Showing posts with label Go-KL. Show all posts
Showing posts with label Go-KL. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

LALUAN 'FAVORITE' BAS BANDAR GO-KL - Q&A


Pihak SPAD telah mengumumkan dua lagi laluan baru perkhidmatan bas bandar Go-KL iaitu Laluan Merah dan Laluan Biru yang akan memulakan operasi pada 1 Mei 2014 nanti.

Bas bandar Go-KL adalah inisiatif kerajaan yang menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk rakyat yang ingin menuju ke bandaraya Kuala Lumpur di kawasan pusat perniagaan.

Inisiatif transformasi pengangkutan awam ini diterajui SPAD bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi di kawasan-kawasan yang pastinya sesak dan mengakibatkan gangguan jalanraya.

Beberapa persoalan mengenai bas bandar Go-KL adalah seperti berikut;

Apakah Go-KL?
  • Go-KL adalah bas dalam bandar yang menyediakan perkhidmatan 'first and last mile' di kawasan CBD Kuala Lumpur.
  • Go-KL berkhidmat menghubungkan hentian pengangkutan awam di CBD KL dengan kawasan-kawasan bangunan pejabat utama, pusat membeli belah, institiusi pengajian serta tempat tarikan pelancong.
  • Go-KL adalah perkhidmatan bas dalam bandar yang percuma pada masa ini.

Objektik Go-KL
  • Go-KL bertujuan menambahbaik jaringan pengangkutan awam dengan menawarkan perkhidmatan bas dalam bandar yang mudah diakses, selamat dan selesa dengan kos berpatutan untuk rakyat (terutamanya bagi pengguna kenderaan persendirian, pengguna mod-mod lain pengangkutan awam dan pelancong) di kawasan CBD Kuala Lumpur.

Manfaat Go-KL
  • Tiga manfaat utama adalah;
  1. Menjimatkan perbelanjaan
  2. Mudah dinaiki dan mempunyai pelbagai kemudahan sampingan
  3. Mesra alam - menggunakan CNG
  • G-KL diunjurkan dapat mengurangkan jumlah kereta persendirian yang memasuki CBD ketika waktu puncak.

Impak Go-KL
  • Perkhidmatan Go-KL dinaiki hampir 20,000 penumpang sehari sejak diperkenalkan.
  • Berdasarkan kaji selidik, 85% pengguna adalah rakyat Malaysia untuk tujuan ke pejabat, diikuti oleh 10% pekerja warga asing dan 5% pelancung.
  • SPAD menjangkakan hampir 20,000 penumpang akan menggunakan laluan baru Biru dan Merah.

Kemudahan-kemudahan perkhidmatan

  • Tiada tambang yang dikenakan (PERCUMA)
  • Penggunaan WiFi percuma
  • Kenderaan mesra OKU
  • Kenderaan mesra alam sekitar
  • Kenderaan dipantau oleh Kamera Litar Tertutup (CCTV)
  • Akses laluan-laluan Go-KL yang menghubungkan pusat perniagaan Kuala Lumpur.



Laluan Baru
BIRU
  • Hentian : Medan Mara ke Bukit Bintang
  • Jumlah Hentian : 17 hentian
  • Jarak Perjalanan : 9.2 km
  • Tempoh Perjalanan : 
         Waktu Puncak -  45min 
         Waktu Biasa - 30 min
  • Kekerapan : 
         Waktu Puncak - Setiap 5 minit
         Waktu bukan puncak - Setiap 10 minit


Hentian Laluan
Medan MARA - UniAsia - Monorail Medan Tunaku - Concorde Hotel - Life Centre - Pavilion - Starhill Gallery - Bukit Bintang Plaza - Menara ING - Wisma MPL - The Weld - Menara Hap Seng - Maju Junction - Campbell Complex - AIA - Maytower Hotel - KL Sogo

MERAH


  • Hentian : KL Sentral ke Jalan Tunku Abdul Rahman
  • Jumlah Hentian : 19 hentian
  • Jarak Perjalanan : 10.8 km
  • Tempoh Perjalanan : 
         Waktu Puncak - 50min 
         Waktu Biasa - 40 min
  • Kekerapan : 
         Waktu Puncak - Setiap 5 minit
         Waktu bukan puncak - Setiap 10 minit

Hentian Laluan
KL Sentral - 1 Sentral - Muzium Negara - Masjid Negara - Dataran Merdeka - Menara DBKL - Medan MARA - Wisma Sime Darby - Puteri Park Hotel - Chow Kit - Monorail Chow Kit - Tune Hotel - Maju Junction - Pertama Complex - Globe Silk Store - Coliseum - Dataran Merdeka - Dayabumi - KTM Kuala Lumpur

Laluan Sediada

HIJAU
  • Hentian : KLCC ke Bukit Bintang
  • Jumlah Hentian : 14 hentian
  • Jarak Perjalanan : 7.5 km
  • Tempoh Perjalanan : 
         Waktu Puncak - 45min 
         Waktu Biasa - 35 min
  • Kekerapan : 
         Waktu Puncak - Setiap 5 minit
         Waktu bukan puncak - Setiap 10 minit

Hentian Laluan
KLCC - Angkasaraya - MATIC - Concorde Hotel - Life Centre - Pavilion - Starhill Gallery - Bukit Bintang - Menara KH - Wisma Rohas Perkasa - Grand Hyatt Hotel - KL Convention Centre - Citibank - Menara Atlan

UNGU
  • Hentian : Pasar Seni ke Bukit Bintang
  • Jumlah Hentian : 15 hentian
  • Jarak Perjalanan : 7.5 km
  • Tempoh Perjalanan : 
         Waktu Puncak - 50min 
         Waktu Biasa - 35 min
  • Kekerapan : 
         Waktu Puncak - Setiap 5 minit
         Waktu bukan puncak - Setiap 10 minit

Hentian Laluan
Pasar Seni - Bangkok Bank - Muzium Telekom - Menara Olympia - KL Tower - The Weld - Wisma  Foo Yong - Pavilion - Starhill Gallery - Bukit Bintang - Menara ING - Wisma MPL - Bukit Ceylon - Muzium Telekom - Kotaraya

Sasaran penumpang 
  • Pekerja-pekerja pejabat sekitar CBE Kuala Lumpur
  • Pelajar-pelajar sekolah & kolej
  • Pelancong-pelancong dalam dan luar negara

Wednesday, June 12, 2013

PENGERUSI SPAD KEKAL ... DEMI AGENDA TRANSFORMASI

Tan Sri Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi dan En. Mohd Nur Isma, CEO

Pengumuman Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak melanjutkan perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid Albar hingga tempuh 2 tahun lagi adalah bertepatan demi merealisasikan agenda transformasi kerajaan berhubung sistem pengangkutan awam darat. 

Ini selaras dengan usaha penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada NKRA, di dalam Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, yang diterajui oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Suruhanjaya ini ditubuhkan setelah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan dalam sesi Parlimen.

SPAD akan memainkan peranan utama dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam negara yang merupakan salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang telah ditetapkan kerajaan.

Suruhanjaya ini terletak di bawah pemantauan Perdana Menteri akan membawa hampir semua aspek berkaitan pengangkutan darat di Malaysia, pentadbiran satu badan induk, bermula dengan pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia pada peringkat permulaannya dan pengangkutan awam di Sarawak dan Sabah di peringkat berikutnya.

Objektif utama penubuhan suruhanjaya ini adalah bagi membentuk dasar-dasar berkaitan pengangkutan awam, mengawal selia dan merancang perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya.

Bagi menjayakan objektif itu, SPAD akan mengambil alih fungsi-fungsi beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Keretapi Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta fungsi Pesuruhjaya Pelancongan dalam urusan perlesenan bas-bas pelancongan. 

Di dalam tempuh 3 tahun Tan Sri Hamid Albar menerajui SPAD, beberapa pencapaian dan  kejayaan yang dicapai ialah;

  • Memulakan pembinaan MRT sepanjang 60 kilometer yang membabitkan 35 stesen, yang menmanfaatkan 1.2 juta penduduk sekitar Sungai Buloh, Kota Damansara, Bandar Utama, Damansara Utama, Pusat Bandar Damansara, Taman Maluri, Cheras, Taman Bukit Ria, Taman Bukit Mewah, Taman Suntex, Bandar Hussein Onn, Kajang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Jumlah penumpang dianggarkan 442,000 sehari.
  • Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) untuk meringankan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi dan sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan teksi di Malaysia.
  • Program Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M) untuk pemandu teksi.
  • Insurans berkelompok serta khairat kematian untuk pemandu teksi.
  • Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, Hilang Upaya dan Kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dengan SPAD bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah dan Sarawak.
  • Pemberian Lesen Teksi Individu kepada 1,000 pemandu/pengusaha teksi.
  • Perkhidmatan bas percuma Go-KL di sekitar kawasan Bukit Bintang.
  • Membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA .
  • Menjalinkan usahasama dengan Proton untuk menghasilkan Proton Exora yang dipasang siap dengan pelbagai kemudahan canggih untuk dijadikan Teksi 1Malaysia (TEKS1M).
Tahniah kepada Tan Sri Hamid kerana terus mendapat kepercayaan YAB Perdana Menteri bagi meneruskan segala pelan pembangunan dan rancangan strategik pengangkutan darat demi menuju wawasan 2020.