Showing posts with label rasis. Show all posts
Showing posts with label rasis. Show all posts

Tuesday, March 28, 2017

KIT SIANG BUKAN RASIS ... WHAT? TONTON VIDEO NI....


Satu dunia boleh jadi saksi... Kit Siang anti-Melayu... anti-Islam

Tuesday, August 16, 2016

MCA PERINGATKAN MUHYIDDIN DAN MAHATHIR, BANGSA CINA BUKAN KELAS KEDUA


Sejak mula diwar-warkan parti baru gandingan Dr Mahathir dan Muhyiddin sebagai parti Melayu dan Pribumi, terlalu banyak kritikan terhadap parti baru ini kerana pertama ia dilihat amalan rasis masih diagongkan kedua-dua mantan pemimpin tertinggi Barisan Nasional ini dan keduanya, DAP yang terkenal dengan ultra-chauvinis mereka dengan terdesaknya sanggup berpura-pura menerima Muhyiddin yang terkenal dengan slogan 'Melayu dahulunya'.

Walaupun ada yang mempersoalkan bahawa UMNO, MCA dan MIC adalah parti berteraskan satu bangsa sahaja, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong telah membawa kita untuk mengimbau sejarah matlamat penubuhan setiap parti komponen di bawah Barisan Nasional (BN).

Sebelum Tanah Melayu diberi kemerdekaan dari pihak British, salah satu syarat utama ialah menerima pendatang Cina dan India sebagai warganegara dan di antara bangsa-bangsa ini perlu memenangi pilihanraya pertama negara.

Maka dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin ketika itu,wujudlah UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India bersama-sama bergabung di bawah parti Perikatan dan seterusnya di bawah Barisan Nasional yang seterusnya melibatkan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak. 

Tepat sekali jawapan Datuk Wee di mana parti-parti politik yang mewakili setiap satu bangsa utama ketika itu mempunyai satu matlamat iaitu bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

UMNO, MCA and MIC mempunyai nilai sejarahnya tersendiri di mana ketiga-tiga parti ini adalah pencetus kemerdekaan negara dan seterusnya dilanjutkan membina kemajuan dan kemakmuran negara kita. Maka dari sejak merdeka sehingga kini, UMNO, MCA dan MIC berjuang dan bertanding di bawah satu bendera iaitu Barisan Nasional yang berlambangkan dacing dengan berlatarbelakangkan warna biru.

Dulu, kini dan selamanya parti-parti komponen Barisan Nasional tetap bernaung di bawah satu lambang dengan senada dan seirama sebagai satu pasukan.

Datuk Wee membuka mata kita apabila mempertikai parti-parti politik pembangkang yang gagal sehingga kini gagal untuk bersatu dan masing-masing mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza-beza tetapi sekadar untuk mengambilalih kerajaan. Ini terbukti apabila PAS dengan matlamat negara Islam dan hududnya, DAP dengan Malaysian Malaysia dan PKR hanya berjuang untuk pembebasan Anwar.

Terbukti lagi, parti-parti pembangkang tidak dapat bersatu dalam mentadbir negeri-negeri yang ditawan mereka sebagai satu pakatan. Jelas, DAP yang tadbir Penang lebih pentingkan hala tuju parti mereka, PAS dengan Kelantan hanya utk PAS dan PKR pula sering berebut jawatan menteri besarnya saja.

Manakala bagi negarawan seperti Tun Mahathir dan ahli politik berpengalaman seperti Muhyiddin Yassin, mereka tetap menonjolkan sikap rasis masing-masing walaupun di dalam parti baru mereka. Sedangkan, kedua-dua mereka ini telah menang kerusi parlimen masing-masing dan berkedudukan tertinggi dengan tiket BN di bawah platform politik pelbagai bangsa.

Maka rakyat tidak boleh lagi tertipu dengan parti politik baru mereka apabila matlamatnya mampu pecahbelahkan lagi integrasi kaum dan seterusnya menghancurkan perpaduan di antara kaum. MCA dapat menjangkakan yang perkauman akan dikembalikan dalam bentuk baru dengan parti baru Dr  Mahathir dan Muhyiddin yang jelas hanya untuk satu bangsa saja dan menganggap bangsa lain sebagai kelas kedua.
 

Saturday, May 14, 2016

#MCA TUNTUT PENJELASAN #KITSIANG PERTAHANKAN KATA-KATA #RASIS HEW


Ini bukan pertama kali ceramah DAP ketika berkempen untuk pilihanraya penuh dengan perkataan biadap dan ucapan rasis. Yang terkini, ketika berkempen untuk Pilihanraya Negeri Sarawak, ucapan dari Hew Kuan Yew yang mengajak pengundi Sarawak menyokong calon Melayu DAP dan dengan sedar dan sengaja berkata 'skru ahli politik Melayu yang korup'.

Lebih malang lagi apabila Kit Siang sekadar mengatakan ia hanya kata-kata biadap tetapi tidak berbau rasis. Kini MCA ingin bertanya, kenapa Hew hanya menyebut Melayu yang korup dan tidak Cina, India mahupun Dayak, Iban, atau kaum etnik lain? Apakah Melayu saja sebagai kaum yang mengambil rasuah?

MCA mengajak rakyat Malaysia mengenali siapa itu Kit Siang dan apa itu DAP sebenarnya.

Kit Siang tidak boleh menafikan kata-kata rasis Hew apabila videonya telah dimuatnaik di Facebooknya sendiri dan apabila Kit Siang mempertahankan kata-kata Hew, sekaligus Kit Siang juga mengaku dirinya seorang rasis. Hanya seorang rasis tidak akan mengenalpasti kata-kata rasis kerana mereka sendiri mempunyai fikiran yang sama. Ini tidak dapat dielakkan Kit Siang.

Oleh itu, MCA sarankan Kit Siang melepaskan jawatannya sebagai penasihat DAP dan menepati slogan "Ubah"nya untuk diberi laluan kepada pemimpin DAP yang lebih sopan, berhemah dan tidak rasis.

Bayangkan jika kata-kata rasis Hew datang dari individu seperti ketua “Himpunan Baju Merah” Dato’ Jamal Yunos, ataupun Mohamed Ali Baharom aka Ali Tinju, pasti Kit Siang dan DAP akan menuntut Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak untuk meletak jawatannya.

Kesan daripada kata-kata biadap dan rasis Hew berlanjutan kepada penyokong-penyokong DAP yang menghina dan menyalahkan pengundi Sarawak kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional ketika Pilihanraya Negeri baru-baru ini. Pasti tindakan mereka ini akan hanya mewujudkan suasana yang tidak harmoni dan perpecahan bangsa di kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun MCA mewakili bangsa Cina, tetapi mereka ikhlas dan telus sebagai parti komponen Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Kata-kata rasis Hew pula tidak langsung melambangkan DAP sebagai sebuah parti yang konon ingin menonjolkan sebagai parti politik yang mewakili pelbagai kaum malahan mengekalkan imej mereka sebagai parti rasis.

Oleh itu adalah tepat sekali jika MCA menyarankan agar nama parti dikenali sebagai “Delusional Acting Party” kerana pemimpin-pemimpin mereka gemar bercanggah dengan kata-kata mereka sendiri dan untuk orang biasa, ia adalah satu gejala gangguan mental.