Saturday, June 24, 2017

UMNO BONGKAR APA ITU WSJ


Di dalam kenyataan rasmi media Ketua Penerangn UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa yang mengulas apa itu sebenarnya The Wall Street Journal (WSJ), beberapa perkara penting perlu kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu khususnya memberi perhatian serius agar tidak mudah terpesong dan terpengaruh dengan strategi jahat mereka.

Di antaranya;

1. WSJ adalah akhbar propaganda Israel yang sejak beberapa dekad telah mencuba dan mencuba untuk mengguling kerajaan pimpinan UMNO yang jelas terdiri daripada pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam.

2. Strategi WSJ adalah dengan mengutuk pemimpin UMNO dan sentiasa akan berpihak kepada blok pembangkang sejak 19 tahun yang lalu.

3. WSJ akan membuat berita palsu serta pembohongan yang bermotifkan politik dan penyelewengan. Kini tokoh-tokoh Amerika Syarikat telah mengesahkan yang mereka akan merekacipta dan menjual berita palsu.

4. Setelah terbukti berita yang diterbit dan disebarkan adalah palsu, WSJ tidak sekali-kali akan meminta maaf malahan akan mencuci tangan mereka saja.

5. Senator Demokrat terkenal, Al Franken telah dengan terang menyelar WSJ yang dianggap sebagai kaki spin dan memutar-belitkan isu dengan sengaja.

6. The Huffington Post menuduh WSJ sengaja membuat gambaran salah dengan maklumat yang juga sengaja diselewengkan untuk mencetus peperangan dan sekatan ekonomi ke atas sesebuah negara.

7. Pusat Kemajuan Amerika juga menuduh WSJ sengaja menyebar maklumat salah.

8. Bagi Majalah Salon pula, WSJ akan membuat 'character assassination' ke atas nama baik sesiapa saja yang tidak ingin tunduk kepada kehendak mereka.

9. Ray Dalio Ketua Bridgewater iaitu pelindung nilai dana terbesar dunia mencirikan laporan putar-belit WSJ adalah disengajakan dan ia seperti satu wabak penyakit yang mementing sensasionalisme dan komersialisme.

10. Di Amerika, tiada siapa mampu menghalang cetakan dan sebaran berita-berita palsu sepertimana yang ditulis WSJ. Ia adalah satu industri yang beroperasi tanpa kawalan kualiti atau pemeriksaan kuasa.

Berikut adalah kenyataan penuh Tan Sri Annuar Musa;
KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA.


Wall Street Journal (WSJ) telah berusaha untuk menggulingkan kerajaan pimpinan UMNO sejak beberapa dekad - kini tokoh-tokoh Amerika Syarikat (AS) menyatakan WSJ menjual berita palsu.

Selama beberapa dekad, Wall Street Journal telah menyerang kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam menepis dan menapiS berita palsu, pembohongan bermotivasi politik dan penyelewengan yang diterbitkan oleh WSJ.

Akhbar propaganda Israel itu menyasarkan kerajaan pimpinan UMNO yang mengambil-alih tampuk pimpinan di Malaysia.

WSJ telah mengutuk kerajaan pimpinan UMNO kerana menyokong pembangunan orang Melayu serta kaum-kaum lain di negara ini.

WSJ berhasrat mengenakan agenda ekstremis sekular liberalnya sendiri di Malaysia, dan telah memperlihatkan pilih kasih yang terang- terangan terhadap pembangkang semenjak sekurang-kurangnya 19 tahun yang lalu.

WSJ juga merupakan penyokong tegar peperangan haram Iraq yang telah menghancurkan Timur Tengah, memusnahkan sebuah negara, menyebabkan
beratus-ratus ribu kematian dan bertanggungjawab secara langsung terhadap kebangkitan Daesh.

WSJ sama sekali tidak bertanggungjawab dan tidak mahu dipersalahkan akibat penyebaran berita palsunya itu.

Malangnya, ramai orang di seluruh dunia tidak menyedari hakikat siapa WSJ yang sebenarnya. Tetapi Malaysia tidak bersendirian dalam mengetahui
bahawa WSJ tidak boleh dipercayai. Ramai orang Amerika juga sudah mengenalinya.

Senator Demokrat terkenal, Al Franken, telah menggambarkan WSJ sebagai "sengaja mengelirukan" dan merujuk kepada "putar belit Wall Street Journal
yang norma.’
Putar belit ialah perkataan yang sering dikaitkan dengan WSJ.

Ini ialah corak yang sering ditonjolkan. The Huffington Post telah menuduh WSJ menerbitkan gambaran yang terang-terangan salah dan menyeleweng fakta "untuk mengalakkan peperangan dan sekatan.... yang akan membuatkan orang biasa kebuluran."

Pusat Kemajuan Amerika telah menuduh WSJ melakukan putar belit yang sengaja "atas sebab obsesi ideologi." Kumpulan pemikir terkenal dunia itu merujuk kepada "Wall Street Journal yang pernah dihormati satu ketika dahulu" sebagai melakukan "penyebaran maklumat salah yang disengajakan."

Bagaimanakah WSJ boleh melakukannya? Majalah Salon telah menuduh WSJ mencuba "untuk mencemarkan nama baik dan menyingkir sesiapa yang tidak dapat dikendalikannya."

Ketua Bridgewater, Ray Dalio, pelindung nilai dana terbesar dunia, turut memberi pandangan.

Dalio telah mencirikan laporan jurnal Wall Street sebagai penuh dengan putar belit yang disengajakan.

Beliau juga menyatakan WSJ ialah sebahagian daripada wabak berita palsu dan putar belit yang mengancam kesejahteraan masyarakat.

Beliau menyatakan bahawa: "Sensasionalisme dan komersialisme telah menggantikan ketepatan dan integriti kewartawanan sebagai objektif utama.

"Ramai, jika tidak majoriti, "wartawan" cuba menulis artikel yang mereka ingin tulis dan suka sesuaikan fakta-fakta ke dalam artikel tersebut daripada mengumpul fakta-fakta bagi melaporkan dengan tepat gambaran sebenar."

Bilangan wartawan sejati yang berusaha untuk menyampaikan maklumat tepat, katanya, "merupakan peratusan yang semakin mengecil daripada jumlah keseluruhan."

"Kegagalan untuk membetulkan masalah ini disebabkan oleh tiadanya pemeriksaan sistematik terhadap kualiti berita media.

"Rakyat Malaysia kadang-kadang terkejut apabila akhbar-akhbar AS boleh menyiarkan pembohongan, dan mereka sangka bahawa akhbar-akhbar itu akan dipaksa untuk menarik balik dan membetulkan  kesilapan atau fabrikasi tersebut.

Tetapi Dalio menyatakan bahawa di Amerika tidak seorang pun boleh menghalang pencetakan akhbar seperti WSJ. Akhbar boleh mencetak apa sahaja yang dikehendakinya.

"Berita media adalah unik kerana merupakan satu-satunya industri yang beroperasi tanpa kawalan kualiti atau pemeriksaan kuasa. Media mempunyai kuasa tanpa kawalan yang besar sehingga orang-orang dan syarikat yang berkuasa pun takut untuk menentangnya, kerana tidak mahu terlibat dengan tuduh-menuduh.

"Dalio menuduh Bradley Hope, wartawan yang sering menulis mengenainya untuk WSJ, sebagai seorang yang mempunyai "sejarah menulis cerita mengelirukan" dan bergantung kepada "orang yang tidak berpuas hati secara berlebihan".

Ini termasuk ramai orang yang telah berusaha keras untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik.

Sudah tentu, WSJ gembira untuk mendekati mereka tanpa menghiraukan ketepatan atau kebenaran.

Seperti kata Dalio: Wartawan WSJ memilih "untuk tidak menyampaikan berita yang tidak sesuai dengan apa yang mereka ingin tulis".

Menjawab esei Dalio mengenai WSJ, seorang lagi ahli perniagaan Amerika menyifatkan akhbar itu sebagai "cuba untuk menjadi program realiti lebih daripada organisasi berita."

Itu mungkin menyeronokkan jika pembohongan dan penyelewengan tidak memberi kesan.

Terlalu ramai orang percayakan berita palsu.

Sudah terlalu lama WSJ menjaja berita palsu mengenai Malaysia yang dibekalkan oleh individu demi kepentingan diri sendiri.

 Individu itu sanggup melihat negara sendiri terjejas demi melayani kepentingan peribadi dan politik mereka.

Rakyat Malaysia harus mendengar suara rakyat Amerika yang tahu bahawa WSJ mengabaikan fakta dalam mengejar agenda politik partisannya sendiri.

WSJ telah menjadi saluran propaganda dan kenderaan untuk parti lawan memburukkan kerajaan Malaysia.

Sekarang rakyat Amerika telah mendedahkan WSJ sebagai penyebar berita palsu sebagaimana yang telah lama kita perkatakan, maka rakyat Malaysia tidak sepatutnya percayakan WSJ lagi.

 
TAN SRI ANNUAR MUSA
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA
23/06/17


Setelah mengetahui siapa disebalik The Wall Street Journal yang sah adalah Israel, UMNO dan kerajaan Malaysia tidak akan terlepas dari serangan mereka yang terkini disasarkan kepada PM Najib Razak.

Jika kita baca laporan WSJ mengenai Malaysia, tiada satu pun laporan yang akan memuji mahupun melaporkan kejayaan negara. Jelas, apabila Badan Kewangan Swiss FINMA mengumumkan untuk berhenti siasat UBS Group kerana mendapati tiada maklumat sahih untuk dikaitkan dengan masalah pengurusan kewangan 1MDB, WSJ enggan melaporkannya.

Apabila Xavier Justo membuat pendedahan yang Sarawak Report memutar-belitkan dokumen yang dicurinya, WSJ pusing untuk memburuk-burukkan Justo.

Ketika 1MDB telah mencapai persetujuan menyelesaikan kekeliruan urusan transaksi kewangan dengan Aabar Dubai, WSJ memutar dengan menimbulkan kesangsian kata sepakat ini dan terus menuduh duit 1MDB tetap telah dirompak dan diselewengkan PM Najib.

Serangan ini bukanlah kali pertama tetapi telah berlangsung untuk sekian lama. Dengan kepakaran dan kesungguhan pihak kerajaan yang diterajui UMNO dan PM Najib Razak, satu persatu laporan yang dikeluarkan WSJ mampu ditepis dan dijawab dengan fakta.

Kini kita tahu apa itu WSJ dan siapa di antara pemimpin di blok pembangkang yang sedang bekerjasama. Apakah kita akan membiarkan diri kita terus dipengaruhi mereka? Apakah kita ingin nasib masa depan negara menjadi seperti Iraq, Mesir dan Syria yang kini telah hancur dengan propaganda WSJ?

No comments: