Monday, April 03, 2017

CUBAAN BERITA 'APRIL FOOL' RBA TIDAK JEJASKAN MCA LANGSUNG

RBA kembali mengganas dan setelah dikatakan yang DAP sedang rekrut 500 ahli baru, cubaan April Fool mereka untuk menggugat kredibiliti kepimpinan dan ahli-ahli MCA tidak tergugat malahan tidak terjejas langsung. Selalunya ramai akan berhati-hati dengan kedatangan 1 April yang sinonim dengan pelbagai usikan untuk mengena rakan-rakan mereka, tapi DAP sedang mencuba dengan berita palsu yang direka oleh Red Bean Army (RBA) dalam misi propagandanya.

Berita yang tersebar di Whatsapp dan Facebook kononnya MCA telah meninggalkan Barisan Nasional (BN) yang bertepatan pada hari 'April Fool'. Manakala pada awalnya portal berita pro-pembangkang FMT telah memetiknya tetapi apabila link yang dikaitkan dengan berita tersebut, yang ada hanyalah '404 error' yang memberi maklumat - 'the page you are looking for does not exist' dengan membawa maksud yang artikel ini telah dikeluarkan dari
berita mereka.

Artikel yang dikatakan sebagai berita tergempar ini jelas sebagai berita palsu apabila penulis RBA ini hanya mengguna namanya sebagai Neo Tar Pean dan di dalam bahasa cina 'Tar Pean' bermaksud tandas besar atau najis manakala 'Neo' mungkin dimaksudkan sebagai baru.

Didalam artikel yang panjang bertarikh 31 Mac 2017, mereka menulis bahawa Presiden MCA Dato 'Sri Liow Tiong Lai telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dengan serta-merta dan Jawatankuasa Pusat kononnya mengarahkan pemimpin lain dalam kerajaan untuk turut melepaskan kedudukan mereka dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian, MCA menganggap keahlian mereka secara otomatik terbatal.

Tanpa membaca lanjut, kita tahu ini adalah berita palsu yang sengaja direka bukan sahaja untuk merosakkan kerjasama antara parti-parti komponen BN tetapi turut memberi peluang kepada netizen untuk mengutuk MCA.


Rakyat Malaysia hari ini telah sedar dengan kehadiran propaganda DAP yang berbentuk berita-berita palsu dan dengan serta-merta seorang netizen telah berkongsi gambar Presiden MCA selaku Menteri Pengangkutan sedang berbincangan dengan Menteri India Suresh Prabhakar Prabhu di pejabatnya di India dan dalam rangka lawatan rasmi bersama PM Najib Razak.

Oleh kerana Datuk Liow kini berada di India, Timbalan Presidennya Datuk Wee Ka Siong telah mengarahkan SKMM untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap penyebar dan penulis berita palsu ini. Menyedari ia adalah berita palsu dan arahan dari MCA telah dikeluarkan, FMT pun menarik keluar artikel tersebut dengan serta merta.

Kandungan artikel RBA oleh Neo Tar Pean adalah jelas cuba untuk menimbulkan keraguan ke atas setiakawan UMNO dan MCA dengan mempersoalkan peruntukan jawatan menteri MCA yang kononnya dianggap sebagai tidak pernah dihargai.

Satu-satunya parti politik yang wujud sejak kemerdekaan yang gemar mempertikaikan hak Melayu adalah DAP dan didalam artikel ini juga, mereka sekali lagi membangkitkannya. Topik kegemaran mereka untuk mengutuk MCA adalah isu pendidikan Cina di mana DAPlah sepatutnya malu untuk mempersoal keazaman MCA yang dari awal lagi telah berjuang untuk SJKC sehingga terbinanya UTAR manakala DAP pula sekadar pandai menyalak tanpa berbuat apa-apa.

DAP sering mencabar MCA untuk meninggalkan BN jika Umno dan PAS RUU355 bersama-sama membawa usul ini ke Parlimen tetapi artikel ini sememangnya silap apabila BN telah bersetuju secara bulat suara yang hanya PAS saja yang akan membentang cadangan ini sebagai usul persendirian. Konsensus yang dibuat bukan saja melibatkan MCA tetapi termasuk UMNO juga.

Hakikatnya DAP yang kini sedang melarikan diri dari cabaran mereka sendiri dan cuba mengalihkan perhatian rakyat untuk terus menipu masyarakat Cina sepertimana mereka telah berbohong dalam isu hudud.

Oleh kerana artikel itu adalah satu fitnah yang tidak boleh dikompromi dan mampu menggugat keharmonian di dalam BN khususnya dan negara amnya, SKMM perlu mengambil tindakan yang serius walaupun kepada mereka yang menyebarkannya. Ia jelas satu propaganda songsang oleh DAP melalui kumpulan RBA mereka yang kini telah mula mengganas semula menjelang PRU14.

No comments: