Wednesday, March 27, 2013

EXORA DIJADIKAN BAHAN CEMUHAN RAFIZI


Pertama sekali, adakah Rafizi telah meneliti teks ucapan Perdana Menteri dan juga teks sidang akhbar Pengerusi SPAD di Majlis Pemberian Lesen Teksi Individu pada Ahad lalu?

MENGAPA EXORA SEBAGAI PILIHAN
Menurut Pengerusi SPAD, kerajaan telah beri RM3,000 rebet bagi tuanpunya teksi lama yang ingin menukar kepada kereta baru dan mereka yang belum berbuat lagi boleh tukar kepada Exora. Ini merupakan satu galakkan dan insentif kepada pemandu-pemandu2 teksi yang hanya membayar RM59 ribu setelah diberi geran sebanyak RM5,000 dengan kadar faedah 2 peratus. Teksi-teksi model baru tersebut juga boleh mengambil dan menurunkan penumpang di Airport KLIA 1 dan 2.

SPAD juga telah menerima banyak respon terutama pelancong luar negara yang mengadu teksi di Malaysia terlalu kecil memandangkan kapasiti bagasi yang mereka bawa dan ruang tempat duduk yang sempit jika dilihat pada saiz badan serta jumpah penumpang. Lebih parah bila ada tangki NGV. Adakalanya sehingga tidak ada ruang untuk memasukkan beg mereka.

Teksi Exora juga untuk meningkatkan kualiti standard teksi bajet yang selama ini begitu sinonim dengan kereta saiz kompak Iswara, Saga dan Wira.

Perdana Menteri berkata, "Kita perlu kepada Sistem Teksi yang moden dan efisien. Pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan teksi akan rasa selesa bila mereka menggunakan perkhidmatan teksi... Kita mesti pastikan bahawa orangramai, pengguna, pelancong dapat perkhidmatan teksi seperti disebut oleh Pengerusi SPAD tadi - bertaraf dunia dan ini bukan satu impian yang tak boleh menjadi kenyataan."

Teksi model Exora ini juga dilengkapi dengan teknologi yang lebih baik, terdapat kemudahan “credit card reader” supaya pengguna dapat membayar melalui kredit kad dan di belakang kerusi pemandu ada tertera nama pemandu dan nombor lessen supaya keselamatan penumpang adalah terjamin.

SPAD juga memperkenal sistem “tracking and monitoring”, saluran untuk mendapat maklumbalas perkhidmatan. SPAD juga akan memantau “code of conduct” pemandu-pemandu teksi agar mematuhi standard operasi.

Oleh itu, negara kita akan mempunyai teksi dan perkhidmatan yang lebih baik pilihan rakyat.

BAI’ AH 

Pemandu-Pemandu Teksi yang hadir

 “Sebab itu geran diberi sedikit demi sedikit, tidak kepada semua kerana ia hanya gula-gula untuk menenangkan kemarahan pemandu teksi yang terabai selama ini,” kata Rafizi.

Kerajaan BN yang menjaga kebajikan rakyat dengan membina negara untuk membawa negara kearah yang lebih baik telah melaksanakan BR1M 1.0, BRIM 2.0... DAN TR1MA 1.0 DAN TR1MA 2.0. Tetapi, apa yang pihak pembangkang telah buat untuk menghancurkan Negara serta melanggar undang-undang ialah dengan mengadakan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 … INILAH BEZA DENGAN PEMBANGKANG!

Inilah yang kita hendak. Kita hendak antara kerajaan dan rakyat bekerjasama dan permuafakatan. Kalau ada yang tak betul, kita perbaiki. Kalau ada yang kurang, kita akan tokok tambah tapi bukan kita menghancurkan atau meruntuhkan apa yang kita telah bina. Kita bawa keadaan supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Inilah kerajaan BN yang ada pada hari ini.

Rafizi telah dengan sengaja mengambil sebahagian daripada bai’ah yang dilontarkan oleh Perdana Menteri. Sebenarnya bai’ah tersebut juga meliputi menyeru pemandu-pemandu teksi yang bersopan, beramanah dan boleh dibanggakan bagi menuju kea rah perkhidmatan teksi bertaraf dunia yang akan dibangunkan.

SPAD juga telah membuat syarat kelayakan lessen individu kepada pemandu-pemandu teksi tersebut yang berdasarkan merit dan criteria tertentu. Di antaranya  seperti:
  • Bebas kesalahan trafik
  • Rekod pemanduan baik
  • Telah memandu melebihi 5 tahun
  • Syarat kelulusan pinjaman pula termaktub pada pihak bank. Jika pemohon layak menerima pinjaman. Geran dan subsidi kadar faedah sebanyak 2% setahun diberikan. 

PEMANDU TEKSI YANG TERABAI?
Berikut adalah kenyataan YB Noh Omar, mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi :


DAN...

KENYATAAN AKHBAR Y.B DATO NOH BIN HAJI OMAR MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI MENGENAI PENGELUARAN LESEN TEKSI KEPADA PENGUSAHA INDIVIDU DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN TEKSI DI SEMENANJUNG MALAYSIA - ISNIN 30 JUN 2008

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat. Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.

2. Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan ini. Antaranya :
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;
  • pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan); 
  • menjalani kursus anjuran MECD; 
  • bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada tunggakan saman lalulintas;
  • mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan  berkala setia tahun; dan 
  • bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh MECD.


3. Pelaksanaan pemberian lesen kepada individu sebanyak 3,000 lesen akan meningkatkan nisbah pemilikan lesen teksi individu berbanding syarikat daripada 35% : 65% kepada 40% : 60%.

4. Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. Kualiti teksi diharapkan dapat ditingkatkan memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap individu tersebut dan LPKP akan memantau pemiliknya melalui koperasi dan persatuan yang dianggotainya.

5. Pihak syarikat akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan mengubah pendekatan perniagaan dengan menggaji pekerja atau menawarkan saham kepada pemandu memandangkan pemandu sedia ada telah diberikan lesen individu dan akan berlakunya kekurangan penyewa teksi / pemandu syarikat.

6. Bagi memastikan matlamat menambah baik perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia tercapai, pemegang permit individu dikenakan syarat sebagaimana berikut:-

  • larangan memajak permit teksi individu kepada pihak ketiga; dan 
  • menetapkan tempoh masa minimum harian operasi teksi. Ini bagi mengelakkan  masalah kekurangan teksi berikutan sikap pemandu teksi individu yang mudah berpuas hati apabila sudah mendapat hasil harian yang mencukupi.
7. Sehingga 31 Disember 2007, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan sebanyak 28,292 lesen teksi di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 18,905 (65.4%) lesen teksi telah dikeluarkan kepada syarikat dan koperasi serta bakinya 9,387 lesen (34.6%) kepada individu.

Mantra:

Bandingkan kenyataan Rafizi di sini 
  • Strong Point Rafizi hanya menumpukan kepada penggunaan kereta Exora sebagai syarat penerimaan Lesen Teksi Individu, hanyalah sebagai ulasan penyedap bagi memenuhi ruangan article. Rafizi tanpa meneliti sepenuh teks ucapan PM, akan membuat komen-komen yang dengan sendiri merujuk kepada sikap pembangkang yang tidak membina tapi untuk meruntuh kebajikan pemandu-pemandu teksi.
  • Sebuah lagi janji ditepati Kerajaan BN tetapi Rafizi yang sebenar hanya sekadar mampu membuat ringkasan tidak berfakta demi untuk memancing undi.
  • Siapa yang tiru siapa dan siapa yang tipu siapa... di sini 
  • 11 Julai 2009 - PM umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaik kehidupan para pemandu teksi. Ucapan Dato Seri Najib sempena 100 hari Perdana Menteri. 
  • 5 Mac 2011 - Buku Jingga dilancarkan oleh PR dengan salah satu janjinya ialah untuk menyemak pemberian permit teksi untuk individu dan persatuan.
  • 1 Ogos 2011 - PR Janji permit teksi individu. Pemandu teksi diminta menjadi penyebar lidah PR dengan membekalkan akhbar Harakah, Suara Keadilan & Roket kepada para penumpang. Janji ditaburi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang pemandu teksi di Petaling Jaya.

Friday, March 15, 2013

MANILA STANDARD TODAY... MEMANG BODOH!

Bodohnya, bila ‘Manila Standard Today’ samakan Najib Dengan Slovodan Milosevic.

Atty. Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein. 

Wartawan tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati.  Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa. 

Tulisan Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu. 

Harry Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri Najib, Slobodan Milosevic mahupunSaddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara masing-masing. 

Roque juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah ‘mengugut’ Perdana Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik ‘cerita’ dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu menyelidik kesahihannya. 

Slobodan Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia.  Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2006 kerana serangan jantung.  

Milosevic lahir dalam era perang dunia keII.  Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir.  Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama sepuluh tahun kemudian. 

Latarbelakang yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic seorang yang kejam. 

Saddam Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000 puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia.   Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata pemusnah (WMD).  Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika.   Saddam ditangkap dan digantung pada tahun 2006. 

Saddam juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya.  Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan abangnya akibat kanser.  Saddam yang masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun iaitu sehingga ibunya berkahwin semula.  Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak melayannya dengan baik.  Semasa berumur 10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya. 

Jelas, apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras dan kental malah mungkin juga kejam. 

Milosevic dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal. Manusia yang waras tidak mungkin akan secara semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal. 

Dan kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa lembut. 

Untuk pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan Pegawai tinggi kerajaan.  

Datuk Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.  Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu yang penyayang.  Tun Abdul Razak juga tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka.  Tun Razak tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang kebanyakan.   Datuk Seri Najib dididik dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri. 

Oleh kerana, Datuk Seri Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil, maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin.  Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka menyerah diri.  Pertumpahan darah tidak pernah menjadi pilihan utamanya. 

Beliau juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya.  Beliau  juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di Palestine. 

Jelas, jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan ‘keamanan’ yang mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas. 

Justeru, apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Datuk Seri Najib sebagai manusia kejam amatlah menggelikan hati.  Datuk Seri Najib tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat memfitnahnya saban hari.  Malah, beliau jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan, maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan tersebut. 

Tentera dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib.  Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana saja.  Malah, dalam insiden Lahad Datu juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri. 

Satu-satunya pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu.  Mengorek mata, menyembelih dan memotong tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera dan polis Malaysia kerana ‘kekejaman yang keterlaluan’ bukanlah satu sifat yang biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan penjenayah.  Selain itu, tentera dan polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa lain, termasuk pendatang asing. 

Jika orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup bergadai nyawa ke sini?  Kenapa selama ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu?  Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita berkenaan ‘kekejaman’ pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka?  Kenapa tidak sejak dahulu lagi? 

Mungkin Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia. 

SPAD : ISU 'GANGGUAN SEXUAL' ... APA SEBENARNYA?


Di ambang PRU13, jika tidak terdapat isu-isu yang membabitkan salah guna kuasa, rasuah atau kroni maka soal moral pula yang bakal dikaitkan dengan mana-mana GLC dalam kejayaan Perdana Menteri mentransformasikan pelan kerajaan.
Terkini, satu tuduhan yang belum terbukti telah dikaitkan dengan SPAD oleh blogger ini.
Di antara tuduhan tersebut adalah:
  • "GANGGUAN SEKSUAL membabitkan enam orang pekerja yang telah mengadu kepada PENGERUSI SPAD, SYED HAMID ALBAR dan Ketua CEO SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal tetapi aduan mereka langsung tidak dipedulikan dan dihiraukan.
     
  • Ramai yang mengetahui kes berkenaan, hairan mengapa pihak atasan SPAD langsung tidak mengambil tindakan terhadap pegawai tinggi yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap keenam-enam wanita berkenaan.
     
  • Lelaki yang dituduh itu pula hanya berkelulusan SPM tetapi dikatakan telah dilantik menerusi KABEL dengan SYED HAMID ALBAR dan turut diberitahu bahawa dia akan memegang jawatan selaku Ketua Jabatan Komunikasi di SPAD.
     
  • Adalah difahamkan perangai huduh lelaki berkenaan yang kelihatan seperti dilindungi oleh PENGERUSI dan CEO SPAD sudah pun diadukan kepada Perdana Menteri Malaysia.

Persoalannya: 
  • Sebagai sebuah GLC, setiap dakwaan akan melalui proses seperti keluar surat tunjuk sebab dan yang kena dakwa akan menjawab tuduhan, dan jika didapati ada kes, maka akan diadakan 'domestic inquiry' dan satu jawatankuasa akan mengambil keputusan. Maka dakwaan yang menyatakan aduan mereka langsung tidak dipedulikan dan dihiraukan dan pihak atasan SPAD langsung tidak mengambil tindakan terhadap pegawai tinggi tersebut adalah tidak berasas dan menghukum sebelum diadili adalah perbuatan yang berat sebelah.
  • Seterusnya, Pengerusi SPAD dikaitkan dengan dakwaan melindungi lelaki yang dituduh tanpa bukti hanyalah satu andaian liar dengan niat untuk memburukkan imej Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah berjaya menangani isu-isu permit teksi dan isu perkhidmatan pengangkutan awam yang menjadi mainan pembangkang. 
  • Seperti kita sedia maklum Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, adalah merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi (BN) dan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada 3 Jun 2010. Sebaik sahaja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di tubuhkan dan diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.
  • Maka apa sebenarnya niat untuk dikaitkan dgn Pengerusi SPAD yang juga seorang ahli politik BN di dalam dakwaan ini? Adakah ini bakal dijadikan isu-isu hangat menjelang PRU 13? Jawapannya memang tidak relevan kerana jawatankuasa yang dilantik SPAD akan membuat keputusan pengadilannya.
  • Kelulusan pegawai yang dituduh juga dipertikaikan sehingga kenaikan pangkat ke jawatan lebih penting dipersoalkan. Ini membuktikan blogger ini tidak memahami proses lantikan jawatan di dalam sesebuah GLC. Tawaran perlantikan seseorang yang berkhidmat di dalam GLC bukan sahaja bergantung kepada kelulusan seseorang tetapi berdasarkan merit juga.
Mantra:
Seandainya blogger yang telah menyentuh isu ini, dinasihatkan agar membuat homework yang lebih bertanggungjawab dan tidak sekadar memenuhi ruang blog. Akibatnya, GTP yang sedang berada di landasan yang betul dan berjaya akan tercalar dengan tuduhan-tuduhan liar seperti ini.

Sekiranya tujuan sebenar adalah untuk memburukkan imej Tan Sri Syed Hamid sebagai seorang ahli politik, maka nampaknya perangai 'cha keting' masih menular dalam UMNO oleh golongan-golongan kecewa.

Di antara rakan-rakan blogger yang berkongsi pandangan adalah:

DEPA KATA: Skandal seks dalam SPAD? 

OB21 : SPAD : Angkara Kerusi Panas

Kisah SPAD : Nak Serang Siapa ? Kroni Atau Tuan nya?

APA - SPAD : Angkara Kerusi Panas atau Kartel Teksi ?

Tuesday, January 01, 2013

2013 FOR GE13 - PAKATAN'S SODOM AND GOMORRAH

Pakatan Rakyat Is Beginning To Lose:

Ever since they won a few states during the 2008 election, Pakatan Rakyat has been very busy with politics trying to take over yet a few other states for the coming election. PR put their whole soul in tarnishing BN's image as well as making more and more promises. Not just with their ceramahs, they also look out for gap to demonstrate.

For the whole term, PR's 'work' can be seen through their various demonstrations organized by NGOs which would use one another to achieve the same target, to bring down BN government.


Few of them include Bersih 2.0 on July 2011, Bersih 3.0 April 28, 2012, Himpunan Janji Demokrasi on the eve of August 31, 2012, a few series of Himpunan Hijau going against Lynas, Himpunan Royalti Minyak Kelantan, Himpunan 901, series of Himpunan Kebangkitan Rakyat, series of Himpunan Oren going against FGVH's listing and a whole lot of others.

Looking at such strategies, we could expect that PR's political momentum would rise up as the election draw closer. However, we might be wrong.


Only a few months before GE13, PR seem tired 
of politics because they have just done too many.

Their demonstrations are getting less and less attention that even their party's assembly did not show much excitement. For example, DAP's National Congress, the congress only showed low number of attendance, and Muktamar PAS which seemed anti-climax with their bad prayers which hit them afterwards.

Besides that, the recent Himpunan Oren which was held on December 28, was attended by less than 1,000 participants, their target, 30,000, despite of the official orders given by PAS asking their supporters to join the event.
The same thing goes to Himpunan Hijau (hunger strike) on December 27 - 30, which promises this huge convoy of 10,000 cars and motorbikes which will head to Lynas plant, only took around 50 people, such small number.

What's worse is when a few of those hunger strike participants decided to eat in hiding, until their actions were recorded by the media. It seems like the whole event is a bust, and they are the 'final hope' for PR to increase its momentum in facing GE13.

Everyone is aware that Himpunan Oren is led by PAS and Himpunan Hijau is under DAP, with PKR as the 'cover'. That is why, these demonstrations somewhat shows rakyat's support towards PR.

With such small attendance for both of the demonstrations, this clearly show that PR is beginning to fall. It crumbles due to different principals, goals, mixed with racism, extremism, liberal as well as the iron fist leadership which can be seen at all PR leaders which has been the coalition problems and problems from the start.

Time is running out for PR to repair the damage. 
Their leaders' credibility is also growing 
thin in the eyes of rakyat.

The sad thing about PR's destruction is that the states which they rule crumbles along with the party.

Just imagine, within a single term, they managed to clear out a whole jungle and dig up all the sand in the world which led to pollutions and natural disasters, they found a way to isolate bumiputeras, add up numbers of 'entertainment' centres which grew uncontrollably. If they are rule for yet another term, just imagine how much logs would be left in Kedah? How much land would there be enough for Kelantanese? How many more entertainment areas will bloom in Selangor? And how many Malay will be able to survive in the middle of Penang?



Rakyat should be aware of these facts before we all fall with PR just like Sodom and Gomorrah. - Beruang Biru

Thursday, December 27, 2012

PRU 13 - PESANAN UNTUK KAUM CINA DAN RAKYAT MALAYSIA

Psikologi menang 154 hari - (Utusan) oleh Fuad Hassan

KALAU dikira dari Isnin 24 Disember 2012, tinggal hanya 154 hari sebelum mandat memerintah sedia ada berakhir 28 April 2013.
 
Persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran rakyat negara ini waktu ini tentunya mengenai aspek psikologi menang di pihak yang mana - kerajaan atau pembangkang.

Ditemui di Kuala Lumpur Isnin lalu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan menarik perhatian kami mengenai isu-isu yang melingkari sosio politik tanah air dalam tempoh empat tahun setengah ini.

Gemar berterus-terang meskipun pahit di telinga mana-mana pihak yang mana 'makan cili terasa pedasnya', Fuad membahagikan segmen-segmen berikut dari rumusan dapatan kajian pihaknya di kesemua 222 kerusi Parlimen dan 546 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini untuk dinilai, direnung dan dipertimbangkan oleh orang ramai.


1. KE MANA HALA TUJU SOKONGAN KAUM?

Orang Melayu - Kebelakangan ini orang Melayu dilihat lebih prihatin terhadap isu-isu agama, isu-isu nasib kaum mereka sendiri dan juga soal keperluan asas yang mereka perlukan. Jadi, orang Melayu 'agak semacam' apabila timbulnya isu seperti murtad, hak mereka nak diketepikan dan dipinggirkan serta isu-isu yang dapat dilihat bahawa seolah-olah macam dasar-dasar penting ataupun dasar-dasar yang telah diinstitusikan serta telah dipersetujui hendak dipunggah dan dihapuskan. Jadi, ini menyebabkan orang Melayu berasa terancam dan mereka hendak kembali kepada BN. Namun sokongan Melayu berbeza mengikut perbezaan geografi, umur, pekerjaan dan pendidikan. Pendaftaran pengundi baru hampir 3 juta harus menjadi perhatian serius semua pihak.

Orang India - pun begitu juga. Perdana Menteri selalu menekankan agar pegawai kerajaan dan pekerja parti tidak harus terlepas pandang tentang masalah kaum India yang mungkin terpinggir terutama di kawasan ladang dan pekerja bawahan. Isu Kampung Buah Pala, isu memusnahkan rumah ibadat dan sebagainya menyebabkan kaum India mulai meningkatkan sokongan kepada Perdana Menteri melalui konsep Nambikei. 

Walaupun PKR cuba mengeksploitasi isu lawatan Presiden Sri Lanka, Rajapakse ke Malaysia, menggunakan pemimpin kaum India sebagai pemimpin 'Bersih 3.0' atau menggunakan pemimpin Hindraf namun ternyata belum berkesan. Sokongan kaum India setakat ini nampaknya kepada Perdana Menteri.
 
Kaum Cina - Masyarakat Cina berhati-hati dalam membuat keputusan politik (calculated political moves) yang bersifat strategik dalam kerangka mempastikan kesinambungan politiknya (the politik of survival). Pendekatan yg penuh cermat ala feng shui selepas 13 Mei. Mereka diuar-uarkan oleh kepala pemimpin Cina bahawa langkah MCA dan Gerakan melalui 'pendekatan dari dalam' bagi mewakili kepentingan Cina tidak berkesan. UMNO dikatakan terlalu dominan. Persepsi ini perlu ditangkis oleh pihak yang berkenaan. Bukankah DAP juga merupakan parti yang terlalu dominan di Pulau Pinang dan mereka memerlukan hanya lagi 3 kerusi DUN untuk memerintah sendiri tanpa PKR dan Pas?.

Namun demikian dalam tempoh terdekat ini ada tanda-tanda orang Cina lebih melihat kepada politik kestabilan.

Saya (Fuad) fikir kaum Cina mula dapat menghidu bahawa ada banyak janji parti pembangkang memerintah di negeri-negeri tertentu yang tidak dipenuhi. Jadi, ini menyebabkan kegoncangan kepercayaan mereka kepada pembangkang. Mereka juga mula membandingkan personaliti dan gaya kepimpinan Perdana Menteri yang bekerja keras untuk rakyat dan dilihat ikhlas serta punyai track record kerja yang cemerlang.

Pemimpin Cina juga sedikit sebanyak mendapat kekuatan dari pendekatan kreatif DAP untuk anak-anak muda Cina Melayu gaya "Gangnam Style". Demikian juga dengan pemimpin muda Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Namun pendekatan baru MCA dan perlantikan pemimpin parti Gerakan yang baru di Pulau Pinang boleh memberikan persaingan hebat.

2. SENTIMEN 'HIT THE LEADER'?

Najib ketika ini 'anchor' kepada kekuatan UMNO dan BN. Dalam saat UMNO berada pada tahap kepercayaan yang rendah pada rakyat, PM Najib yang sebenarnya telah membantu menaikkan tahap ini semula sehingga rakyat sudah mula terima termasuk melalui konsep 1Malaysia. Jadi langkah-langkah yang beliau ambil ini dilihat oleh orang Cina sebagai bersungguh, walaupun satu strategi pakatan pembangkang adalah menyerang kepala pemimpin, iaitu kalau nak menjatuhkan BN atau UMNO, 'hit the leader', Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Oleh sebab itu banyak sekali isu ciptaan dapat dilihat yang di 'spin' berterusan dan berpanjangan. Isu Scorpene dan pembunuhan Altantuya yang sudah dijelaskan berkali-kali tetapi dieksploitasi untuk menghantar sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

Namun demikian mereka lupa bahawa berbeza dengan lain, UMNO merupakan parti yang sudah berpengalaman, sudah stabil lama walaupun mereka 'memusnahkan' pemimpin nombor satu, bahteranya masih ada.

Sebagai contoh, di Indonesia, walaupun Golkar sudah kalah sebagai parti pemerintah tetapi masih kekal sebagai parti pembangkang terkuat dan masih kekal walaupun pemimpin parti itu seperti Habibie, Suharto, Akhbar Tanjung tidak ada.

Dan tidak mustahil Golkar akan menjadi seperti parti LDP yang kembali berkuasa di Jepun.

Apabila rakyat sudah melihat apa yang dijanjikan dari pihak pembangkang tidak berlaku, negara sudah bertukar pemimpin, mereka sudah diberi peluang untuk memerintah, tetapi rakyat masih lagi berasa tiada perubahan yang berlaku.

3. KEDUDUKAN BN/PEMBANGKANG DI MANA?

Ada bukti yang cukup kuat bahawa BN akan kembali menawan negeri-negeri yang dulunya kalah khususnya mengikut ranking 1. Perak, 2. Kedah 3. Selangor dan BN akan berusaha untuk kurangkan majoriti di Pulau Pinang dan Kelantan. Tetapi tidak mustahil khususnya di Kelantan, kalau ada isu-isu yang boleh kononnya menimbulkan kebangkitan rakyat kemungkinan Kelantan juga boleh jatuh ke tangan BN. Namun ini bukan sesuatu yang mudah.

Di Sabah dan Sarawak walaupun dikatakan ada gangguan-gangguan di sana sini, tetapi keadaan masih terkawal. Meskipun ada 'lopak' di sana sini khususnya mengikut sokongan kaum Cina terutamanya di bandar-bandar besar yang dianggap akan bertahan atau jatuh pada DAP, tetapi ada kemungkinan mungkin kembali kepada pangkuan BN. Ini akibat wakil rakyat parti itu tidak melakukan perkhidmatan yang baik setelah diberikan peluang.

4. FAKTOR CALON PENENTU PRU 13

Hasil pemantauan JASA mendapati rakyat akan memilih calon yang sering mendampingi atau dapat menyelesaikan masalah. Rakyat akan memilih bukan sahaja berdasarkan persepsi melalui isu-isu nasional atau lambang pemimpin utama, tetapi berdasarkan siapa pemimpin kawasan yang berjaya menawan hati dan minda mereka melalui kerajinan dan keikhlasan pemimpin.

Memainkan isu-isu Lembu, Teoh Beng Hock, Lynas, Kapal selam Scorpene, AES bukan jadi penentu kemenangan pihak yang berkesan, namun perkhidmatan, akhlak pemimpin, kreativiti pemimpin dan kesihatan masih relavan dan akan dipilih rakyat.

5. MAJORITI DUA PERTIGA

Saya lihat BN ada peluang meraih kembali majoriti dua pertiga. Cuma ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Semua orang tahu hendak kembali mendapatkan dua pertiga mesti setiap parti perlu bijak dalam mengurus sokongan angka, bijak dalam mengurus dan menangkis persepsi serta mempunyai kemahiran gerak saraf yang tinggi.
Pihak yang ingin menang perlu mendapatkan sokongan kaum Cina tidak kurang 30 peratus serta sokongan Melayu, bumiputra dan India melebihi 60 peratus.

Oleh kerana kaum Melayu berpecah kepada 3 sokongan maka sudah tentulah kaum Cina menjadi rebutan semua pihak dan mereka boleh menjadi 'king maker' dalam perpecahan kaum Melayu. Ini diambil kesempatan oleh pihak pelampau Cina dengan membuat tuntutan yang sukar bagi Najib membuat keputusan.

Namun, saya fikir ini akan menimbulkan ketidakstabilan politik yang akhirnya merugikan kaum Cina itu sendiri. Jadi, kaum Cina perlu rasional dan meminta sesuatu yang munasabah dalam lingkungan yang mampu dilaksanakan oleh Perdana Menteri. Jika politik negara tidak stabil kesannya kepada keadaan ekonomi negara yang umumnya dikuasai oleh kaum Cina juga. Mereka mungkin terjejas teruk akibat mangsa politik persepsi dan pertarungan fitnah yang melampau. Peristiwa 13 Mei (1969) mungkin tidak berlaku lagi, tetapi pengalaman yang dilalui Indonesia, Mesir dan lain-lain perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak.