Thursday, March 06, 2014

APA HADIAH PENYOKONG PKR UNTUK KHALID?


Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman dengan kerajaan persekutuan terus mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pakatan rakyat. Tidak cukup dengan itu, para pencacai PR turut mengambil kesempatan ini untuk menghentam Khalid dengan pelbagai kata-kata kesat, cacian dan makian... PENIPU, GILA DAN BASTARD!

Terbaru keputusan Khalid menerima pelawaan stesen televisyen TV3, untuk ditemubual semalam, dalam program Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU) air ini semakin menghangatkan keadaan.

Ini kerana pimpinan pembangkang sebelum ini sering menyelar dan meminta para penyokong mereka agar memboikot media arus perdana yang dikatakan sebagai tali barut BN/Umno.

Maka keputusan Khalid itu, sudah pasti memberikan satu gambaran hebat kepada mereka. Disebabkan itu juga, media-media sosial sejak malam tadi penuh dengan sumpah seranah pencacai PR yang marah dengan tindakan Khalid itu.

Khalid disifatkan sebagai penipu, dan gila kerana menggunakan media arus perdana untuk menerangkan kepada rakyat berhubung keputusan yang dibuat itu. Selain itu para pegawai Khalid turut dilemparkan dengan kata-cemuhan seperti ‘Bastard’ (anak haram) dan sebagainya.

Hanya kerana menerima pelawaan TV3 itu bagi menerangkan rational di sebalik persetujuan MoU, Khalid dikatakan telah bersekongkol dengan Umno untuk memburukkan pimpinan dan meranapkan parti Keadilan. Dia turut dikatakan bangang dan dilabelkan sebagai ‘trojan horse’ yang bakal menghancurkan PKR.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini antara yang lantang mengkritik Khalid serta mendesaknya agar segera memberitahu isi kandungan perjanjian tersebut. Malah Azmin turut mengatakan, Khalid tidak boleh berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk membuat perjanjian rahsia.

Selain itu, pimpinan Pakatan Rakyat juga turut menggesa agar Menteri Besar Selangor itu agar tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian awal dengan kerajaan pusat selepas termeterainya memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini.

Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

@NgaKorMing HINA MAKCIK PEMBERSIH LANTAI PULA!

Anda kenal Nga Kor Ming? Jika tidak kenal, ini petanda manusia sebegini memang tak popular pun. Tetapi jika anda kenal, Cina DAP ni memang terkenal dengan kenyataan-kenyataan biadap dan Cina paling rasis.

Pada suatu ketika, dia pernah menggelar MB Perak, Dato Zambry Kadir sebagai "hitam metalik" dan beberapa kenyataan rasis yang keluar dari mulut beliau.

Mulut Kor Ming memang tiada had bila mengkritik pemimpin-pemimpin lawan sehingga perlantikan Tan Sri Taib Mahmood dilantik sebagai TYT pun perlu dicarutkannya;


 
Datin Paduka Chew Mei Fun tidak ketinggalan dari diperli dengan kata-kata mengejek Kor Ming;


Terjemahannya ialah "Calon MCA CMF berlakon sebagai Makcik pembersih lantai. Hari ini pula mengambil seterika."

Mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada pengundi Kajang ialah; 


Terjemahannya ialah  :
"Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan wanita yang menggunakan seterika itu. Terima kasih Wanita."

Datin Paduka Mei Fun yang mewakili MCA dan bertanding untuk BN, jelas sedaya upaya cuba memujuk rakyat untuk bersatu padu walaupun dari bangsa dan agama yang berbeza tetapi Kor Ming dengan politik rasis lagi cetek, dengan terang-terangan menghasut membenci di antara satu sama lain.

Kepada pengundi Kajang, di antara Mei Fun dan Kor Ming, kedua-dua berbangsa Cina tetapi siapa yang lebih layak diberi penghormatan rakyat Kajang khasnya dan rakyat Malaysia umumnya?

Bukan setakat itu, sekarang Kor Ming telah pergi lebih jauh dengan menghina kaum wanita apabila khidmat mereka disamakan dengan 'Makcik pembersih lantai'. Mei Fun seorang wanita dan apa perlu diperli untuk disamakan dengan makcik pembersih lantai? Apakah hina makcik pembersih lantai di mata Kor Ming?

Bagi pihak DAP, jangan pula menjawab dengan kata-kata cliche... ia pendapat peribadi Kor Ming!

Nga Kor Ming ialah Pengerusi DAP Perak ok!

Bagaimana pula apabila ahli sendiri menggelar beliau ... PONDAN?

Wednesday, March 05, 2014

SITI KASSIM DIHARAP JANGAN BERMAIN API

Di kala kaum ibu dan remaja wanita sedang bersujud dan berdoa kepada penciptanya seperti yang ditunjukkan DI SINI...  ada pula sedang melakukan aksi yang menjelekkan di kafe Istana Mahkamah...

Pada hari ini Mahkamah Persekutua akan membuat keputusan sama ada Gereja Katolik berhak merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu, pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Rayuan itu didengar …








Perempuan yang sedang memegang bunga denga berbaju T dengan mesej "Allah Tuhan Seluruh Alam" dikatakan berkeliaran sambil memberi bunga kekwa putih kepada pejuang-pejuang Kalimah Allah.

Rakan-rakan blogger dan wartawan sempat mendapatkan maklumat wanita tersebut dan beliau dengan bangganya menggelarkan namanya Siti Kassim dan beliau adalah orang asli.

Dikatakan juga beliau terlibat dengan COMANGO dan seorang 'free thinker' dan ini pula kenyataan beliau kepada wartawan;

"Soal akidah no 2, kalimah Allah untuk semua"

Ada di antara rakan wartawan yang sedang menahan marah menyatakan demi menghormati undang-undang negara, beliau melihat saja telatah perempuan ini dseandainya negara ini tiada undang-undang pasti beliau akan bertindak kerana sebagai seorang manusia, perempuan ini seharusnya berasa sensitif dengan keadaan di mana umat Islam sedang menaruh sepenuh harapan agar Kalimah Allah tidak dipermainkan oleh pihak Gereja.

Inilah akibatnya apabila, ada segelintir kecil pemimpin politik yang beragama Islam gagal memahami akibat daripada menggadai dan menjual beli ugama demi politik mereka.


PESANAN TPM KEPADA JENTERA BN DI #PRKKajang ... TERUSKAN USAHA MEI FUN

Oleh kerana nafsu besar, hajat besar dan niat besar Anwar Ibrahim untuk bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor, maka pilihanraya kecil di Kajang diadakan. Ini lanjutan daripada perletakan jawatan wakil rakyat dari PKR mengosongkan kerusi untuk diberikan kepada Anwar atas tujuan dan muslihat tertentu Ketua Pembangkang.

BN bakal menghadapi satu perjuangan yang boleh dianggap sebagai satu pertempuran politik yang besar dan kepada jentera BN yang bakal berjuang di Pilihanraya Kajang nanti, ikuti pesanan Tan Sri Muhyiddin Yassin;


Walaupun keputusan PRK ini tidak akan mengubah keadaan di mana Selangor masih di bawah Pakatan Pembangkang tetapi BN ingin membuktikan keupayaan dan bersedia memberikan perkhidmatan yang baik.

Di PRK inilah kesempatan yang baik kerana ia ada hikmahnya di mana BN boleh mengambilnya sebagai satu kesempatan.

Platform ini akan digunakan untuk mematahkan serangan-serangan bertalu-talu dihamburkan oleh pihak pembangkang kepada BN seolah-olah ia sebuah kerajaan yang zalim, tidak bertanggungjawab dan tidak berkemampuan. Ini semua adalah tipu helah untuk menjatuhkan imej dan maruah BN.

Ada yang menganggap BN menghantar calon di PRK ini sebagai underdog seolah-olah kita tak akan menang tetapi sebagai parti yang bermaruah, BN telah menyatakan apabila keputusan telah diambil untuk bertanding... BN mahukan kemenangan.

Calon yang telah dipilih bukan calang-calang kerana beliau dipilih ke atas moralnya, prestasi kerjanya, keberaniannya, pengalaman luasnya, hubungan baiknya dengan kerajaan. Selama Datin Paduka Chew Mei Fun bertemu rakyat Kajang, ada yang telah memberi gelaran 'ComeyFun' dan ini adalah petanda awal yang sangat baik. Penerimaan rakyat tempatan nampaknya memberi sokongan.

Dalam tempoh tiga minggu ini, BN akan pastikan setiap 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak ada satu pun kawasan yang akan terbiar.

Terdapat seramai 39 ribu pengundi pelbagai kaum dan setiap pengundi adalah raja. Oleh itu BN hormat dan layan mereka. Jentera BN perlu teruskan kesinambungan kemesraan yang telah dibina Mei Fun serta pelihara dan berikan perhatian kepada apa sahaja yang mereka kehendaki.

Temui mereka dan bertanya khabar. Turun ke rumah mereka, ketuk pintu setiap rumah bertanya khabar dan duduk bersama dengan mereka.

Jentera Wanita adalah penentu kemenangan

Seandainya ini dilakukan oleh semua jentera BN, BN boleh mencapai kemenangan. Yakinlah!

Walaupun ada orang kata apa guna BN bertanding kerana sudah pasti akan kalah. Mereka kata "no point" dan macam-macam untuk memperkecilkan keupayaan dan kekuatan BN.

Sebagai parti yang telah banyak berjasa, BN mampu buktikan yang mereka salah. Dengan bekerja keras dan turun bawah, gunakan sepenuhnya untuk menceritakan perkara yang benar. Bukan menjadi kesalahan jika menceritakan apa yang kerajaan BN telah lakukan. Di peringkat Pakatan Pembangkang pun mereka ada masalah.


BAS ELEKTRIK UNTUK PENDUDUK SUBANG JAYA TAHUN HADAPAN

Salah satu penumpuan di dalam NKRA (National Key Result Area) ialah menambaik pengangkutan awam bandar dengan memberi tumpuan dan peningkatan kepada faktor-faktor berikut;
  • pertambahan pengangkutan awam
  • ketepatan waktu perjalanan
  • keselesaan dan kemudahan pengangkutan
  • penyambungan dari satu stesen ke kawasan lain
  • penyusunan semula kekerapan perjalanan
  • penstrukturan semula kawal selia

BRT adalah satu sistem transit yang mengguna bas berasingan, dilengkapi dengan stesen moden, perkhidmatan bas pengantara, akses pejalan kaki bersepadu, kekerapan pengangkutan dan perkhidmatan yang tinggi frekuensi.


Buat julung kalinya, BRT Sunway Line telah menyahut saranan kerajaan untuk melaksanakan sistem transit bas di kawasan bandar dan bakal beroperasi pada bulan Jun tahun hadapan. Ia akan menghubungkan kawasan-kawasan utama di Sunway dan Subang Jaya di 7 stesen, dengan lebih strategiknya mampu menghubungi rangkaian pengangkutan awam yang lain kepada 500 ribu penduduk sekitar Bandar Sunway dan USJ Subang.

BRT Sunway Line juga akan menghubungkan stesen komuter KTM Sri Setia dan stesen LRT laluan Kelana Jaya di USJ Subang Jaya.

Suatu yang menjadi kelebihan projek BRT Sunway Line ialah pengangkutan bas elektrik. Disamping itu ia bakal menyediakan kemudahan tempat 'park and ride' berdekatan kampus Universiti Monash yang boleh memuatkan 1,200 kereta.

Bas ini juga akan mempunyai laluan khasnya sendiri dan bakal melalui kesemua pusat-pusat komersil utama. BRT Sunway Line juga akan menyediakan sistem bus mesra alam terkini dengan ciri-ciri mesra OKU.


Pengerusi SPAD bersama-sama pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohamad Nur Ismal Kamal serta pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Jeffrey Cheah telah membuat lawatan untuk meninjau perkembangan projek ini semalam. Hampir 32% telah disiapkan dan sasaran untuk beroperasi di pertengahan tahun hadapan mampu mencapai sasarannya.

Pada fasa awal, BRT Sunway Line dijangka mampu membawa dua ribu penumpang pada setiap satu perjalanan dan 30 ribu penumpang sehari dengan kekerapan setiap lima minit.

Projek yang menelan belanja RM549 juta itu dimajukan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunway Berhad. Ia adalah projek BRT yang pertama seumpamanya di Malaysia dari 12 laluan BRT yang dikenalpasti di seluruh negara.