Bila dibaca laporan Malaysian Insider bertajuk "Umno cybertroopers spamming my Twitter account, says Kit Siang", sehingga menggelar penyerang twitternyasebagai "Umno Twittter Bombers", terbukti Kit Siang seperti anak muda sedang merengek permainannya sedang diganggu.
Siapa yang tidak tahu di Twitter dan FBlah tempat pemimpin-pemimpin pembangkang sengaja melemparkan propaganda mereka.
Di antara yang dilaporkan;
Siapa yang tidak tahu di Twitter dan FBlah tempat pemimpin-pemimpin pembangkang sengaja melemparkan propaganda mereka.
Di antara yang dilaporkan;
His account was spammed with statements censuring him for wanting action to be taken against Mashitah.
One of them read: “Kini @LimKitSiang Buat U-Turn, Mahu Akta Hasutan Diguna Terhadap Dato Dr. Mashitah Ibrahim Pula” (Now Lim Kit Siang is making a U-turn, wants the Sedition Act to be used against Datuk Dr Mashitah)."
Nampaknya Kit Siang benar-benar terkesan dan sebenarnya berasa malu apabila Dr Mashitah di dalam temubual dengan Sinar Harian berkata;
Tokoh pembangkang termasuk Lim Kit Siang menggesa Menteri Dalam Negeri menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa saya. Jawab saya, mudah saja.
Tunggulah siasatan polis selesai dahulu. Anehnya, beliau dan konco-konco nampak pula perlunya Akta Hasutan dalam kes ini.
Tenang saja Dr Mashitah kan? Beliau telah memberi kerjasama kepada pihak polis pada 7 Disember lalu untuk memberi keterangan ke atas kenyataan beliau yang melibatkan kes membakar al-Quran di Kuala Kedah walaupun dengan jelas beliau menyatakan ia adalah maklumat yang telah disampaikan kepadanya.
Pada masa yang sama, Dr Mashitah mengalu-alukan siasatan polis ke atas kejadian itu dan berharap agar siasatan dilakukan dengan terperinci dan bebas.
Imbas kembali apa sebenar mesej yang ingin disampaikan Dr Mashitah kepada perwakilan wanita UMNO di mana di antaranya menyentuh cabaran-cabaran terhadap umat Islam dengan strategi mengelirukan dari pelbagai sudut.
Dr Mashitah juga menyentuh bagaimana serangan pemikiran terutama di kalangan anak-anak muda terutama golongan profesional di mana keraguan ditimbulkan terhadapa peranan kerajaan dan pemerintah, sumbangan ulama dan pemimpin, kedudukan raja-raja dan mahkamah syariah serta ada yang memutarbelit dan eksploitasi ke atas Perlembagaan dan Kontrak Sosial.
Beliau juga menyedarkan perlunya lebih suara-suara majoriti yang vokal di kala ugama dan umat Islam diserang dan dicabar dan bagi mengatasi cabaran ini, pihak-pihak berwajib juga perlu lebih proaktif dan tegas dalam mempertahan kesucian Islam di mana pada hari ini terdapat organisasi atau badan yang sewenang-wenangnya mengguna perkataan 'Islam' walaupun tidak bertujuan dakwah dan membawa agenda amalan umat islam.
Liberalisme dan pluralisme adalah di antara ideologi dan fahaman yang telah diketengahkan oleh golongan tertentu atas nama hak asasi, demokrasi dan 'freedom'. Di antara orang Islam sendiri pula menimbulkan kekeliruan dan perpecahan dengan ajaran-ajaran sesat dan timbulnya fahaman-fahaman Syiah.
Bersetuju dengan pandangan Dr Mashitah, sepatutnya pemimpin-pemimpin pembangkang yang jelas ultra-chauvinisnya, perlu berasa malu dan memohon maaf kerana tidak henti-henti bersangka buruk malahan dengan terbuka menghina umat Islam, bangsa Melayu serta kepimpinan Melayu dan Raja-Rajanya.
Bila diamati mesej-mesej yang telah disampaikan Dr Mashitah kepada perwakilan wanita UMNO, kita akan faham mengapa begitu terkesan Kit Siang dengan pertanyaan-pertanyaan U-Turn beliau apabila bersetuju dengan Akta Hasutan kali ini.
Kit Siang tak perlu tiba-tiba sensitif dengan serangan di alam maya yang selama ini itulah alat permainannya. Mesej yang disampaikan kepada Kit Siang yang perlu dibalas semula terutama setelah ditemplak Dr Mashitah... KINI KIT SIANG TERPERANGKAP DENGAN KATA-KATANYA SENDIRI
No comments:
Post a Comment