Friday, August 26, 2016

MCA : ZAM SI 'BATU API'


Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai Dato Zam adalah bekas menteri penerangan di bawah jemaah menteri Barisan Nasional dan kini oleh kerana sokongan beliau terhadap Dr Mahathir, maka setiap kenyataan beliau pun telah berubah arah. Kenyataan 'batu api' Zam yang menuduh MCA sebagai parti berasaskan bangsa Cina telah mati, semata-mata ingin menyemai perasaan ragu-ragu dan cuba wujudkan tidak percaya sesama parti komponen Barisan Nasional.

Bagi MCA, Zam terlalu taksub dengan parti baru Mahathir/Muhyiddin dan terlalu terdesak mendapatkan sokongan rakan-rakan dari Pakatan Harapan sehingga apa yang sedang berlaku terpaksa membutakan matanya dan memekakkan telinga.

Sehingga kini, kesemua parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional tidak ada lagi yang berperang sesama sendiri walaupun jumlahnya banyak dan sentiasa bersatu hati walaupun mewakili bangsa yang berbeza-beza serta jauh di Sabah dan Sarawak pun.

Realitinya, hanya beberapa ketika saja, parti-parti politik yang bermula dengan Barisan Alternatif kemudiannya Pakatan Rakyat dan kini tinggal Pakatan Harapan, telah dan sedang bergaduh sesama sendiri. Sungguhpun Dr Mahathir cuba menyatukan mereka dengan pelbagai strategi - deklarasinya, referendumnya dan parti barunya, ternyata kesemua itu gagal mendapat kata sepakat di antara pemimpin-pemimpin pembangkang.

MCA melihat penilaian Zam mengenai senario politik hari berkemungkinan kerana beliau terperangkap dengan golongan cina DAP yang rasis ataupun beliau sedang memancing undi bangsa cina dan tidak mustahil jika beliau sedang cuba untuk melaga-lagakan sesama parti komponen di dalam Barisan Nasional.

Yang pasti, samada MCA mahupun parti-parti komponen yang lain sedang bersatu dalam menghadapi serangan-serangan pembangkang dan semua isu-isu semasa negara dari pengenalan GST, suasana ekonomi dunia dan juga soal pendidikan. Kesemua ini tidak mungkin berlaku di dalam pakatan pembangkang yang berpecah-belah.

Parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional telah pun membuktikan kesatuan mereka di dalam kemenangan bergaya ketika PRN Sarawak serta PRK di Parlimen Kuala Kangsar dan juga Sungai Besar. Malahan, keutuhan Barisan Nasional berjaya menakluk beberapa kerusi DAP di Sarawak dengan majoriti yang lebih tinggi.

Zam tahu semua ini namun, beliau terpaksa menggunakan strategi putar-belitnya sehingga menulis yang MCA, MIC dan Gerakan bakal berkubur di pilihanraya akan datang lantas menghasut ahli-ahli UMNO untuk mempercayainya. Zam juga tahu yang DAP telah berjaya menewaskan calon Gerakan dan MCA kerana sokongan dari PAS dan PKR dan kerusi BN yang ditandingi calon bukan Melayu telah beralih arah kerana sentimen anti-kerajaan.

Walaubagaimanapun, MCA telah mampu meningkatkan undi Cina di Sekinchan manakala Gerakan telah buktikan sokongan bangsa cina ketika bertanding menentang DAP di Teluk Intan. Apakah Zam gagal membuat penilaiannya? Malahan dengan kehadiran Dr Mahathir di Kuala Kangsar dan Sekinchan tidak mampu meraih apa-apa kemenangan di kawasan pengundi Cina malahan kalah dengan lebih teruk.

MCA yakin, berkat kesungguhan kepimpinan MCA hari ini dan ditambah dengan kebijaksaan dan amalan keadilan oleh Presiden BN Datuk Najib Razak, BN akan kekal terus berkuasa berdasarkan konsistensinya dalam prinsip untuk sentiasa bekerjasama dan setia berkawan.

No comments: