Wednesday, June 21, 2017

MCA TIDAK AKAN GENTAR MENJAWAB TUDUHAN TONY PUA DALAM DAKWAAN SAMAN SIVIL DoJ YANG TERBARU


Dalam Facebooknya, Tony Pua menuduh Dato' Sri Liow Tiong Lai dan MCA tidak mempunyai prinsip keran gagal menyatakan pendirian mereka mengenai isu 1MDB. Berkemungkinan besar Tony Pua dan DAP menghadapi sindrom mudah lupa sejak berjinak-jinak dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir.

Telah berkali-kali dan banyak kenyataan dari Dato' Liow serta MCA menyatakan pendirian mereka berhubung isu samada 1MDB mahupun dakwaan sivil US DoJ.

Maka, MCA menegaskan pendirian mereka sekali lagi untuk menjawab tuduhan Tony Pua sepertimana yang dinyatakan Presidennya Dato Sri Liow Tiong Lai dalam kenyataan rasmi, dihuraikan seperti berikut;

1. DoJ haruslah membuktikan tuduhan mereka di dalam mahkamah yang mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam undang-undang, atau tuntutan mereka kekal gagal menamatkan keraguan dan tidak akan ke mana-mana.

2. Kerajaan Malaysia telah pun menjalankan pelbagai penyiasatan ke atas 1MDB. Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) telah menjalankan siasatan dan mengeluarkan laporan terperinci dan sesiapa saja boleh membaca laporan yang telah dimuatnaik di laman web mereka. Siasatan PAC ini adalah berpandukan hasil penemuan dari Jabatan Ketua Audit Negara.

Sebelum itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjalankan siasatan dan kemudian 1MDB dikenakan denda ke atas beberapa kesalahan. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatannya secara bebas, telus dan saksama.Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil semua tindakan yang perlu.

3. Masalah dengan 1MDB telah pun jelas dinyatakan, iaitu model perniagaan yang lemah, pengurusan yang lemah serta tadbir urus dan pergantungan berlebihan terhadap hutang. Walaupun ia sesuatu yang pahit tetapi penting untuk dipelajari.

Kerajaan telah melantik Arul Kanda sebagai CEO barunya dan dengan pengetahuan luas dan kepakaran pengurusan secara profesional, beliau telah berjaya dalam pelan rasionalisasi 1MDB.

4. Isu 1MDB telah sengaja dijadikan permainan politik pembangkang untuk rampas kuasa dari kerajaan BN yang dipilih melalui proses demokrasi. Lebih memualkan apabila mereka kini sedang bekerjasama dengan kuasa asing untuk cita-cita politik rakus.

5. Pihak Pejabat Peguam Negara dan 1MDB juga telah menyatakan kesediaan mereka bekerjasama dengan tuntutan sivil awam DoJ tetapi perlu mengikut protokol antarabangsa. Bukankah ini menunjukkan ketelusan mereka? Malah, PM Najib Razak pun telah berkali-kali beri jaminan agar sesiapa saja yang terlibat dan terbukti salah, tidak akan terlepas dari diambil tindakan undang-undang.

Apakah Tony Pua dan DAP serta pihak pembangkang masih tidak jelas dengan pendirian MCA dan Presidennya ataupun mereka masih sengaja tidak ingin faham?

Namun yang pasti, Tony Pua perlu menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan MCA. Untuk pengetahun, soalan-soalan ini juga tidak pernah dijawab samada Tony Pua mahupun di pihak DAP. Sila jawab yang berikut;
DAP telah bersekongkol dengan PAS dalam pilihan raya umum lalu sehingga mengelirukan pengundi Cina untuk mempercayai bahawa PAS telah meninggalkan hasrat mereka untuk mewujudkan sebuah negara teokratik. Namun selepas pilihan raya, PAS berjaya laksanakan enakmen hudud di Kelantan dan DAP gagal menghalangnya. Lim Guan Eng pula sentiasa mengelak dan hanya mampu menjawab ... ‘let it pass first’. Apa prinsip DAP dalam perkara ini?

DAP mendakwa mereka menentang Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS Hadi Awang. Tetapi apabila PKR dan PPBM secara terbuka mengisytiharkan untuk menyokong, DAP tidak pula menghentam mereka mahupun memutuskan hubungan. Apa prinsip DAP dalam perkara ini?

Selama berdekad lamanya DAP menganggap Dr Mahathir sebagai seorang diktator yang telah menghancurkan demokrasi dan merosakkan negara. Tetapi sekarang lain pula. Mereka bukan saja telah bersekongkol malahan DAP sedang sedaya upaya mensucikan dosa Dr Mahathir. Apa prinsip sebenar DAP?

Sekarang MCA dan Presidennya telah berani membuat kenyataan rasmi tentang pendirian mereka tentang dakwaan US DoJ, Tony Pua dan DAP bila lagi?

No comments: