Tuesday, January 09, 2018

SEJARAH DIUKIR MCA-Gerakan - HADIAH TAHUN BARU UNTUK BN DAN PM NAJIB


Tidak ada cara lain untuk kembalikan kegemilangan MCA dan Gerakan seperti dahulu dan untuk mendapatkan keyakikan masyarakat Cina terhadap kedua-dua parti komponen Barisan Nasional ini, mereka perlu berpadu tenaga dan menyokong di antara satu sama lain. Kekalahan dua pilihanraya yang lalu telah  menyebabkan mereka beriltizam untuk menguatkan jentera mereka dan solusinya hanyalah jika mereka bersatu tenaga.

Lantas MCA dan Gerakan telah mengadakan perhimpunan bersama dan agaknya inilah hadiah tahun baru 2018 untuk Barisan Nasional dan juga Presidennya PM Najib Razak. Perhimpunan Teguh Bersama MCA-Gerakan telah dijadikan realiti setelah lima pertemuan diadakan di antara kedua-dua Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai mewakili MCA dan Datuk Seri Mah Siew Keong, kemudian dipersembahkan kepada PM Najib, Presiden Barisan Nasional.



Melihat kepada kesungguhan dan komitmen kedua-dua parti dominan pengundi Cina ini, pada perhimpunan itu hanya kelihatan lautan biru dari kedua-dua pihak yang mereka mampu berganding bahu sebagai satu pasukan atas nama pembangunan nasional dan bukan sekadar untuk berpolitik saja. MCA dan Gerakan ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat Cina khususnya bahawa mereka amat serius dengan masa depan rakyat dan parti politik yang  mempunyai wawasan dan idea yang baik dan realisitk dalam membina negara.

Oleh yang demikian, di antara aktiviti utama adalah mengadakan road-show bersama di dalam kempen mereka dan bukan seperti yang dijangkakan oleh pihak tertentu bahawa mereka akan bergabung. Segala kelemahan dan perkara yang mampu menyumbang kepada kekalahan BN di 2 pilihanraya lalu telah pun dikenalpasti dan di antara yang paling utama adalah apabila calon MCA bertanding ataupun calon Gerakan, salah satu bilik gerakan parti akan ditutup dan tiada ahli parti yang lain turun membantu atau berkempen.

Di PRU14, kedua-dua parti komponen BN ini akan tegas mengambil tindakan displin seandainya perkara tersebut berulang lagi kerana ini dilihat sebagai sabotaj bukan kepada MCA ataupun Gerakan sahaja, mereka sedang sabotaj peluang calon yang mewakili Barisan Nasional.

Kesemua itu dimeterai di dalam akuan ikrar bersama seperti berikut;

1. Bekerja rapat bersama-sama untuk mengatasi cabaran-cabaran pada pilihan raya umum akan datang;

2. Melakukan yang terbaik untuk menegakkan kepelbagaian negara dengan semangat kesederhanaan;

3. Bersatu sebagai rakan dalam mempertahankan hak dan kepentingan rakyat di bawah rangka kerja Barisan Nasional;

4. Bergandingan tangan dalam meningkatkan kebajikan semua pihak dalam pentadbiran kerajaan; dan

5. Memberikan sokongan bersama dalam menguruskan kawasan pilihanraya masing-masing ketika berkempen untuk kepentingan rakyat.

Di antara strategi yang telah dipersetujui bersama adalah memaksimumkan penggunaan media baharu bagi menentang segala jenis tuduhan dan fitnah yang sengaja direka pihak pembangkang secara habis-habisan sehingga ke penghujungnya. Inilah satu-satunya senjata yang gemar diguna pihak pembangkang dan MCA-Gerakan pasti akan membuktikan pembohongan mereka. Malahan, kedua-dua parti ini juga berikrar akan membongkar siapa pemimpin-pemimpin pembangkang ini sebenarnya.

Iltizam untuk bergabung di antara MCA-Gerakan bukan sesuatu yang mudah kerana dari sejarah lampau, Gerakan adalah parti serpihan MCA dan walaupun berpayung di bawah Barsian Nasional, namun wujud persaingan di antara mereka. Namun, dengan kepimpinan baru di antara kedua-dua parti ini, satu sinar azam baru yang pasti dapat kembalikan keyakinan pengundi Cina kepada mereka.

Inilah yang dikehendaki rakyat dan juga PM Najib... bersatu dan terus bersatu - STRONGER TOGETHER!


#StrongerTogether
#TeguhBersama

Saturday, January 06, 2018

MCA : APABILA 'TOP DOG' PEMBANGKANG KATA MALAYSIA AKAN BANKRAP, MOTIFNYA?


Mengatakan Malaysia bakal bankrap bukan sesuatu yang baru. Bagi MCA, dakwaan seperti ini telah berlaku sejak tahun 80an dan sering digembar-gembur  pembangkang terutamanya DAP dan ketika skandal forex BNM di mana rezab BNM hampir pupus di zaman Dr Mahathir adalah ketua pentadbir negara. Kini, apabila beliau adalah 'Top Dog' pakatan pembangkang, MCA melihat yang beliau sedang senada dengan DAP dan kini, pilihanraya umum ke 14 pula sedang menghampiri.

Maka dalam satu forum, Dr Mahathir yang sekadar menjalankan tugasnya sebagai ketua Pakatan Harapan telah mengeluarkan kenyataan yang negara sedang menuju ke arah bankrapsi jika tidak melunaskan hutang yang kononnya sangat besar. Beliau membuat persamaan dengan negara Greece kerana negara kini sedang berhadapan dengan hutang jangkapanjang dan pendek berjumlah US$900 billion.

Apakah kita boleh mempercayai dakwaan Dr Mahathir yang kini berada sebaris DAP dan mengetuai pakatan pembangkang? Bagi MCA, rakyat biasa pun mampu membuat penilaian mereka jika analisa ini boleh dijelaskan seperti berikut;

Jika kita ingin membuat pinjaman dengan bank samada untuk pinjaman peribadi atau perniagaan, di antara perkara pokok yang ditentukan adalah kekuatan keupayaan kita membayar semula. Oleh itu, bank ingin memastikan duit mereka dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan. Pinjaman dari bank ini juga boleh diibaratkan sebagai satu pelaburan jangkapanjang kepada perniagaan seseorang.

Begitu juga dengan penjelasan PM Najib Razak di dalam blognya, jika hutang negara adalah di tahap yang sangat kritikal sepertimana didakwa Dr Mahathir, apakah negara-negara gergasi ekonomi dunia yakin untuk mencurahkan duit mereka untuk membuat pelaburan kepada kita? Apakah negara gergasi seperti Republik China ingin melantik Malaysia sebagai mewakili ASEAN dalam insentif 'One Road One Belt' mereka?

Dalam setiap prinsip pelaburan, paling utama adalah, setiap wang yang dilaburkan, mesti ada pulangannya. Tetapi apakah jaminan yang perlu diambil apabila membuat perhitungan risiko? Ia perlu disokong dari laporan juruaudit dan laporan kajian. Begitu juga dengan Malaysia, negara-negara gergasi ekonomi dunia pasti akan menjadi sangat berhati-hati dan memerlukan laporan sokongan dan analisis yang kukuh dari badan-badan ekonomi dunia seperti Agensi Penarafan.

Jika benar hutang negara sehingga US$900bil (RM3.3 trillion) dan jika prestasi ekonomi negara yang lazimnya dinilai daripada KDNK (Keluaran Dalaman Negeri Kasar) menguncup atau berkurangan dengan teruknya, maka sememangnya Malaysia sedang parah dan sedang menuju ke arah bankrap. Tetapi, di mana silap yang disengajakan Mahathir?

Malaysia tidak mempunyai hutang yang besar sepertimana yang digambarkan Mahathir. Nisbah hutang berbanding KDNK kini berada di 50.7%, yang mana ia jauh lebih rendah daripada 92 negara lain di dunia termasuk Singapura, Jerman, Amerika Syarikat, UK dan semua negara maju. Jika menurut pengiraan Dr Mahathir, negara-negara ini terlebih dahulu perlu menjadi bankrap. Malah, pada 50.7%, ia adalah berkali ganda kurang daripada tahap 103.4% pada tahun 1986 semasa 5 tahun pertama Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Mungkin Dr Mahathir sedang mengimbau semula kegawatan ekonomi di zamannya sehingga beliau terpaksa meminjam dengan negara Jepun dan Singapura untuk selamatkan Malaysia dan beberapa syarikat kroni serta anaknya. Apakah pinjaman sebegini dijadikan ukuran?

MCA kecewa dengan sikap Mahathir yang sepatutnya sebagai seorang negarawan, beliau tidak memberi gambaran yang salah kepada rakyat. Kerajaan BN telah berkali-kali katakan yang walaupun negara memerlukan kritikan dari pihak pembangkang, namun ia perlu berasas dan berfakta. Hanya kerana ingin menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh seorang yang tidak ingin tunduk kepada kehendaknya, maka perlukah beliau terus-terusan sabotaj negara dan rakyatnya?

Friday, January 05, 2018

NOTIS BAS YANG MEMPUNYAI PENGGUNAAN BAHASA SALAH BUKAN ARAHAN SPAD







Jika dibaca notis di atas, ia sememangnya lucu walaupun tujuan syarikat pengendali bas ini cuba untuk displinkan penumpangnya. Namun ada di antara kita cuba manipulasi kesilapan bahasa yang digunakan seolah-olah ia sengaja dibiarkan pihak yang bertanggungjawab. Apa saja yang berkenaan pengangkutan awam darat, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan cuba dikaitkan dan akhirnya dipersalahkan.

Untuk pengetahuan, sekiranya ada notis dari pihak SPAD samada diletakkan di dalam kenderaan awam mahupun di kawasan-kawasan awam, ia akan dikeluarkan seperti berikut;





Paling utama, logo SPAD akan tertera dengan jelasnya dan penggunaan bahasa melayu atau inggeris yang betul pasti akan diambilkira.

Notis yang salah di atas telah ditemui oleh seorang Facebooker bernama Fong Shehiel pada tahun 2014 dan sehingga kini ia masih diulang-ulang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Walau apa pun niat mereka, yang pasti notis tersebut bukanlah dari pihak SPAD dan ia sekadar inisiatif syarikat bas itu sendiri.

Untuk sekian kalinya, pihak SPAD terpaksa membuat penjelasan seperti berikut;

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan penjelasan bahawa notis di dalam bas seperti mana yang disebarkan melalui media sosial, tidak dihasilkan atau pun menerima kelulusan daripada Suruhanjaya. SPAD sebelum ini telah memberikan penjelasan yang sama berulang kali melalui media sosial.

Bagi pengetahuan umum, notis-notis seumpama itu, merupakan inisiatif sendiri pihak pengendali bas. Bagi mengelakkan situasi seperti ini berlaku, SPAD telah menasihatkan pengendali-pengendali bas untuk memastikan bahawa notis-notis yang dipaparkan adalah jelas dan tidak mengandungi kesalahan penggunaan bahasa.

Terima kasih.

Pasti prihatin rakyat dihargai SPAD. Namun sesuatu yang telah diberi penjelasan terang, jika diulang-ulang untuk meraih perhatian Facebooker, ia juga bukan sesuatu yang patut diraikan. Oleh itu, di dalam ingin sama-sama melihat rakyat Malaysia mampu mengguna bahasa yang betul, media sosial bukanlah tempat untuk langkah memperbaikinya.

Adalah lebih baik jika notis yang salah, terus dihantar ke pihak SPAD agar mereka dapat bertindak dan pasti kesilapan bahasa tersebut dapat diperbaiki. Sama-samalah kita lebih bertanggungjawab dan tidak segera membuat tuduhan, malah bantu syarikat-syarikat pengendali bas tersebut.


Thursday, January 04, 2018

PM NAJIB - THE TRUTH



Jawapan berlandaskan fakta-fakta kepada pelbagai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh pihak dengan agenda politik jahat. 22 isu yang diulang-ulang pembangkang kini dijawab sendiri oleh PM Najib seperti berikut;

1. Tuduhan mengenai isu Altantuya

2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai ‘Negara Paling Banyak Mengamalkan Rasuah’

3. Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah

4. Tuduhan terhadap 1MDB

5. Tuduhan mengenai ‘Jambatan bengkok’ – Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan di atas tanah kita sendiri tanpa kelulusan daripada Singapura

6. Dakwaan: “Pencapaian Najib sebagai presiden UMNO lebih buruk berbanding Pak Lah”

7. Dakwaan: (Najib) mengetepikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), tubuh agensi baharu untuk merancang pembangunan negara.

8. Dakwaan: Perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman penjawat awam tidak lagi diperlukan

9. Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif

10. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang

11. Dakwaan bahawa 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia

12. Dakwaan bahawa Jenayah meningkat sejak ISA dihapuskan

13. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan

14. Criticism of GST

15. Tun Mahathir’s allegations

16. Official jet – Claim: “This country is being attacked repeatedly by terrorists who killed our police and soldiers. Is this the normal state of things or is this a security problem? If we care for security do we buy luxury private jets.”

17. Claim: That 1MDB, with knowledge of its advisers, were involved with money laundering

18. Claim: ‘Asking people not to ask any questions until the Auditor General reports is silly’

19. Claim: “With better financial management the GST need not be imposed on the people. By introducing the GST, Government is actually asking the people, including those who are not in the income tax bracket to bail out failed Government ventures.”

20. Claim: Giving out money to all and sundry may be popular…It is far better to educate and train people for higher-paying jobs when incomes would increase substantially in return for work done.

21. Claim: “So what is wrong with asking the current PM to step down. He has obviously made a bigger mess of the country than the previous PM.”

22. Claim: “An elected leader is not impervious to removal before his term is out. The previous PM was also elected, in fact with a bigger majority. But he was persuaded to step down by the current PM.”

The truth

Wednesday, January 03, 2018

PERJUANGAN UMNO KERANA LILLAHI TA'ALA, MAHATHIR HANYA MAMPU MENYINDIR?


Maka apabila Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengajak orang ramai melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan “UMNO”, yang hanya mampu Top Dog Pakatan Harapan lakukan hanyalah sekadar mampu menyindir di dalam blognya.Walaubagaimanapun, oleh kerana kini telah berada dalam pakatan pembangkang yang diketuai DAP, beliau sengaja melupakan yang perjuangan UMNO adalah untuk agama iaitu Islam, bangsanya Melayu dan negaranya Malaysia.

Klip video ringkas itu menunjukkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berucap kepada sekumpulan ahli Umno di Ketereh, di mana beliau merupakan ketua bahagian UMNO dan juga ahli Parlimen, sambil berkata Umno adalah parti untuk “lillahi taala”. Di dalam blognya, Dr Mahathir sengaja mengenepikan perjuangan UMNO yang sejak ditubuhkan telah berjuang menegakkan ugama Islam. Bukankah ini kerana Allah?

Jika Dr Mahathir ingin mensabitkan pemimpin yang melakukan kesalahan justeru melabelkan UMNO terlibat dalam kecurian di samping melakukan penipuan dan rasuah untuk memenangi pilihan raya, adakah itu ajaran UMNO atau pemimpin itu sendiri yang korup? Di mana dalam perlembagaan UMNO yang menyeru agar ahli dan pemimpinnya melakukan kesalahan?

Begitu juga dalam ajaran Islam yang berpandukan Al Quran, apakah apabila seseorang itu enggan membenarkan isterinya menutup aurat, adakah Al Quran dan Islam itu persalahkan?

Apakah apabila pemimpin UMNO seperti Tan Sri Annuar memberi penerangan yang perjuangan politik ahli-ahli UMNO mestilah dalam kerangka ibadah, maka apakah itu juga salah di mata Dr Mahathir? Sedangkan dalam solat pun seseorang itu melafazkan iktikad solat, hidup dan mati demi Allah, apakah ini juga sukar untuk di fahami Dr Mahathir?

Jika ditanya kepada mana-mana ahli UMNO di zaman Dr Mahathir, parti Melayu ini hanyalah satu parti politik nasionalis sehinggakan pada pandangan bukan Melayu, parti ini sangat rasis memandangkan ia hanya berahlikan Melayu dan Bumiputra. Tiada siapa di zaman Dr Mahathir yang berani ke hadapan seperti Tan Sri Annuar Musa memberi penerangan bahawa perjuangan UMNO bukan sekadar untuk mengekalkan kuasa malahan paling utama mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan di samping mengembangkan lagi syiar Islam dan pemahamannya bahawa agama suci ini mengajar untuk berlaku adil kepada semua. Apakah ini menjadi satu ejekan kepada Dr Mahathir?

Janganlah kerana telah bersama-sama parti yang jelas anti-Islam maka segala yang diperjuangkan UMNO hari ini diperlekehkan. Di manakah suara Dr Mahathir ketika DAP mempertikai, mempersenda dan mempermainkan agama Islam?

Jika pada zaman Dr Mahathir, UMNO bertuankan projek dan wang ringgit untuk berebut jawatan, jangan pula ingin disamakan perjuangan UMNO di zaman Presiden Najib Razak. Jika Dr Mahathir tidak lagi mampu berhujah dan sekadar mampu menyindir pemimpin-pemimpin UMNO, adalah lebih baik beliau tidak terus merendahkan dirinya dan cerminkan dirinya terlebih dahulu. Terus bermuhasabah diri sebelum ajal menjemput diri.