Pengalaman seorang calon yang akan mewakili rakyat adalah penting tetapi yang lebih penting seseorang calon itu dikenali dan disenangi pengundinya. Itulah yang ada pada Datuk Hasan Arifin, calon 'winnable' Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin P91.
Sejarah politik Datuk Hasan di Rompin telah bermula sejak 1982 apabila bermula apabila menjadi wakil rakyat ADUN Rompin dan seterusnya menjadi ADUN Bukit Ibam sebelum berhenti seketika dan memberi laluan kepada calon baru, beliau tetap berkhidmat dalam UMNO sejak 30 tahun lalu.
Datuk Hasan adalah anak tempatan Rompin yang dilahirkah di sana, bersekolah di sana, membesar di sana, pernah berkhidmat di sana dan kini diberi peluang sekali lagi untuk mencurahkan baktinya di sana, di Rompin.
Setelah hampir seminggu selepas penamaan calon dan kini masuk tempuh untuk berkempen, rasa amat seronok berkongsi pandangan dan pengalaman masyarakat Rompin bersama Datuk Hasan. Di antaranya;
Rakan sekolah Datuk Hasan ketika bersekolah di SK Leban Chondong, Abu Bakar Abdul Rahman. Rupa-rupanya Datuk Hasan sentiasa menjadi pilihan guru untuk mengetuai sesuatu persatuan dan ciri-ciri kepimpinan telah terserlah sejak dari sekolah lagi.
Bagi rakan sepermainan Datuk Hasan ini, sikapnya masih seperti dahulu di mana pelawaan penduduk tidak pernah dihampakan. Selepas bersara dari ADUN pada tahun 2004, Datuk Hasan telah berpindah ke Kuala Lumpur. Sungguh pun begitu, Datuk semampu mungkin akan menghadiri majlis atau menziarahi kematian.
Datuk Hasan juga disifatkan sebagai seorang yang mudah berkongsi rezeki dan bukan sesuatu yang pelik jika beliau akan belanja semua yang ada di kedai makan kerana baginya ia dianggap sebagai sebahaigan daripada cara untuk bersedekah.
Seorang penduduk Kampung Ayau, Abu Bakar Abdul Rahman, 60, berkata Hasan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan sejak dari sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Leban Chondong).
Peristiwa 25 tahun yang lalu masih segar diingatan Maidin Mohamad apabila Datuk Hasan telah membantunya membawa pulang jenazah bapanya dari Hospital Kuala Lumpur ke Rompin.
Subri Salleh seorang masyarakat Orang Asli menganggap pilihan Datuk Hassan sebagai calon PRK Rompin yang tepat dan pasti akan beri sokongan kepada calon yang boleh 'masuk' dengan masyarakat orang asli. Ketika menjadi ADUN, Datuk Hasan telah banyak membantu masyarakat Orang Asli dan kini tiba masanya masyarakat Orang Asli memberi sokongan kepadanya.

Wan Zanariah atau lebih dikenali sebagai Mak Wan menganggap Datuk Hasan bukan jenis pemimpin yang memilih untuk berjumpa masyarakat. Lagipun menurut Mak Wan, Datuk Hasan telah membangunkan Rompin secara 'senyap' dan di antara hasil ushanya termasuk Perkim, Peladang, Sekolah Agama Rakyat dan juga Kolej Komuniti. Sikap Datuk Hasan yang rajin menjengok kampung sangat disenangi penduduk tempatan walaupun tidak lagi menjadi wakil rakyat.
Penduduk tempatan telah selesa dan biasa dengan Datuk Hasan kerana sikapnya yang tidak banyak kerenah dan tidak pernah beri apa-apa alasan sama seperti arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Itulah pandangan Mohd Arshad Abdul Rahman yang melihat peribadi Datuk Hasan dan penduduk tempatan menerimanya seperti mana mereka menerima arwah sejak 23 tahuk lalu.
Itulah di antara respon mengenai Datuk Hasan Arifin yang pasti ia adalah calon PRK Rompin yang paling tepat.
Perdana Menteri pernah berkata di antara kriteria calon 'winnable' adalah disukai dan dikenali rakyat tempatan. Maka pemilihan Datuk Hasan adalah juga menunjukkan kebijaksanaan pemimpin tertinggi UMNO yang meletakkan calon yang bukan saja dikenali rakyat tempatan malahan mempunyai track record yang disenangi dan diingati jasanya.

No comments:
Post a Comment