabila PAS dengan matlamat negara Islam dan hududnya, DAP dengan Malaysian Malaysia dan PKR hanya berjuang untuk pembebasan Anwar.

Terbukti lagi, parti-parti pembangkang tidak dapat bersatu dalam mentadbir negeri-negeri yang ditawan mereka sebagai satu pakatan. Jelas, DAP yang tadbir Penang lebih pentingkan hala tuju parti mereka, PAS dengan Kelantan hanya utk PAS dan PKR pula sering berebut jawatan menteri besarnya saja.

Manakala bagi negarawan seperti Tun Mahathir dan ahli politik berpengalaman seperti Muhyiddin Yassin, mereka tetap menonjolkan sikap rasis masing-masing walaupun di dalam parti baru mereka. Sedangkan, kedua-dua mereka ini telah menang kerusi parlimen masing-masing dan berkedudukan tertinggi dengan tiket BN di bawah platform politik pelbagai bangsa.

Maka rakyat tidak boleh lagi tertipu dengan parti politik baru mereka apabila matlamatnya mampu pecahbelahkan lagi integrasi kaum dan seterusnya menghancurkan perpaduan di antara kaum. MCA dapat menjangkakan yang perkauman akan dikembalikan dalam bentuk baru dengan parti baru Dr  Mahathir dan Muhyiddin yang jelas hanya untuk satu bangsa saja dan menganggap bangsa lain sebagai kelas kedua.
 

No comments: