Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan begitu jugalah pemandu-pemandu lori yang mencuba pelbagai taktik untuk mengelak dari ditahan SPAD ketika mengadakan operasi.
Dalam Ops Hippo yang dijalankan di kawasan Puchong Perdana, sebanyak 23 lori ditahan atas pelbagai kesalahan dan operasi bersepadu kali ini
dijayakan lapan pegawai dan 64 anggota termasuk pasukan polis daripada
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya. Sebanyak 24 kes dicatatkan sepanjang operasi itu dijalankan sejak jam 9 pagi dan berakhir enam jam kemudian.
Kesalahan-kesalahan lazim yang sering dilakukan mereka adalah membawa lebih muatan, membawa
lebih muatan panel sisi, halangan dan gagal mengemukakan lesen
pengendali. Pihak SPAD telah menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung kegiatan
pengusaha lori yang membawa muatan berlebihan di kawasan Puchong sehingga
menyebabkan jalan rosak teruk.
Ketua
Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad telah
mendedahkan taktik-taktik pemandu lori yang tidak bertimbang rasa lori sehingga ada yang
sengaja membuang lebihan muatan dan selalunya tanah di atas jalan sehingga membahayakan
nyawa pengguna yang berada di belakangnya. Terdapat juga segelintir
pemandu lori yang diarah melakukan pemeriksaan akan memandu kenderaan
mereka menggunakan gear tinggi sehingga menyebabkan enjin kenderaan
mengalami kerosakan.
Jangan ingat pemandu-pemandu lori ini boleh mengelak setiap masa kerana dengan kecekapan SPAD, nombor
pendaftaran kenderaan akan dicatatkan untuk siasatan dijalankan sebelum
pemandunya didakwa di mahkamah. Walaupun mereka tidak
didakwa di mahkamah, pihak SPAD tetap akan mengambil tindakan pentadbiran
dengan membatalkan serta menggantung lesen mereka.
Tetapi jika tertangkap dan sekiranya disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman
mengikut Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana melanggar
peraturan dengan membawa muatan melebihi berat yang ditetapkan yang memperuntukkan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000
atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sememangnya kerjasama dari penduduk Puchong juga dialu-alukan bagi membanteras sikap pemandu-pemandu lori yang tidak bertanggungjawab ini disamping penguatkuasaan SPAD yang melakukan operasi pada waktu-waktu tertentu.
No comments:
Post a Comment