Tuesday, August 25, 2015

ORANG KAYA USA DAN CHINA HILANG BERBILION DALAM MASA SEMINGGU

Menurut Bloomberg, 400 individu terkaya didunia mengalami kerugian mendadak hanya dalam masa seminggu dengan nilai terkumpul keseluruhannya mencecah USD $182 billion (RM 774 billion). Daripada jumlah itu, sebanyak USD $76 billion (RM 323 billion) dilaporkan “lesap” pada hari Jumaat lalu, jumlah tertinggi yang dicatatkan dalam masa sehari.

Siapa mereka? Selanjutnya... di PRU14

Berapa bilion Mark Zuckerberg hilang?

Mungkin ramai tidak percaya apabila Perdana Menteri mengatakan kejatuhan nilai Ringgit adalah kerana;

(i) tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain;

(ii) penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak juga telah menyebabkan kejatuhan Ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut’

(iii) jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika;

(iv) adanya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara.  

Mungkin ada juga tidak percaya, bila PM katakan asas ekonomi negara adalah kukuh. Tetapi kenapa BNM beri laporan bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan yang stabil dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015?

Kenapa banyak badan antarabangsa yang dihormati, individu dan institusi telah mengesahkan kepercayaan mereka terhadap kejayaan Malaysia dan telah memberi penghormatan kepada negara dengan penarafan yang sangat tinggi?

Mereka yang di luar nampak dan iktiraf kejayaan usaha Perdana Menteri dan jangan pula kita di dalam negara yang cuba merosakkanya pula.

Monday, August 24, 2015

172 PENGENDALI BAS HENTI-HENTI DISELAMATKAN DENGAN DANA SOKONGAN SEMENTARA SEJAK 2012

Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti atau ISBSF, (Interim Stage Bus Support Fund) adalah inisiatif kerajaan di atas prihatin Perdana Menteri DS Najib Razak bagi mengatasi pengendali-pengendali bas henti-henti dapat meneruskan perniagaan di samping memastikan kualiti perkhidmatan ditingkatkan dan sekali gus menggalakkan rakyat menjadikan bas sebagai mod pengangkutan.

Dana ini adalah langkah sementara agar dapat menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti, demi kepentingan rakyat yang terlibat selaras dengan 'Rakyat Didahulukan' yang sentiasa menjadi pendekatan kerajaan.

Bermula 3 Januari 2012 lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta dana kepada pengendali-pengendali bas henti-henti yang masih bersedia untuk meneruskan perniagaan mereka terutama di kawasan luar bandar dan mereka yang layak perlu memohon kepada SPAD.

Dana bantuan ini diuruskan oleh SPAD dan ini merupakan rancangan jangka pendek terhadap masalah yang dihadapi oleh pengendali dan tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengendali bas untuk tampil memohon dana tersebut.

Sejak pengumuman itu, sebanyak 172 pengendali bas henti-henti dari seluruh Malaysia telah layak dengan keseluruhan jumlah bayaran sebanyak RM386.16 juta dari mula diluluskan kerajaan.

Dana ISBSF telah memberi manfaat kepada 332,232 penumpang sehari dengan 656 laluan di seluruh Tanah Air. Ini melibatkan perjalanan terkumpul sejauh 38.65 juga kilometer yang dikendalikan oleh 1,704 buah bas sebulan.



Pada Jumaat lalu, di dalam Majlis Penyampaian cek replika telah disampaikan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif, En Nur Ismal Mohamed Kamal kepada wakil-wakil daripada syarikat bas henti-henti dengan jumlah RM10.3 juta.

Di antara 11 wakil yang hadir adalah dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan juga Sarawak.

Namun, dana yang berbentuk sementara ini sekadar membantu pengendali-pengendali bas meneruskan perniagaan setelah terkesan daripada peningkatan kos operasi. Kini satu lagi langkah dan inisiatif kerajaan yang disarankan pihak SPAD memperkenalkan satu skim yang lebih berbentuk kekal, iaitu Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) dengan pelancaran myBAS di setiap negeri.

Operasi myBAS telah pun bermula sejak 1 Ogos di Perlis dan bakal dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos. Pelancaran myBAS yang seterusnya akan dilakukan di Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching.

Sunday, August 23, 2015

UMNO KOTA TINGGI DISERU PERLU PERKUATKAN PARTI DAN BUKAN DIROSAKKAN


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar semua anggota UMNO yang tidak lagi memegang jawatan supaya kembali kepada parti dan bukannya merosakkannya. Mereka perlu kembali kepada UMNO dan bersama-sama dengan yang lain memperkukuh, sekali gus memperkuatkan parti dalam memastikan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu akan terus kekal relevan.

Demi memperkuatkan parti perlu ada kesalingan antara pemimpin atasan dan akar umbi sekali gus memenangi hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Itu adalah di antara kandungan ucapan Datuk Seri Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Tinggi, di Dewan Semai Bakti, FELDA Lok Heng Timur pada hari Jumaat lalu.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa UMNO Kota Tinggi adalah di antara kubu orang Melayu yang terkuat di Malaysia apabila dilihat pada keputusan PRU13 di mana berkat perpaduan dan bersatunya ahli-ahli UMNO, majoriti yang diperolehi sangat tinggi.

Calon UMNO, Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid memperolehi 30,373 mengalahkan calon PAS, Onn bin Jaafar yang hanya mendapat 5,799 dan majoritinya adalah 24,574 dengan peratusan yang keluar mengundi sebanyak 88.00%.

Berpesan lagi Datuk Seri Zahid Hamidi agar janganlah membuat keputusan di dalam keadaan marah mahupun sedih kerana yang pasti keputusan di dalam kedua suasana itu adalah tidak rasional.

Beliau dalam pada itu, turut mengingatkan anggota parti supaya tidak termakan dengan cucukan dan fitnah pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan parti menggunakan isu semasa seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau menyokong gagasan UMNO Johor yang mahu siasatan mengenai 1MDB diteruskan sehingga selesai seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demi memperkukuhkan semula parti, tidak perlu mencucuk sana sini dan sebaiknya kita hayati puisi yang ditulis Datuk Ehsanuddin sendiri;

Renungan bersama...


Friday, August 21, 2015

3 LALUAN BAS KE KUALA LUMPUR MENIKMATI DISKAUN 30%

Ehsan - Arena Kereta

Dalam kenyataan SPAD pada 14 Ogos, bermula 1 September 2015, pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di bandaraya Kuala Lumpur akan menikmati diskaun 30%.

Diskaun ini disediakan untuk 3 laluan utama iaitu Seremban – Kuala Lumpur, Klang – Kuala Lumpur dan Rawang – Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET).

Jadual diskaun tambang 30% bagi mereka yang membeli pas bulanan adalah seperti berikut;



Terma dan syarat untuk menikmati diskaun ini adalah individu yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan berulang-alik untuk bekerja di Kuala Lumpur dengan mengguna perkhidmatan bas di lauan terlibat. 


Bagi menikmati diskaun ini, mereka juga dikehendaki mengisi borang permohonan semasa membeli pas bulanan di kaunter-kaunter tiket pengendali bas yang terlibat atau boleh saja dimuat turun dari laman web SPAD.

Bagi mengurangkan kos sara hidup, ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan ia juga selaras dengan usaha SPAD untuk meningkat dan mengalakkan rakyat menaiki pengangkutan awam yang bertujuan untuk kemudahan dan keselesaan mereka.

Secara langsung, penduduk yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur dapat menikmati manfaat ini di samping dapat menggalakkan rakyat memilih pengangkutan awam sebagai mod pilihan utama mereka.

Sila layari  www.spad.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini.

Wednesday, August 19, 2015

MAKLUMAT BOCOR KE TANGAN TONTO PUNCA SPAD GAGAL CAPAI SASARAN


Pihak penguatkuasa SPAD gagal mencapai sasaran Ops Hippo ketika mengadakan operasi dari pukul 4 pagi dan dihentikan jam 9 pagi di sekitar Puchong dan Bukit Jalil gara-gara maklumat operasi yang dipercayai telah bocor.

Matlamat Ops Hippo adalah untuk mengesan lori tanah yang membawa lebih muatan terutama bahan batu-bata di tapak pembinaan projek yang telah dikesan banyak melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam (APAD) 2010.

Dalam operasi tersebut penguatkuasa SPAD telah mendapati tiada lori kelihatan di atas jalanraya tetapi kelihatan sekurang-kurangnya 5 buah kenderaan Hilux yang dipercayai 'tonto' berkeliaran mengekori kereta operasi SPAD yang terlibat dalam operasi.

Di dalam setiap operasi, penguatkuasa SPAD mengguna kenderaan penyamaran yang tidak terdapat logo agensi penguatkuasa, namun keadaan luar biasa berlaku di mana kenderaan seperti Hilux yang banyak berkeliaran dan dipercayai tonto berkenaan telah mengenal pasti setiap nombor dan jenis kenderaan tidak rasmi yang digunakan oleh anggota penguatkuasa SPAD dalam operasi.

Pada kebiasaannya, apabila mengetahui kehadiran operasi sedang dijalankan, banyaklah lori yang berhenti di tepi jalan dan berkemungkinan tonto-tonto telah menaylurkan maklumat kepada pemandu lori di mana mereka dilengkapi dengan alat komunikasi yang canggih.

Situasi ini pasti menyukarkan SPAD untuk menjalankan operasi dan membuat tangkapan lori-lori yang menyalahi peraturan. Ada kalanya apabila SPAD mengadakan operasi di kawasan tertentu, mereka diawasi hampir 20 buah kereta tonto dalam satu-satu masa.

Ops Hippo dijalankan apabila SPAD mendapat banyak aduan dari penduduk tempatan yang mengadu banyak jalan rosak disebabkan kekerapan lori membawa muatan berlebihan. Lori-lori ini juga mampu mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Kerjasama syarikat pengendali lori-lori ini dengan pihak tonto nampaknya akan menjejaskan segala operasi SPAD dan lori-lori yang melanggar peraturan akan terus melakukan kesalahan.