Sunday, April 26, 2015

#PRKPermatangPauh : MCA BERSEDIA MEMENANGI HATI PENGUNDI CINA



Dulu lain, sekarang lain.... dulu mereka meragui MCA tetapi hari ini mereka kembali semula. Dulu untuk membuka pintu pun mereka enggan tetapi hari ini, jemputan diterima dengan harapan dan senyuman.

Itulah sentimen pengundi cina di Permatang Pauh yang sedang dihadapi oleh MCA ketika mengunjungi mereka.

Kesungguhan kerjasama di antara parti-parti komponen Barisan Nasional sangat dirasai oleh masyarakat Permatang Pauh dan kehadiran jentera Barisan Nasional terutama MCA di kawasan penduduk cina seakan memberi satu nafas baru setelah selama 17 tahun di bawah PKR.

Tema kempen MCA yang dibawa dalam siri kempen pilihanraya kecil P44 kali ini adalah bersatu dalam kepelbagaian dan kesederhanaan.

Setelah selesai pengumuman calon, BN telah meletak seorang jurutera muda dan penduduk tempatan, Suhaimi Sabudin yang pasti adalah pilihan terbaik memandangkan beliau sangat memahami selok belok di Permatang Pauh. Pilihan calon 'winnable' BN ini pasti mampu memenuhi kehendak masyarakat  tempatan, berkaliber dan bersih peribadi.

MCA pun meletak keyakinan penuh dengan pilihan calon dan dengan semangat sebagai sebuah parti yang mengamalkan kerja bersama dan bersatu hati, MCA telah mengatur program yang lebih menumpu kepada berjumpa rakyat dan memberi penerangan kepada isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan.

Datuk Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun telah menghadiri kesemua program dari pengumuman calon sehingga bersama-sama menyertai perarakan mengiring calon di hari penamaan. Malahan sejurus SPR mengumumkan kekosongan kerusi Permatang Pauh, MCA telah melancarkan bilik gerakan.

Disamping gerak kerja yang tersusun dengan program-program untuk masyarakat Cina Permatang Pauh, mereka juga bersiap sedia untuk berhadapan sebarang serangan dan tuduhan dari pihak pembangkang terutamanya DAP.

Walau apa pun tuduhan yang cuba dipengaruhi DAP, kerjasama dalam parti lebih diutamakan dan mesej ini adalah penting diberikan kepada masyarakat Permatang Pauh bagi menubuhkan kerajaan yang kukuh dan stabil.

Apa yang sedang berlaku di dalam Pakatan Rakyat, dengan pergolakan antara PAS dan DAP jelas membuktikan kerjasama di antara parti-parti komponen mereka tidak kukuh apabila terbukti mempunyai prinsip dan ideologi yang berlainan ibarat satu perkahwinan tetapi duduk berasingan.

Perkahwinan politik Pakatan Rakyat tidak akan bertahan lama jika tiada kerjasama kukuh kerana akibatnya pentadbiran negara akan lemah dan yang pasti mendapat kesan langsung adalah rakyat!

No comments: