Tuesday, April 12, 2016

KE KILANG PROSES AYAM MENTAH, PEMBEKAL UTAMA #MCDONALD'S MALAYSIA

Sebelum ini, blog mantra telah berkongsi maklumat mengenai proses makanan di kilang MacFood Services Sdn Bhd di Subang yang jelas mementingkan aspek keselamatan dan kebersihan dari pintu masuk sehinggalah proses pembungkusan dan penghantaran. Namun, pasti kita akan tertanya bagaimana pula ayam-ayam mentah ini diproses dan di mana?


Sekali lagi beberapa rakan blogger dan pemberita diberi peluang melawat kilang ayam yang menternak, menyembelih dan memproses ayam mentah untuk McDonald's di Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) yang terletak di Sitiawan, Perak. Rombongan kali ini telah diketuai Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar.

Sebagaimana ketatnya kawalan kesihatan di kilang MacFood Services Sdn Bhd, begitu juga di DPP di mana setiap peserta rombongan diambil bacaan suhu bagi memastikan mereka benar-benar sihat sebelum dibenarkan memasuki kawasan kilang. Langkah pencegahan kesihatan pertama ini bukan sahaja untuk pelawat tetapi dilakukan kepada setiap pekerja pada setiap hari.

Di antara yang hadir bagi pihak Dindings adalah Pengurus Besarnya, Encik Tony Wo Kah Keat, Pengarah Eksekutif Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) Ang Pun Heng dan Pengarah Hal Ehwal Pembangunan Perniagaan & Korporat Malayan Flour Mills Berhad (MFM) Azhari Arshad. DPP dan DPDC merupakan syarikat yang berada dibawah kumpulan MFM.

Dikatakan tempat menternak ayamnya sangat canggih di mana ia merupakan sebuah bangunan yang dilengkapi dengan teknologi canggih seperti kipas untuk memastikan suhunya kekal pada 25 hingga 29 darjah celsius pada setiap masa. Bangunan ini juga memastikan aliran udara bersih diperiksa setiap masa agar ayam dipelihara dalam keadaan sempurna.



Sebelum peserta rombongan dibawa masuk ke tempat pemprosesan ayam, mereka diminta untuk menanggalkan sebarang barangan logam seperti jam, gelang dan cincin dan seterusnya diberi set pakaian berwarna putih seperti jubah berserta sarung kepala, topeng muka dan juga kasut getah ala kasut Phua Chu Kang yang semuanya serba putih. Mereka juga harus melalui kawalan keselamatan dengan diimbas peralatan elektronik untuk sekali lagi mengesan elemen-elemen yang tidak dibenarkan.


Seterusnya mereka dibawa untuk mencuci tangan dengan sabun khas yang telah disediakan sebelum melalui lantai-lantai berlopak yang diisi dengan klorin. Setiap pergerakan ini diperhatikan oleh kakitangan kilang bagi memastikan segala 'undang-undang kilang' dipatuhi pelawat.

Di DPP terdapat 18 orang penyembelih yang diperakui dan memiliki sijil dari Jabatan Agama Islam Negeri bagi menjamin pengeluaran produk halal. Pada setiap sesi hanya 5 saja penyembelih yang akan bertugas untuk menyembelih lebih kurang 3,500 ekor. Ini adalah untuk memastikan stamina setiap penyembelih kekal cergas dan fokus ketika bertugas terutama di dalam menjalankan tuntutan syariah.

Mungkin ada yang tidak ketahui bahawa pisau yang digunakan untuk menyembelih seekor ayam kepada ayam kedua perlu dibersihkan terlebih dahulu dan di DPP jugalah peraturan mengikut tuntutan syariah dipraktikkan. Di dalam bilik sembelihan disediakan 5 saluran air seperti pancuran di bilik mandi agar pisau yang digunakan kekal bersih.

Peringkat seterusnya adalah memasuki kawasan pemprosesan. Dengan suhu di dalam kilang yang sejuk dan persekitaran yang bersih, walaupun peserta rombongan dikelilingi dengan ribuan ekor ayam, namun mereka merasakan yang mereka BUKAN berada disekeliling ayam kerana tidak mengesan apa-apa bau ayam pun.

Mereka juga diberi penerangan tentang beberapa bahagian operasi lain seperti timbang berat ayam, proses pemotongan, pengasingan tulang dan pengadunan serta pembungkusan dan penyimpanan sejuk sementara. Canggihnya teknologi yang ada di kilang ini apabila dari proses membuang bulu, bahagian kaki dan pengasingan organ dalamam adalah melalui mesin. Namun, ia tetap dipantau oleh beberapa pekerja agar ia sentiasa berjalan lancar.

Berat untuk setiap ayam akan dijatuhkan di 9 tempat berbeza mengikut kategori berat yang telah ditetapkan. Seterusnya ialah proses pemotongan bahagian ayam mengikut permintaan mengikut saiz dan daging yang dibekalkan adalah daging yang telah diasingkan tulangnya.

Proses pengasingan tulang juga di antara proses yang mendapat perhatian peserta rombongan apabila sisa-sisa tulang ayam mampu dikesan dengan kecanggihan mesin di kilang ini. Pekerja kilang juga sangat teliti dan berhati-hati dan peralatan pisaunya sangat tajam dan dijaga bersih.

Setiap pisau yang diguna pekerja akan ditukar ganti setiap dua sesi pada setiap hari. Malahan pisau yang dibekalkan akan ditetapkan mengikut 'tag nombor dan selepas digunakan, pisau-pisau tersebut akan dicuci dan dipanaskan untuk tujuan kawalan kebersihan. Pihak kilang akan pastikan hayat setiap pisau untuk 6 bulan sahaja dan akan diganti dengan yang baharu.

Di kawasan proses mengadun, 2 unit mesin khas untuk daging-daging ayam mengikut permintaan dan resepi McDonald's samada 'original' atau yang 'spicy'.

Proses terakhir pula ialah pembungkusan dan penyimpanan sementara di peti sejuk sebelum dihantar ke dapur rangkaian restoran McDonald's. Daging ayam mentah tidak akan disimpan lama untuk memelihara kesegarannya. Inilah di antara sebab McDonald's Malaysia telah memilih Dindings Poultry Processing (DPP) sebagai pembekal mereka.

Seterusnya, kami akan berkongsi maklumat mengenai beberapa soalan berbangkit yang dikemukakan blogger semasa lawatan ini dan di antaranya penglibatan pihak JAKIM serta JAIPerak di kilang DPP.

Monday, April 11, 2016

DATUK LIOW : PENGUATKUASAAN JPJ PERLU DIKAJI SEMULA


Walaupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sering melakukan operasi untuk mengekang kesalahan jalanraya, namun ia telah gagal menampakkan keberkesanannya di dalam menurunkan kadar kemalangan di negara ini.

Oleh itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan agar undang-undang yang sedia ada dikaji semula supaya ia lebih berfungsi dengan lebih berkesan. Sebagaimana yang pernah disarankan pada bulan Februari lalu, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

AWAS adalah kombinasi di antara sistem AES (Automated Enforcement) dan sistem mata demerit KEJARA, bertujuan untuk mendisplinkan pengguna jalanraya. Sistem AWAS dijangka lebih berkesan daripada denda dan kompaun yang tinggi. Kombinasi ini dicadangkan setelah didapati permasalahan apabila ramai yang tidak membayar saman.

Sistem mata demerit KEJARA yang pernah dilaksanakan dahulu juga didapati kurang berkesan apabila pesalah trafik membayar kompaun, markah mereka tidak perlu dipotong yang menyebabkan wujud kelonggaran.

Sehubungan itu, satu rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi pelaksanaan AWAS akan dibentangkan di Parlimen di sesi akan datang pada bulan Mei nanti. Pihak kementerian sedang meneliti di peringkat akhir dengan isu-isu implikasi undang-undangnya.

Satu kajian yang melibatkan 14 kamera AES di negara ini telah menunjukkan bahawa ia adalah berkesan dalam mengurangkan jumlah kemalangan. Yang lebih penting AWAS mampu mengurangkan rasuah apabila sistem ini dilaksanakan secara automatik dan interaksi manusia adalah sangat minima.

Sumbangan JPJ adalah amat besar selama 70 tahun diwujudkan dan pelbagai transformasi yang selaras dengan kehendak Program Transformasi Ekonomi telah pun dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan kerajaan yang cepat serta telus.

Di antaranya JPJ telah melaksanakan perkhidmatan dalam talian yang mendapat respon positif dari rakyat di mana penambahan mesin-mesin kios JPJ dan perancangan akan datang, mesin-mesin ini akan diadakan di pasar raya.

Di dalam pada masa yang sama, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menaik taraf dan menambah baik struktur pentadbiran dan pengurusan JPJ agar Jabatan ini terus diperkasakan dan diperkukuhkan demi mengekalkan integriti mereka dan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
 

Sunday, April 10, 2016

Transkrip Penerangan Pengerusi #PAC


Berikut ialah transkrip penuh temu ramah Bernama dengan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin:

1. Bolehkah Datuk kongsikan apa yang berlaku semasa prosiding mengenai 1MDB dijalankan?

Prosiding bagi 1MDB adalah berbeza daripada proses lazim PAC. Mengikut prosedur, Jabatan Audit Negara akan membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat, PAC kemudian akan menerima pembentangan Ketua Audit Negara berhubung laporan berkenaan dan selepas itu, Jawatankuasa ini akan meneliti isu--isu yang mempunyai elemen 3P iaitu Pembaziran, Penyalahgunaan Kuasa dan Pemborosan yang berlaku dalam kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Namun dalam prosiding dan siasatan terhadap 1MDB, PAC mengambil langkah awal dan inilah kelebihan jawatankuasa ini, di mana PAC tidak tertakluk pada mana-mana arahan termasuk daripada kerajaan untuk menjalankan siasatan, dalam kata lain kami bebas untuk menjalankan siasatan dan walaupun 1MDB tidak dilaporkan dalam LKAN, PAC mengambil inisiatif untuk melaksanakan siasatan demi kepentingan rakyat negara dan secara keseluruhannya.

Walaupun, Kabinet meminta JAN melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB secara keseluruhannya bukan sekadar membabitkan kewangannya tetapi juga operasi, tataurus serta tadbir urus syarikat ini dan membentangkan kepada PAC tetapi jawatankuasa ini tidak menunggu laporan JAN sebaliknya melaksanakan prosiding bermula 19 Mei dengan memanggil semua pihak yang bertanggungjawab secara langsung terhadap 1MDB termasuk Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham syarikat ini.

Dalam kes ini, Kabinet meminta Jabatan Audit Negara untuk menjalankan penelitian penyata kewangan 1MDB dan membentangkannya kepada PAC. Jawatankuasa ini kemudian memulakan prosiding pada 19 Mei 2015 di mana kami memanggil saksi dan meminta dokumen tambahan bagi menyiapkan laporan sendiri untuk dikemukakan kepada Parlimen.

Lebih penting, setiap kenyataan saksi yang dipanggil PAC juga membantu JAN menyiapkan laporannya sebelum Laporan Penuh Pengauditan 1MDB oleh JAN dibentangkan kepada jawatankuasa pada 4 Mac. Jadi terdapat 'check and balance' terhadap laporan berkenaan.
Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu, disediakan Sekretariat PAC dengan berasaskan fakta serta maklumat daripada Laporan Penuh Pengauditan 1MDB oleh JAN dan kenyataan saksi yang diperoleh ketika prosiding 1MDB.

2. Bolehkah Datuk senaraikan siapa yang didapati bertanggungjawab atau kebersalahan atau siapa yang dikenal pasti sebagai individu yang perlu disiasat lebih lanjut dan di peringkat mana anda kenal pasti mereka sebagai untuk dirujuk?

Jawatankuasa ini tidak berfungsi untuk mengenal pasti siapa yang bersalah tetapi untuk membentangkan apa yang kami temui.

Berikut adalah kesimpulan yang boleh diwajarkan daripada laporan itu:

I. Tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana atau berlaku transaksi pelaburan mahupun pelaburan atau mana-mana aktiviti 1MDB yang menjurus kepada aktiviti menyalahi undang-undang. Secara khususnya, PAC tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan sebarang salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri, berkaitan 1MDB.

II. PAC juga menemui bahawa RM42 bilion hutang 1MDB tidak 'hilang' sebagaimana tuduhan pelbagai pihak, kerana ia sudah dihitung dan tiada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

III. PAC bagaimanapun mengenal pasti beberapa contoh di mana pengurusan 1MDB tidak mematuhi proses tatakelola yang tepat. Ini termasuk tidak melaksanakan arahan spesifik Lembaga Pengarah, membuat keputusan sebelum menerima kelulusan sepenuhnya daripada lembaga pengarah dan gagal untuk telus dengan lembaga pengarah. Untuk itu, saranan secara spesifik turut dinyatakan dalam laporan di mana kami yakin pihak berkuasa terbabit akan menilai dan mengambil tindakan, jika perlu.

3. Adakah terdapat satu mekanisme untuk mana--mana individu merayu terhadap pencarian fakta yang dihasilkan PAC, seperti melalui mahkamah atau semakan kehakiman?

Memandangkan PAC tidak mengeluarkan hukuman, tiada yang perlu dirayu. Bidang kuasa PAC ialah untuk mengesahkan pematuhan fidusiari dan mengutarakan perlanggaran yang memerlukan penilaian lanjut atau siasatan lanjut daripada pihak berkuasa berkaitan.

4. Sekarang kita telah menemui elemen salah laku dalam GLC ini, adakah terdapat asas untuk melakukan penilaian lanjut terhadap GLC lain? Untuk memberi penjelasan lebih tepat, hasil penemuan PAC tidak menjurus kepada salah laku, iaitu satu terma pejoratif atau mengelirukan. Hasil penemuan PAC bagaimanapun menjurus kepada kegagalan kronik terhadap proses yang sudah digariskan, peraturan dan prosedur, di mana pengurusannya, dan bukannya kerajaan, perlu bertanggungjawab.

PAC adalah satu badan pematuhan, ketelusan dan mengikuti proses. PAC merasakan lebih banyak operasi audit dilaksanakan melibatkan dana awam atau kerajaan yang akan memberi keupayaan untuk mengenal pasti mana--mana peringkat operasi yang memerlukan penambahbaikan atau pelaksanaan lebih baik.

5. Adakah PAC hanya menyiasat transaksi yang sudah terlaksana atau adakah PAC turut menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk melakukan transaksi, yang satunya adalah salah urus tadbir dan satu lagi adalah jenayah? Prosiding PAC melibatkan penilaian yang sangat teliti dan komprehensif terhadap dokumentasi, kelulusan dan prosesnya. Pada bila-bila masa ketika prosiding, jika jawatankuasa merasakan wujud keperluan siasatan lanjut, kita akan memanggil invididu terbabit dan meminta penjelasan.

Laporan PAC kepada Parlimen mengandungi saranan untuk siasatan lanjut. Ia kemudian adalah atas budi bicara pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan bagaimana susulan akan dibuat. PAC bukan sebuah badan eksekutif atau kehakiman, namun hasil penemuan akan menjadi berguna kepada kedua--dua badan itu, selain Parlimen di mana ia ditubuhkan.

6. Kenapa peranan perdana menteri tidak disebut dalam laporan PAC berkaitan 1MDB ini? Pihak kerajaan sentiasa kekal dengan pendirian bahawa dakwaan dan tuduhan yang dibuat berkaitan rasuah, penyalahgunaan dana dan salah guna kuasa adalah palsu dan tidak berasas.

Sepanjang tempoh 18 bulan, wujud pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap perdana menteri. Pada setiap tuduhan, ia disiasat PAC.

PAC tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa perdana menteri, dan keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh kesemua anggota PAC.

7. Bagaimana PAC mencapai kepada kesimpulan dan adakah Datuk yakin hasil penemuan ini tidak akan diragui masyarakat? PAC membuat kesimpulan melalui prosiding berterusan dengan individu dipanggil, mengumpul maklumat, mendapatkan maklumat dan melalui kerjasama dengan Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Dengan komposisi keanggotaan pelbagai parti, tidak berat sebelah dan keupayaan untuk akses kepada pelbagai sumber, kami sangat yakin PAC sudah menepati malah melangkaui apa yang diharapkan rakyat.

Kami berdiri pada penemuan ini, dengan pengetahuan tiada agenda tersembunyi dan tiada pengaruh luar terhadap laporan ini.

8. Adakah arahan siasatan berbeza ketika PAC dipengerusikan Datuk Nur Jazlan Mohamed dan selepas diambil alih Datuk Hasan Arifin? Prosiding PAC berjalan dengan pematuhan kepada proses yang sudah ditetapkan, yang kekal dipatuhi biar siapa pun mempengerusikan jawatankuasa ini. Pengwujudan jawatankuasa ini dianggotai wakil dwipartisan bagi memastikan tidak berat sebelah, intergriti dan ketelitian.

9. Bagaimana kita akan percaya akan penemuan PAC ini? PAC adalah sebuah jawatankuasa tetap Dewan Rakyat. PAC adalah sebuah jawatankuasa berbilang parti dan berkecuali daripada kerajaan. Ia hanya menjawab kepada Parlimen, maka dengan itu ia sekaligus menjawab terus kepada rakyat.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana hendak dapat sagunya. Sila lihat laporan PAC dan saya pasti anda akan dapat melihat ketelitian dalam skopnya, profesional pada metologinya dan komprehensif pada saranannya.

10. Mengapa saksi yang dipanggil tidak melibatkan Perdana Menteri, Gabenor Bank Negara dan Jho Low? Panggilan untuk memberi kenyataan bermula dengan pengurusan dan lembaga pengarah, dan jika ada keperluan untuk memanggil pihak luar memberi kenyataan, kami akan berbuat demikian, namun pada kes ini berdasarkan kepada kenyataan konklusif, tiada keperluan ke arah itu.

11. Adakah hasil penemuan itu mewakili konsensus jawatankuasa ini atau terdapat bantahan daripada kalangan anggota jawatankuasa terhadap laporan ini? Biarpun terdapat bantahan, ia adalah bagi alasan yang munasabah, dan adalah penting untuk menyatakan, jawatankuasa ini terdiri daripada Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah. Dan dengan itu, laporan PAC ini adalah bersandarkan kepada konsensus sebulat suara selepas apa jua debat bagi mencari titik persamaan.

PAC adalah satu badan tidak memihak kepada sesiapa dan mencari kebenaran yang fokusnya adalah mengemukakan kebenaran kepada rakyat melalui Parlimen.

12. Memandangkan PAC adalah sebuah jawatankuasa dwipartisan penggubal undang--undang daripada kedua-dua belah pihak, adakah berlaku kesukaran untuk mencapai keputusan sebulat suara terhadap hasil siasatan? Sifat tidak berat sebelah jawatankuasa ini, keupayaan untuk bersidang tanpa kehadiran media, orang awam dan kerajaan namun dengan akses kepada maklumat tanpa batas dan penggunaan sumber Parlimen yang banyak, membolehkan ia mencapai satu kesimpulan yang seimbang, tepat dan adil. Benar, memang berlaku perdebatan dan bantahan terhadap beberapa isu, namun kami akhirnya akan mencapai satu kesimpulan, sebagaimana boleh dilihat dalam laporan PAC ini.

13. Kepada siapakah PAC perlu menjawab? PAC adalah jawatankuasa dipilih Dewan Rakyat. Keanggotaan PAC mewakili kepelbagaian badan perundangan negara. PAC ialah keanggotaan parti bersilang melibatkan 5 daripada parti pembangkang dan 8 daripada penyokong kerajaan.

Sebagai sebuah badan Parlimen dan bukannya kerajaan, jawatankuasa ini dapat menjalankan siasatan bebas tanpa sebarang gangguan dan halangan dan berat sebelah. Ia hanya perlu menjawab kepada Parlimen, maka dengan itu, menjawab kepada rakyat.

Kami boleh sahkan elemen integriti dan berkecuali dipenuhi sepanjang prosiding PAC dan tiada kejadian di mana PAC terganggu atau diberi arahan oleh mana--mana individu di luar proses diwartakan.

14. Siapa yang memilih anggota dan pengerusi PAC? Bagi mengekalkan integriti, keseimbangan, penyilangan seimbang perwakilan parti politik dan berkecuali, wujud satu proses ketat untuk ini.

Pengerusi (daripada penyokong kerajaan) dan Timbalan (daripada ahli pembangkang) adalah dilantik melalui usul di Parlimen oleh perdana menteri yang akan diperdebatkan di Dewan Rakyat dan usul diluluskan melalui undian majoriti ahli dewan. Secara konvensyennya pengerusi datang daripada penyokong kerajaan manakala timbalan adalah daripada pembangkang.

Tiada seorang pun boleh melantik atau menyingkir anggota PAC kerana ia perlu dilakukan secara kolektif oleh Parlimen yang bertindak mewakili rakyat untuk mengemukakan fakta dan kebenaran tanpa berpihak.

15. Apa kuasa siasatan yang dimiliki PAC?

Arahan Tetap Dewan Rakyat mewujudkan kuasa PAC dan kuasanya.

Arahan Tetap itu memberi kuasa kepada PAC untuk memeriksa:

I. Akaun persekutuan dan penggunaan dana yang diluluskan Parlimen bagi memenuhi perbelanjaan awam ii.

Apa jua akaun pihak berkuasa awam atau mana--mana badan yang mentadbir dana awam yang dikemukakan di hadapan Dewan Rakyat iii. Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat, selaras dengan peruntukan Artikel 107, Perlembagaan Persekutuan. iv. Apa jua isu berbangkit yang difikirkan wujud keperluan oleh jawatankuasa atau yang dirujuk kepada jawatankuasa oleh Dewan Rakyat.

Adalah penting untuk menyatakan PAC bukan satu badan pihak berkuasa, namun PAC ialah satu badan yang bebas dan tidak dipengaruhi dalam mencari kebenaran bagi mengemukakan fakta kepada rakyat melalui Parlimen.

16. Mengapa berlaku kelewatan dalam membentangkan laporan ini? 

Laporan PAC ini perlu terperinci. Ia adalah tidak tepat jika PAC mengumumkan hasil siasatan secara tidak matang tanpa mengakses kepada apa jua maklumat terkini daripada sebanyak mana sumber yang boleh.

Terdapat dakwaan bahawa perubahan anggota PAC turut mengubah perjalanan prosiding di mana dakwaan ini adalah sangat tidak benar. Jika anda membaca laporan PAC ini, tiada apa yang terlepas pandang.

17. Adakah laporan ini diperiksa dan disahkan oleh badan berkecuali di luar Malaysia atau di luar pengaruh kerajaan? 

Model PAC ini sudah diuji dan disahkan berjaya, dan ia adalah model serupa dipraktikkan di negara Komanwel. Ia adalah satu badan dihormati dan satu proses yang sudah wujud lama di negara demokrasi termasuk United Kingdom, New Zealand dan Afrika Selatan, untuk menamakan beberapa negara. Ia adalah satu landasan penting bagi akauntabiliti terhadap kerajaan, dan ia sudah dipraktikkan komuniti antarabangsa.

PAC telah dibuktikan sebagai satu badan yang memiliki pengalaman untuk melakukan siasatan teliti, kerap kali mencapai satu kesimpulan yang sukar. Ini membuktikan anggota PAC bebas daripada sebarang gangguan, berat sebelah atau tekanan daripada pihak luar.

Tugas PAC adalah untuk menyediakan laporan komprehensif terhadap tatakelola syarikat, badan atau jabatan kerajaan. Ini sudah dicapai dengan berjaya dan pada kes 1MDB, PAC turut mengemukakan saranan terperinci kepada kerajaan untuk dipertimbang dan dilaksanakan.

18. Adakah PAC bekerjasama dengan kerajaan Amerika, Switzerland dan Australia dalam siasatan terhadap 1MDB? Bidang kuasa PAC adalah untuk menjalankan penilaian teliti terhadap 1MDB, berdasarkan kepada laporan dan prosiding Jabatan Audit Negara. Hingga kini, PAC tidak pernah dihubungi oleh mana--mana pihak berkuasa negara luar berkaitan 1MDB atau melihat ada keperluan untuk menghubungi mereka.

19. Memandangkan siasatan sudah lengkap dan tiada penglibatan salah laku perdana menteri dan kerajaan, adakah akan ada tindakan undang-undang terhadap pelbagai pihak yang menyebar dakwaan terhadap 1MDB? PAC bukanlah badan yang tepat untuk anda ajukan soalan itu. Kami hanya boleh mengulas mengenai laporan PAC dan hasil siasatannya. Kami bagaimanapun membuat saranan untuk tindakan lanjut. Ia adalah bergantung kepada keputusan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Saturday, April 09, 2016

PERUBAHAN BAS HENTI-HENTI UNTUK KORIDOR SUNGAI BESI PULA




Di dalam kenyataan media dari pihak SPAD baru-baru ini, penambahbaikan kali ini melibatkan koridor Sungai Besi dan berkuatkuasa pada 7 April 2016.

Perlu kita ketahui pihak Suruhanjaya sentiasa bersikap terbuka dan apabila ada perubahan ia hanya untuk penambahbaikan dan segala usaha ini adalah dari pemantauan SPAD dan respon dari penumpang-penumpang yang berkaitan.

Di antara tindakan perubahan ini melibatkan juga prestasi syarikat pengendali bas di mana pihak SPAD sangat mementingkan ketepatan waktu dan memastikan bas sediada di setiap laluan yang merupakan janji syarikat-syarikat ini kepada SPAD apabila ditawarkan perkhidmatan mereka.

Penumpang diberi jaminan oleh pihak SPAD yang langkah proaktif sentiasa dan berterusan sehingga isu-isu operasi selesai. Pihak SPAD memantau operasi syarikat-syarikat pengendali bas melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Monitoring Hub System atau PMHS).

Di antara jaminan yang diberi SPAD adalah pihak suruhanjaya ini tidak akan kompromi dengan syarikat pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetap dan dipersetujui. Oleh itu, a kepada semakan semula dan setiap penambahbaikan laluan serta jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklum balas pengguna.

Berikut adalah penyelarasan BNR bagi koridor Sungai Besi berkuatkuasa pada 7hb April 2016;

Penyelarasan laluan ini dilakukan selepas penilaian SPAD terhadap pengendali bas, Metrobus yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya. Laluan yang diselaraskan adalah seperti berikut:   


 
1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.  


2. Laluan 540 (Bandar Putra Permai – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh RapidKL.
Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit.  

3. Laluan 570 (Serdang Jaya – Serdang Raya – LRT Bukit Jalil) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit. 

4. Laluan T571 (Taman Sri Pulai – Stesen LRT Sungai Besi) akan dikendalikan oleh RapidKL.
Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 45 minit.  

Berikut adalah dua laluan yang terlibat dalam penyelarasan semula (Laluan 502 dan Laluan 541):  

1. Laluan 502 yang beroperasi dari Putrajaya Sentral – KTM Serdang akan digabungkan dengan Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) dan dinomborkan semula sebagai Laluan 501. Laluan ini akan dikendalikan oleh Nadi Putra dengan waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.  

2. Laluan 541 (Pangsapuri Enggang – Bandar Putra Permai – KTM Serdang) akan dipanjangkan sehingga stesen LRT Kinrara BK5. Laluan ini kini akan beroperasi dari stesen LRT Kinrara BK5 - Pangsapuri Enggang- Bandar Putra Permai dan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.  

Orang ramai digalakkan menghubungi SPAD di talian 1-80088-7723(SPAD), untuk menyuarakan pandangan mereka atau e-mel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan bas, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr  

Thursday, April 07, 2016

McDonald's #Yang Klasik #Yang Hangat #Yang Gempak - APA TU?

 
Dari kanak-kanak seusia 3 tahun sehinggalah aunty, uncle dan opah serta atok kita, tiada yang tidak mengenali McDonald's yang kini telah bertapak di serata Malaysia sejak 30 tahun yang lalu. Bermula hanya dengan menghidangkan burger dan kentang goreng, McDonald's sentiasa ingin mendekati hati rakyat Malaysia bukan saja dengan hidangan-hidangannya yang lazat lagi berkualiti malahan pelbagai konsep yang menarik.




Bagi mengimbau nostalgia kelazatan dan uniknya burger ayam mereka, kali ini McDonald's telah menjemput wakil-wakil media dan bloggers untuk meraikan bersama keseronokan dengan penuh bergaya yang bertemakan YangKlasik!, YangGempak! dan YangHangat!.

Jika kita biasa melihat barisan model menggayakan pelbagai fesyen dengan catwalknya, kami dari kumpulan bloggers pula diajak menggayakan pelbagai hidangan burger ayamnya dengan penuh aksi dan ditemani model-model pula. Kami juga diraikan dengan kemesraan CEOnya En Azmir dan pegawai-pegawai mereka yang lain.








YangKlasik!, !YangGempak dan YangHangat!‬ adalah satu promosi 'makeover' khas dari McDonald's untuk kesemua koleksi burger ayam mereka yang terdiri daripada McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan GCB-Grilled Chicken Burger.

Burger ayam paling awal yang diperkenalkan McDonald's ialah McChicken dan kini dikenali sebagai YangKlasik!. Bagi mengekalkan ia sebagai pilihan nombor satu penggemar burger ayam, yang klasik pasti dijadikan pilihan utama dengan keenakan daging ayamnya, roti bannya yang lembut dan saladnya yang kekal segar serta mayonisnya yang enak.

Kepada penggemar rasa burger ayam yang lebih pedas dan ranggup, Spicy Chicken McDeluxe diberi nama YangHangat! pula.

Manakala, Grilled Chicken Burger atau GCB telah kembali di dalam menu McDonald's dan kini dikenali sebagai YangGempak! Jika ada yang merindui keunikan rasa ayam panggang yang ditambah dengan sos lada hitam serta salad yang segar, ia telah kembali dan jangan lepaskan untuk menikmatinya.


Promosi ini juga terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama penggemar McDonald's di mana untuk berkongsi keseronokkan dan kepuasan tiga kegemaran burger ayam ini, kongsikanlah 3 pengalaman dengan 3 gaya tersendiri bersama-sama YangKlasik!, !YangGempak atau YangHangat! di media-media sosial terutama di Instagram anda.

Jangan lupa guna #YangKlasik, #YangGempak atau #YangHangat dan untuk memenangi hadiah, guna pula #McDOOTD. Tarikh akhir ialah pada 24 April 2016 dan 20 gaya yang terbaik akan dipilih. Untuk maklumat lanjut dan panduan dari McDonald's... terus layari DI SINI.