KENYATAAN MEDIA
YBHG. DATO’ SULAIMAN BIN HAJI KELING
KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA
GANTIAN MYKAD TIDAK DIWAJIBKAN
16 DISEMBER 2014
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin mengingatkan orang ramai agar
berwaspada berkaitan hebahan maklumat berkaitan penukaran MyKad yang
telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham orang awam bahawa MyKad
perlu ditukar selewat-lewatnya pada hujung tahun 2014 ini atau akan
didenda.
2. MyKad mula diperkenalkan sejak tahun 2000 dan MyKad
versi yang terkini telah dikeluarkan mulai pada 3 Januari 2012. Tidak
seperti Kad Pengenalan Kertas atau Kad Pengenalan Plastik yang
kekurangan ciri-ciri keselamatan, MyKad adalah kad pintar pelbagaiguna
kerajaan yang menggunakan aplikasi cip. Mykad terkini telah di
tambahbaik dari segi rekabentuk, dan juga ciri – ciri keselamatannya seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih
tahan, menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad dan
menggunakan cip baru yang lebih tahan supaya menepati perkembangan
terkini teknologi kad pintar antarabangsa.
3. Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa peraturan membuat MyKad adalah seperti berikut :
i) Seseorang Kanak - kanak Warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 12 tahun adalah wajib untuk membuat kad pengenalan bagi kali pertama di bawah Peraturan 3, Peraturan – Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (kecuali Orang-orang terkecuali sebagaimana di bawah Peraturan 27, Peraturan – Peraturan Pendaftaran Negara 1990).Page 2 of 2ii) Warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan sebelum mencapai umur 25 tahun wajib membuat penukaran dan ianya hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 18, Peraturan – Peraturan Pendaftaran Negara 1990.iii) Gantian kad pengenalan yang dibuat sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kad pengenalan atau cip tidak berfungsi, dan pertukaran butiran yang telah diluluskan oleh JPN.
4. Sehubungan dengan itu, sekiranya
Mykad yang dimiliki masih dalam keadaan baik dan berfungsi maka mereka
tidak diperlukan membuat gantian baru kad pengenalan. JPN juga ingin
memaklumkan bahawa gantian MyKad struktur baru adalah TIDAK DIWAJIBKAN.
Penukaran kepada MyKad yang baru adalah merupakan pelaksanaan yang
berterusan dan tiada tarikh tutup.
5. JPN mengharapkan kerjasama
orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau
media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Penyiaran
maklumat berkaitan kad pengenalan hanya boleh disahkan oleh Ketua
Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai Pendaftaran yang dilantik
sahaja.
6. Oleh yang demikian bagi sebarang maklumat yang
berkaitan dengan Jabatan ini, orang awam adalah dinasihatkan untuk
melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 – 8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
No comments:
Post a Comment