Showing posts with label Yong Peng. Show all posts
Showing posts with label Yong Peng. Show all posts

Friday, May 04, 2018

#PRU14 : PARLIMEN AYER HITAM SEMEMANGNYA PANAS DAN DAP PERLUKAN SAMSENG UNTUK MENANG


Video di atas menceritakan kejadian sebenar.

Sedangkan mereka yang mula membuat kecoh dan berlagak samseng di kawasan orang, tetapi berlakon seolah-olah dia adalah mangsa. Itulah tabiat DAP yang cekap memangsakan diri sehingga mangsa keganasan, seorang aktivis BN di Yong Peng yang telah berada di usia emas 77 tahun, ditolak dari atas pentas hanya kerana marah bendera PKR dicabut dari pentas MCA.

Yang sah, samseng tersebut adalah penyokong DAP yang amat terkesan dengan kehadiran Datuk Wee Ka Siong yang sedang memberi ceramahnya. DAP telah menganggap DUN Yong Peng kawasan mereka dan MCA tidak dibenarkan langsung berjumpa pengundi. Jika ini adalah cara demokrasi yang diamalkan DAP, nampaknya terpesong jauh dari parti yang mereka wakili dengan mengguna perkataan - Democracy Action Party.

Sebelum video sebenar dikeluarkan MCA, mangsa sebenar yang bernama Tan Hong Hi @ Ting Hong Hi telah diserang hebat di media sosial tetapi ia tidak bertahan lama. Yang pasti, setelah video sebenar dikeluarkan, cybertrooper DAP terus hilang dan lebih menjelekkan, kesilapan yang sengaja dibuat tidak langsung permohonan maaf diutarakan.

Begitu juga berlaku sejurus proses penamaan calon telah berlangsung dan poster hasutan DAP diturunkan. Sedangkan, SPR telah mengeluarkan garis panduan yang jelas tidak membenarkan bahan-bahan kempen berbentuk fitnah dan hanya pemimpin politik yang mewakili parti atau calon-calon saja dibenarkan. Konon ingin mencabar SPR, DAP menegakkan poster yang terpapar gambar Dr Mahathir dan Datin Seri Rosmah.








Jelas yang bertanding ialah PKR dan DAP telah bersetuju ketepikan logo roket. Lebih musykil apabila DAP tiada rasa hormat sehingga sanggup ketepikan Wan Azizah sebagai Presiden dan mengiktiraf Dr Mahathir sebagai ketua mereka walaupun Pakatan Harapan tidak wujud.

Bukankah dengan jelas ditulis di dalam Tataetika Pilihanraya seperti berikut;

Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:-

(a)  Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang  bertanding,  simbol  dan manifesto  parti  atau  calon  dibenarkan   dalam   poster   atau   kain  rentang.   Slogan, karikatur  atau  apa-apa  bentuk  penyampaian  mesej  yang 
mempunyai apa-apa  unsur  sindiran  dan  mengejek  sama  sekali     tidak    dibenarkan;

(b) Tidak   boleh   memasang   poster   gambar   mana-mana  pemimpin  parti  politik  yang  tidak  bertanding  di  Bahagian  Pilihan   Raya   berkenaan, kecuali   gambar   pemimpin utama   parti   politik   yang   digandingkan   (berpasangan)  dengan gambar calon dalam poster yang sama;

Samada DAP tidak faham bahasa melayu atau sebenarnya tidak ingin faham kandungan Tataetika yang dikeluarkan SPR. Tetapi apabila SPR bertindak, mereka dengan mudah menuding jari dan melontar pelbagai tuduhan. Sudahlah tidak ingin mengikut undang-undang, kemudian dengan mudah membuat pelbagai tuduhan.

Itulah DAP, baling batu kemudian sembunyi tangan. Parti rasis Cina ini memang terkenal dengan pemimpin-pemimpin yang kurang ajar walaupun jelas itu adalah salah mereka sendiri. Maka jangan terkejut apabila mereka diberi kuasa dan sesuatu masalah timbul nanti, rakyat akan dipersalahkan dan bukan mereka.

Apakah kejadian di Yong Peng harus dibenarkan di tempat lain? Pengundi Ayer Hitam tidak perlukan seorang perosak seperti Chin Tong. Setelah pelbagai kerosakan ditinggalkannya di Kluang, kini perosak rakyat ini ingin merebak ke Ayer Hitam pula.

Friday, January 19, 2018

YONG PENG HIGH SCHOOL : JAWAPAN TEPAT DARI MCA UNTUK GUAN ENG


Kononnya apabila Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong yang juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Ayer Hitam telah mendedahkan yang Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang telah secara diam-diam membenarkan menukar saham syarikat pembinaan dari negara China ke syarikat fesyen tempatan, sesuatu perlu dilakukan agar dapat mengalihkan perhatian rakyat dengan menimbulkan isu lain terhadap Datuk Wee.

Oleh itu, bagi pihak MCA Johor, Setiausaha Kerjanya Saudara Ling Tian Soon telah memberi nasihat agar lebih baik jika Guan Eng berikan tumpuan penuh kepada masalah-masalahnya di Pulau Pinang. Lebih jelek apabila Guan Eng selaku seorang Ketua Negeri membuat kenyataan salah dan tidak berasas yang sengaja dibuat dalam sidang media.

Ia telah menjadi taktik Guan Eng yang selalu dilakukannya, cubaan mengalihkan perhatian rakyat sedangkan kini beliau berhadapan dengan kemarahan rakyat yang sering dilanda banjir kilat dan ditambah dengan kes dakwaan salah guna kuasa dan rasuah banglonya dan terkini, terbongkar muslihat di sebalik projek mega berbilion terowong laut Pulau Pinang.

Dikatakan Guan Eng terperanjat besar apabila Yong Peng High School telah meminta derma darinya dengan alasan ini adalah sekolah yang terletak di kawasan parlimen Ayer Hitam di mana Ahli Parlimennya adalah Timbalan Presiden MCA dan juga seorang menteri.

MCA Johor juga ada pertanyaan, jika ada di antara persatuan Cina, sekolah mahupun tokong dari Pulau Pinang datang meminta derma dan peruntukan dari MCA, apakah ini juga bermakna yang Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan DAP sebagai parti memerintah, gagal membantu mereka jika itu adalah logik yang digunakan Guan Eng ke atas Datuk Wee.

Untuk pengetahuan umum, di kawasan Parlimen Ayer Hitam saja terdapat lebih dari 40 sekolah dari pelbagai latarbelakang samada ia adalah sekolah bantuan penuh kerajaan ataupun swasta. Pada tahun 2017 saja, Yong Peng High School tidak ketinggalan mendapat peruntukan kerajaan dan jumlahnya adalah sama seperti sekolah-sekolah lain.

Pada tahun lalu, Datuk Wee sendiri telah memperuntukkan sebanyak RM75,000 untuk Yong Peng High School dan ini tidak termasuk subsidi yang lain yang telah diberikan untuk pelbagai aktitivi lain. Dalam pada itu, Datuk Wee adalah penyumbang yang terlalu sering menghulurkan sumbangan kepada Persatuan Alumni Yong Peng High School dan Persatuan Pelajar Taiwan Yong Peng. Sumbangan-sumbangan ini diberi agar mereka dapat mengadakan dan mempromosi pelbagai program dalam menampung kewangan Yong Peng High School.

Telah dimaklumkan yang Guan Eng sememangnya ada menyumbang kepada Yong Peng High School apabila pada tahun 2014, beliau telah memberi RM1,000 tetapi selepas itu, tiada. Bagi MCA Johor, mereka amat berterima kasih ke atas prihatin RM1,000 itu dan sekiranya Guan Eng benar-benar simpati atau mendapati usaha MCA dan Datuk Wee tidak mencukupi, amatlah berbesar hati jika dahulu RM1,000 tetapi kini boleh ditingkatkan kepada 7 angka pula.

Apakah ia akan berlaku? Jika ikhlas menegur Datuk Wee dan MCA dan ingin membantu Yong Peng High School, seharusnya Guan Eng berbuat demikian dan bukan sekadar ingin merendah-rendahkan usaha dan sumbangan orang lain untuk mencari publisiti murah. Jika tidak, jawapan yang tepat dari MCA Johor kepada Guan Eng... jangan malukan diri sendiri jika tak tahu tetapi lebih baik ambil tahu masalah besar yang sedang melanda Pulau Pinang sekarang.