Friday, June 30, 2017

MCA : CAJ LETAK KERETA DI PULAU PINANG MENUNJUKKAN KEWANGAN KERAJAAN DAP SEDANG NAZAK


Walaupun akhirnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP menangguhkan caj letak kereta, namun alasan yang diberi mereka sememangnya tidak masuk akal. Hakikatnya, MCA telah lama membantah cadangan ini yang dilihat menambah beban rakyat tempatan setelah DAP mengenakan kadar tarif air yang agak melampau untuk kelima kalinya sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008.

Pada awalnya, MBPP ingin mengenakan kutipan bayaran letak kereta di 290 jalan tambahan dan difahamkan yang caj letak kereta yang akan diseragamkan ini akan melibatkan caj pertambahan waktu di mana pada asalnya dari 9 pagi hingga 5 petang tetapi ditingkatkan dari 8 pagi hingga 6 petang.

Hari Sabtu pula dari 8 pagi hingga 6 petang sedangkan sebelum ini caj parking hanya dikenakan bermula dari 9 pagi hingga 1 tengahari.

Rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk "menyeragamkan" caj letak kereta juga akan menyaksikan peningkatan dalam jam yang dikenakan parkir. Dengan pelan yang dicadangkan mereka, caj letak kereta harian akan meningkat sehingga 8 pagi hingga 6 petang dari 9 pagi hingga 5 petang manakala bayaran letak kereta juga akan dikumpulkan Sabtu dari 8 pagi hingga 6 petang berbanding 9 pagi hingga 1 petang sebelum ini.

MBPP juga bercadang mengenakan caj parking pada hari Ahad dan cuti umum mengikut hari-hari biasa dan ini bermakna rakyat tidak lagi akan menikmati caj percuma.

Apakah kewangan negeri Pulau Pinang kini sedang nazak sehingga mengenakan pelbagai caj kepada kerajaan negeri? Apakah DAP sangat memerlukan dana untuk membiayai peningkatan 500% perbelanjaan operasi kerajaan negeri? Apakah tanah dan aset di Pulau Pinang telah habis dijual DAP? Apakah DAP kini sangat terdesak untuk menjelaskan bayaran yuran perundingan sebanyak RM220 juta untuk laporan bagi ketiga-tiga jalan untuk Terowong bawah laut?

Bukan saja MCA malahan rakyat Penang juga perlukan jawapan dari Ketua Menterinya Lim Guan Eng samada apakah benar kewangan negeri sedang nazak sehingga menyebabkan mereka terpaksa membebankan rakyat dengan pelbagai caj dan kenaikan tarif air. Hentikanlah untuk membohongi rakyat terus-terusan dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

MCA ingin beri peringatan yang walaupun pada peringkat ini DAP umum untuk membuat penangguhan, namun jika DAP masih kekal di Pulau Pinang, mereka akan tetap teruskan rancangan caj parking. Penangguhan ini hanyalah sementara memandangkan PRU14 semakin hampir dan DAP perlu mengambil hati rakyat walaupun terpaksa permainkan undi mereka.

No comments: