Sunday, August 02, 2015

@aduanSPAD : KADAR TAMBANG BRT YANG DILULUSKAN KABINET


Selepas dilancarkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jun lalu, kini khidmat Bas Rapid Transit (BRT) telah mula beroperasi di sekitar Sunway. Maka pihak SPAD ingin mengumumkan kadar tambang khidmat BRT setelah mendapat kelulusan kabinet seperti berikut;
KENYATAAN MEDIA

KABINET MELULUSKAN STRUKTUR TAMBANG BRT BAGI LEMBAH KLANG

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa Kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Julai, 2015.

Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km.

Struktur ini menghadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT. Dengan itu pihak pengendali tidak dibenarkan mengenakan tambang melebihi kadar yang telah ditetapkan ini.

Kabinet juga mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50% bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya.

Sistem BRT Sunway Line adalah BRT yang pertama di Lembah Klang dan dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Struktur tambang tersebut tidak dapat menampung kos operasi BRT pada kadar penggunaan kini. Dengan itu bagi memastikan pengguna menikmati kadar tambang yang rendah, Kerajaan telah meluluskan subsidi tahunan sebanyak RM14 juta untuk tempoh tiga tahun kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Ini akan membantu menampung perbezaan di dalam pengutipan tambang dan kos operasi bagi memastikan rakyat mampu menggunakan perkhidmatan tersebut.

-Tamat -

Khidmat BRT adalah sistem pengangkutan awam kebanggaan negara yang bertaraf antarabangsa, bas elektrik pertama di negara yang mengguna teknologi mesra alam serta teknologi pintar dalam usaha meningkat dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau di dalam menggalakkan gaya hidup yang mesra alam sekitar dari segi pengangkutan awam.

Bas eletrik pertama ini juga adalah perkongsian awam-swasta (PPP) antara Kumpulan Prasarana dan Kumpulan Sunway.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan warga kota mengguna pengangkutan awam seperti di beberapa ibukota di dunia, kesesakan lalulintas mampu diatasi dan pada masa yang sama mampu mengurangkan pelepasan karbon.

Sistem BRT Sunway Line adalah perkhidmatan bas pertama yang menggunakan landasan bertingkat bagi memastikan ketepatan perjalanan yang dirancang.

Buat permulaan, BRT akan beroperasi di 7 stesen iaitu Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, Şunu-Monash, South Quay dan USJ7, dengan adanya
satu kemudahan 'park and ride'.

Saturday, August 01, 2015

PERHIMPUNAN PEMIDATO BAHASA MELAYU KEMBALI DI PABM 2015

Sejak diadakan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) pada 2007 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama beberapa institusi lain, pentas PABM telah menjadi medan perhimpunan dan pertemuan pemidato Bahasa Melayu dari tujuh benua.

Pencinta bahasa Melayu dan terutamanya rakyat Malaysia ingin melihat bagaimana bahasa nusantara itu diangkat martabatnya oleh mereka yang bukan penutur asal di atas pentas pidato.

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015) akan diadakan pada 4-8
Ogos 2015.

PABM 2015 akan melibatkan seramai 71 peserta dari seluruh dunia bagi menunjukkan kemampuan bangsa asingmenguasai bahasa Melayu dengan baik.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Peserta Antarabangsa di Malaysia dengan melibatkan 27 juri dari pelbagai agensi antaranya pegawai Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum).

Setelah setahun berlalu pergi, PABM Piala Perdana Menteri kini kembali lagi sebagai sebuah acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penurut-penutur bahasa Melayu di seluruh dunia.

Sekali lagi,Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menjadi tumpuan suara lantang para pemidato yang akan memecah kesunyian dewan pertandingan.

Sekiranya, lokasi yang sama pada tahun lepas menyaksikan peserta Australia, Bridget Johnson dinobatkan juara bagi kategori Antarabangsa, peserta Indonesia, Selamet Nur Arom bagi Kategori Alam Melayu, siapakah pula pada tahun ini ?

Friday, July 31, 2015

PENYEBAR MAKLUMAT PALSU DI FB TELAH DIKESAN

Siri pembohongan oleh Sarawak Report kini sedang melalui fasa melibatkan pejabat Peguam Negara apabila mereka menyiarkan draf dokumen pendakwaan yang mensabitkan perlantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi mengganti Tan Sri Gani Patail.

Sarawak Report rupanya ada peminat setia yang sudi menyebarkan berita-berita palsu di Facebook mereka dan kini mereka telah pun dikenalpasti;



Berikut adalah kenyataan dari Tan Sri Mohamed Apandi Ali;

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA
  
30 Julai 2015

1.  Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.
2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.
3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.
4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.
5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah. 

TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
PEGUAM NEGARA MALAYSIA


Tan Sri Apandi Ali di dalam kenyataan di atas menegaskan format surat pendakwaan itu adalah salah dan beliau juga
tidak menolak dokumen yang disiarkan SR menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan sediada dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai penyebar maklumat dan berita palsu untuk menggulingkan Perdana Menteri di dalam proses demokrasi, apakah mereka juga bakal berhadapan tindakan undang-undang?

Dengarnya laporan polis akan dibuat terhadap FB SSTDM kerana menyebar dokumen palsu SR dengan bertujuan turut ingin menggulingkan kerajaan... 

Amat mengecewakan apabila admin FB SSTDMM membenarkan perkara seperti ini berlaku dan apa jua niat mereka... ia tetap menyalahi undang-undang.




Tuesday, July 28, 2015

ADA UDANG SEBALIK BATU KE ATAS TUDUHAN WSJ MENGENAI PENGANIAYAAN PEKERJA LADANG FGV

Setelah meneliti laporan the Wall Street Journal di dalam artikelnya "Palm-Oil Migrant Workers Tell of Abuses on Malaysian Plantations", mereka ada menyatakan seperti berikut;


The U.S. Department of Labor in December cited Malaysian palm oil as an industry where forced labor occurs. The State Department, in its annual Trafficking in Persons Report for last year, placed Malaysia at the lowest rank, Tier 3, for alleged insufficient efforts to stop human trafficking.

The U.S. can’t sign a free-trade pact with a Tier 3 country, under U.S. “fast-track” legislation smoothing the way for the proposed Trans-Pacific Partnership. As a result, there now is pressure to upgrade Malaysia to Tier 2. This year’s State Department human-trafficking report, delayed since June, is expected to be released as soon as Monday. The State Department had no comment.

Dengan kata lain, isu sebenar yang ingin WSJ ketengahkan adalah perjanjian TPPA yang sepatutnya diputuskan tetapi oleh kerana wujudnya penindasan pekerja asing di ladang FGV yang menyumbang kepada pencabulan hak asasi manusia di peringkat 3 yang menjurus kepada keadaan kritikal. Oleh itu penulis WSJ berpandangan US tidak boleh membenarkan Malaysia menyertai dengan memeterai perjanjian TPPA.

Namun, pihak FGV telah menjawab tuduhan-tuduhan WSJ dengan jawapan lengkap tetapi hanya sebahagian kecil telah dipetik untuk artikel mereka. Pada masa yang sama, FGV menuntut butiran individu dan kes yang telah didakwa WSJ. Pihak FGV juga menganggap kes-kes yang timbulkan WSJ adalah insiden terpencil dan syarikat mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap apa-apa pun berkenaan penindasan pekerja samada pekerja tempatan mahupun pekerja asing.

WSJ juga telah mendakwa pelarian dari Bangladesh dan Rohingya yang bekerja di ladang-ladang telah dinafikan gaji mereka dan mengalami pelbagai bentuk penderaan. Pelarian ini juga telah mendapat kerja melalui kontraktor buruh pihak ketiga.

FGV dengan tegas menyatakan seandainya mana-mana kontraktor pekerja ladang melanggar peraturan yang telah ditetapkan syarikat, maka mereka akan berhadapan kehilangan kontrak mereka dan segala pampasan pekerja dipantau secara langsung oleh pihak pengurusan estet.

Pada tahun 2014, FGV telah mengurangkan kebergantungnya terhadap kontraktor buruh. Semua pekerja asing yang bekerja di ladang diberikan hak dan keistimewaan yang sama sebagai rakyat Malaysia, manakala dasar buruh adalah berasaskan undang-undang Malaysia

Kemudahan-kemudahan yang dinikmati pekerja ladang termasuk perumahan, perlindungan insurans dan rawatan perubatan. Mereka juga menjalani empat modul kesihatan dan latihan keselamatan sebelum dibenarkan ke ladang. Wakil-wakil pekerja juga hadir di dalam mesyuarat pengurusan bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan pekerja berlaku.

Oleh itu, seandainya niat WSJ untuk menghalang perjanjian TPPA dengan mengadakan cerita-cerita pekerja asing di ladang FGV, maka satu perkara yang mereka perlu faham iaitu, Perdana Menteri Najib Razak bersama-sama Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah pun menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menandatangani TPPA jika ia tidak memberi faedah kepada Malaysia.

Monday, July 27, 2015

PMO JAWAB HASUTAN MUHYIDDIN YASSIN

Di dalam ucapan penutup Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Cheras, ringkasan ucapan Muhyiddin  telah disebarkan di media sosial terutamanya melalui kumpulan-kumpulan Whatsapp sejak malam semalam.

Tidak terkejut dengan sindiran Muhyiddin kerana jika kita masih ingat ucap utama beliau ketika merasmikan mesyuarat sayap Pemuda UMNO, nada yang agak sama juga digunakan.

Kali ini, dengan pantas PMO (Prime Minister's Office) menjawab segala hasutan Muhyiddin, dan di antara intipati ucapannya adalah;

TSMY : 
1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu2 dalam negara yg masih tidak selesai oleh pemimpin.

PMO : Kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1MDB. Ini termasuklah  arahan Kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Selain itu, satu dokumen "Fact Sheet" mengenai 1MDB telah pun diedarkan kepada semua Menteri-Menteri Kabinet sebelum ini.
 

2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB dgn segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42b, lapuran AWSJ terhadap wang yg masuk dalam akaun Presiden, mengapa tindakan tidak diambil keatas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yg telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b.

PMO :  Satu pasukan Petugas Khas juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan oleh sebuah media asing bahawa dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, DS Najib serta pendedahan bekas eksekutif kanan PetroSaudi Intl Ltd, Xavier Andre Justo, bahawa beliau telah menjual dokumen yang dicurinya kepada pihak tertentu yang dipercayai berkomplot untuk menggulingkan kepimpinan negara dan kerajaan.


3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, Gst, masalah perumahan, penganguran, jenayah dll. Isu2 ini masih tidak ditangani ditambah lagi pula dgn bebanan hutang 1MDB. 
- Sekiranya isu ekonomi menjadi masalah utama, masakan laporan World Economic Forum meletakkan Malaysia di tangga ke 4 di antara 144 negara di dunia di dalam pengurusan kewangan terbaik dan ranking tersebut berdasarkan kepada keberkesanan dan tahap kepercayaan serta keyakinan di dalam ranking berdaya saing keseluruhannya. Bacalah di SINI

 


4. Kita tidak manage persepsi dgn baik. Kita blame rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa2 utk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan. 

PMO : Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak yang terbabit untuk menjalankan tugas mereka. Oleh itu, semua pihak lebih-lebih lagi anggota Pentadbiran termasuk YAB Timbalan Perdana Menteri , TS Muhyiddin Yassin, hendaklah menunggu hasil siasatan tersebut.


5. Umno kehilangan wow factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli n rakyat seperti dulu.  Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. Trust deficit parti bertambah besar. Ahli2 umno sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat utk Pru14.

PMO : Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpianan Negara serta Kerajaan dan UMNO. 

Inshallah, jika kita tenang dan terus bersatu padu kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti. Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri.

Dalam hal ini, tindakan mantan PM, Dr Mahathri yang terus membuat pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh Kerajaan turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti.


6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula kepangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jgn kita masih penidakkan apa yg benar.

PMO : Kerajaan berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB. Ini bagi menentukan kesahihan tentang pelbagai dakwaan yang wujud. Pada masa yang sama, kita elakkan membuat kenyataan yang boleh menganggu-gugat kestabilan kerajaan dan perpaduan parti dan negara.