Wednesday, December 10, 2014

TANDATANGAN ADUN SELANGOR YANG DIKATAKAN DOKUMEN PALSU

Nampaknya sejak Ogos lalu lagi kekalutan politik Pakatan Rakyat di Selangor belum lagi berakhir walaupun pada permukaan nampak tenang tetapi di dasarnya masih berkocak kencang.

Isu seterusnya adalah pendedahan oleh bekas ahli PKR yang dikenali sebagai Che gu Bard mengenai Akuan Sumpah yang ditandatangani 5 Adun Selangor yang dikatakan menarik balik sokongan terhadap Wan Azizah dan dipaksa oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti masing-masing.

Di dalam laporan RoketKini.Com;
 
“Kenyataan beliau (Badrul Hisham) adalah tidak benar dan merupakan tuduhan keterlaluan serta tidak berasas, kerana kami tidak pernah menandatangani sebarang surat berkenaan itu,’ kenyataan tersebut dipetik.

“Ini merupakan perihal pemalsuan dokumen,” tegas kenyataan kedua-dua ADUN DAP menafikan tuduhan tersebut."

Chegu Bard dakwa tiga dari PKR dan dua dari DAP telah menandatangani akuan bersumpah itu pada pada 11 September, beberapa hari selepas menytakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.
 
ADUN Sri Muda - Shuhaimi Shafiei, ADUN DAP Kinrara - Ng Sze Han, ADUN Bukit Gasing - Rajiv Rishyakaran dan ADUN Sri Andalas - Dr Xavier Jayakumar telah menafikannya. Namun ADUN Batu Caves - Amirudin Shari masih belum membuat pengakuan. Perlu juga kita ingat, bukan sahaja ADUN dari PKR tetapi dari DAP juga. - MalaysiaKini

Yang menariknya kesemua kandungan Akuan Sumpah ini ialah di perenggan 2;

"Oleh kerana surat sokongan tersebut adalah dibuat di atas dasar paksaan oleh pihak pemimpin atasan Parti Keadilan Rakyat"

Bandingkan tandatangan mereka dan nilai sendiri apakah Chegu Bard berkata benar atau DAP dan PKR sengaja menafikan;

ADUN Batu Caves - Amirudin Shari

ADUN Bukit Gasing - Rajiv Rishyakaran

ADUN DAP Kinrara - Ng Sze Han

ADUN Sri Muda - Shuhaimi Shafiei


Target Chegu Bard ialah Azmin dan kita boleh lihat di FBnya...

Yang terkini, Syed Ali juga telah tunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap Azmin;



Inilah yang dikatakan, di permukaan saja tenang tetapi di dasarnya berkelocak dan bergelora. Kerusi MB Selangor sememangnya dikenali sebagai kerusi yang sangat panas, bukan saja ketika BN memerintah tetapi kini Pakatan Rakyat.

Rakyat Selangor ingatkan bila Selangor diperintah Pakatan Pembangkang dan diterajui PKR, rakyat akan lebih terbela dan prestasi ekonomi negeri mampu ditingkatkan tapi apa yang pasti, Selangor telah diketahui rakyat Malaysia sebagai negeri paling kotor sehingga mangsa kematian dari penyakit denggi adalah tertinggi.

Kini rakyat Selangor perlu bangkit dan bertanya kepada PKR... JANGAN ASYIK BEREBUT JAWATAN, BILA NAK BERKHIDMAT?

No comments: