Wednesday, June 12, 2013

PENGERUSI SPAD KEKAL ... DEMI AGENDA TRANSFORMASI

Tan Sri Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi dan En. Mohd Nur Isma, CEO

Pengumuman Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak melanjutkan perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid Albar hingga tempuh 2 tahun lagi adalah bertepatan demi merealisasikan agenda transformasi kerajaan berhubung sistem pengangkutan awam darat. 

Ini selaras dengan usaha penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada NKRA, di dalam Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, yang diterajui oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Suruhanjaya ini ditubuhkan setelah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan dalam sesi Parlimen.

SPAD akan memainkan peranan utama dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam negara yang merupakan salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang telah ditetapkan kerajaan.

Suruhanjaya ini terletak di bawah pemantauan Perdana Menteri akan membawa hampir semua aspek berkaitan pengangkutan darat di Malaysia, pentadbiran satu badan induk, bermula dengan pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia pada peringkat permulaannya dan pengangkutan awam di Sarawak dan Sabah di peringkat berikutnya.

Objektif utama penubuhan suruhanjaya ini adalah bagi membentuk dasar-dasar berkaitan pengangkutan awam, mengawal selia dan merancang perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya.

Bagi menjayakan objektif itu, SPAD akan mengambil alih fungsi-fungsi beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Keretapi Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta fungsi Pesuruhjaya Pelancongan dalam urusan perlesenan bas-bas pelancongan. 

Di dalam tempuh 3 tahun Tan Sri Hamid Albar menerajui SPAD, beberapa pencapaian dan  kejayaan yang dicapai ialah;

  • Memulakan pembinaan MRT sepanjang 60 kilometer yang membabitkan 35 stesen, yang menmanfaatkan 1.2 juta penduduk sekitar Sungai Buloh, Kota Damansara, Bandar Utama, Damansara Utama, Pusat Bandar Damansara, Taman Maluri, Cheras, Taman Bukit Ria, Taman Bukit Mewah, Taman Suntex, Bandar Hussein Onn, Kajang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Jumlah penumpang dianggarkan 442,000 sehari.
  • Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) untuk meringankan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi dan sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan teksi di Malaysia.
  • Program Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M) untuk pemandu teksi.
  • Insurans berkelompok serta khairat kematian untuk pemandu teksi.
  • Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, Hilang Upaya dan Kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dengan SPAD bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah dan Sarawak.
  • Pemberian Lesen Teksi Individu kepada 1,000 pemandu/pengusaha teksi.
  • Perkhidmatan bas percuma Go-KL di sekitar kawasan Bukit Bintang.
  • Membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA .
  • Menjalinkan usahasama dengan Proton untuk menghasilkan Proton Exora yang dipasang siap dengan pelbagai kemudahan canggih untuk dijadikan Teksi 1Malaysia (TEKS1M).
Tahniah kepada Tan Sri Hamid kerana terus mendapat kepercayaan YAB Perdana Menteri bagi meneruskan segala pelan pembangunan dan rancangan strategik pengangkutan darat demi menuju wawasan 2020.


No comments: