Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts
Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts

Sunday, August 09, 2015

SPRM BUKAN MUSUH POLIS - KETUA POLIS NEGARA


Sepanjang minggu lepas, betapa kecohnya apabila dua pegawai kanan SPRM, Pengarah Operasi Khas Bahri Mohd Zin dan Pengarah Strategik Komunikasi Rohaizad Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dengan serta merta dan seterusnya pelbagai kenyataan yang terkeluar dari pelbagai pihak.

Ia seolah-olah kedua-dua pegawai kanan ini telah dianiaya pihak polis kerana siasatan pertuduhan kebocoran maklumat yang telah diterbitkan portal Sarawak Report.

Perselisihan faham antara Polis dan SPRM telah dijadikan isu oleh pihak umum dan politik yang telah menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi. Untuk mengelakkan salah faham yang berterusan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa siasatan akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Dalam memerangi rasuah, Tan Sri Khalid juga telah menyatakan dengan jelas bahawa ia sentiasa menjadi tanggungjawab PDRM untuk menyokong dan bukan menjadikan SPRM sebagai musuh.

Tindakan terhadap pengarah SPRM dan dua pegawai kanan itu diambil kerana terdapat keperluan untuk mencari bagaimana salinan kertas pertuduhan boleh disiarkan ke portal Sarawak Report. Malah, saksi dari Bank Negara dan bank-bank komersial yang lain juga telah diminta untuk hadir semasa proses penyiasatan.

Polis bertindak di atas arahan Peguam Negara di mana tumpuan diberikan kepada maklumat yang diterbitkan dalam Sarawak Report serta maklumat perbankan. TS Khalid juga telah menelefon Tan Sri Abu Kassim, Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menerangkan matlamat tindakan polis yang bukan untuk menyiasat mahupun mensasarkan SPRM.

Pihak polis telah menerima aduan dari individu dan ia adalah sesuatu yang sangat serius di mana siasatan polis tidak boleh memilih dan berpihak. Pihak polis bertanggungjawab sempurnakan siasatan dan hantar laporan ke pihak Peguam Negara untuk dibuat keputusan.

Sebagai tunggak untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara, Tan Sri Khalid mengingatkan bahawa sesiapa juga yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang sah, polis akan sentiasa menyokong dasar dan setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak mudah lemah dan dipermainkan hanya dengan sebaran khabar angin dan maklumat yang tidak tepat melalui media sosial tetapi mempertahankan kepimpinan kerajaan sekarang kerana ia dipilih dalam sistem demokrasi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) dan mencari dalang di belakang kebocoran maklumat ini. Oleh itu, ia tidak pernah dikaitkan untuk campur tangan dalam siasatan SPRM.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pula menegaskan bahawa polis tidak mensasarkan SPRM tetapi menyiasat kebocoran dalam siasatan 1MDB dan semuanya dilakukan mengikut prosedur.

Monday, August 03, 2015

SPRM SAHKAN DANA 2.6 BILION BUKAN DARI 1MDB


Jika Sarawak Report dan The Wall Street Journal telah mendedahkan sejumlah wang telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri dan sumber kewangan tersebut adalah dari 1MDB, hari ini SPRM telah mengesahkan dana sebanyak RM2.6 bilion itu adalah sumbangan penderma.

Berikut adalah kenyataan rasmi SPRM;




Selama ini, PM Najib Razak tidak pernah menafikan menerima wang tersebut malahan kepada Tan Sri Muhyiddin juga telah diberitahu dan ini telah pun disebarkan di media sosial setelah disiarkan di dalam MalaysiaKini.

PM Najib Razak hanya pernah menafikan jika sumber dana tersebut adalah dari 1MDB seperti yang pernah dituduh The Wall Street Journal, Sarawak Report, Dr Mahathir serta pemimpin pembangkang.

Setelah disahkan SPRM, maka kita juga tertanya-tanya, bagaimana dengan mudahnya SR mendapat butiran maklumat akaun peribadi PM Najib dan siapa pemberi maklumatnya? 

Apakah ini bermakna sememangnya wujud satu konspirasai untuk menjatuhkan kerajaan dengan cubaan mensabitkan PM Najib dengan rasuah?

Diharap ada siasatan susulan agar penyumbang maklumat ini dapat dikesan dan seterusnya dibawa kemuka pengadilan.
 

Friday, July 31, 2015

PENYEBAR MAKLUMAT PALSU DI FB TELAH DIKESAN

Siri pembohongan oleh Sarawak Report kini sedang melalui fasa melibatkan pejabat Peguam Negara apabila mereka menyiarkan draf dokumen pendakwaan yang mensabitkan perlantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi mengganti Tan Sri Gani Patail.

Sarawak Report rupanya ada peminat setia yang sudi menyebarkan berita-berita palsu di Facebook mereka dan kini mereka telah pun dikenalpasti;



Berikut adalah kenyataan dari Tan Sri Mohamed Apandi Ali;

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA
  
30 Julai 2015

1.  Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.
2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.
3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.
4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.
5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah. 

TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
PEGUAM NEGARA MALAYSIA


Tan Sri Apandi Ali di dalam kenyataan di atas menegaskan format surat pendakwaan itu adalah salah dan beliau juga
tidak menolak dokumen yang disiarkan SR menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan sediada dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai penyebar maklumat dan berita palsu untuk menggulingkan Perdana Menteri di dalam proses demokrasi, apakah mereka juga bakal berhadapan tindakan undang-undang?

Dengarnya laporan polis akan dibuat terhadap FB SSTDM kerana menyebar dokumen palsu SR dengan bertujuan turut ingin menggulingkan kerajaan... 

Amat mengecewakan apabila admin FB SSTDMM membenarkan perkara seperti ini berlaku dan apa jua niat mereka... ia tetap menyalahi undang-undang.