Friday, June 30, 2017

RCI FOREX BNM KACAU DAUN SEHINGGA PEMBANGKANG TERPAKSA KITAR SEMULA ISU DOJ


Mungkin blok pembangkang terutamanya Dr Mahathir mengetahui yang kerajaan akan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya SiasatanDi Raja ke atas skandal kehilangan rezab Bank Negara dalam Forex ketika zaman Dr Mahathir adalah Perdana Menteri dan Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan. Kerugian Forex ini dikatakan terlalu besar sehingga mampu mencapai RM100 bilion.

Keputusan kerajaan ini nampaknya bakal kacau daun dan telah pun menimbulkan panik di blok pembangkang apabila Dr Mahathir yang sangat diperlukan mereka turut terlibat.

Perlu kita ingat, sebelum kerajaan bersetuju menubuhkan RCI, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat dan beberapa ahli politik telah dipanggil untuk memberi keterangan. Pasukan khas ini akhirnya telah kemukakan kepada barisan kabinet menteri laporan mereka. Kesimpulan yang mereka dapati adalah dua perkara utama yang menyebabkan RCI perlu ditubuh.

Pertama, jumlah sebenar kerugian Forex adalah lebih besar daripada apa yang dimaklumkan kepada kabinet menteri di zaman Dr Mahathir dan di Parlimen. Keduanya, terdapat elemen-elemen menyembunyikan fakta dan dokumen kehilangan rezab BNM ini.

Pada masa yang sama, BNM juga telah memberi jaminan untuk bekerjasama dengan RCI untuk menyalurkan maklumat sepertimana tertakluk kepada lunas undang-undang negara.

Oleh kerana nama Dr Mahathir dan Daim telah dikaitrapat dengan setiap transaksi Forex ini, maka blok pembangkang tidak ada pilihan lain melainkan menimbul isu terbaru dari pengumuman DoJ yang terbaru apabila dakwaan pertama mereka menemui kegagalan.

Namun, dengan kecekapan di pihak kerajaan, dakwaan terbaru DoJ pantas dipintas dengan pelbagai keraguan motif dan cara mereka membuat dakwaan. Jika benar yang terlibat adalah dana 1MDB dan 1MDB adalah mangsa, mengapa DoJ tidak sekali pun meminta butiran kehilangan dana dari mereka?

1MDB kini telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan dan hak milik penuh kerajaan Malaysia. Maka, mengapa DoJ US tidak pernah menghubungi kerajaan untuk mendapatkan maklumat? 1MDB telah disiasat rapi oleh SPRM, Bank Negara dan juga pihak polis serta termasuklah PAC yang dianggotai ahli parlimen pembangkang.

Kesemua laporan kini berada di pejabat Peguam Negara. Mengapa pejabat Peguam Negara tidak sekalipun dihubungi DoJ jika benar mereka ingin menyelesaikan yang berkaitan 1MDB?

Segala persoalan di atas tidak mampu dijawab pihak pembangkang mahupun Dr Mahathir kerana jawapannya mudah... tidak ada bukti! Namun, kehilangan rezab BNM kerana Forex, terdapat bukti nyata dan bukan lagi satu permainan persepsi mahupun andaian.

Siasatan rapi ke atas kehilangan rezab BNM ini juga telah dijadikan bahan politik Lim Kit Siang di dalam kempen pilihanraya. Anwar juga menggunakan isu yang sama agar Dr Mahathri disiasat rapi.

Oleh itu, apakah tidak terjawab soalan yang dilontarkan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa?

No comments: