Semenjak tragedi Genting Highlands September tahun lalu, timbul kesedaran rakyat terhadap keutamaan dan pentingnya keselamatan jalanraya. Kesedaran ini menjadi baik apabila rakyat mengambil tahu mengenai keselamatan tetapi ia akan menjadi buruk apabila dibanjiri dengan persepsi-persepsi yang salah terutama ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba eksploit dan dijadikan isu-isu berkepentingan politik.
Pihak-pihak berkuatkuasa terutama SPAD sering dijadikan target pihak-pihak tertentu apabila terjadi satu-satu kemalangan terutama apabila melibatkan kehilangan nyawa.
Beberapa insiden kemalangan bas semenjak Januari 2014 adalah;
Pihak-pihak berkuatkuasa terutama SPAD sering dijadikan target pihak-pihak tertentu apabila terjadi satu-satu kemalangan terutama apabila melibatkan kehilangan nyawa.
Beberapa insiden kemalangan bas semenjak Januari 2014 adalah;
- 17 Januari 2014 di Km 217.5 Lebuhraya Utara Selatan -Taiping : 2 cedera parah (pemandu dan penumpang)
Kejadian : Pemandu bas ekspres cuba mengelak daripada terlanggar sebuah kereta, menyebabkan bas terbabas merempuh penghadang tepi lebuh raya sebelum terhumban
ke dalam longkang.
- 19 Januari 2014 di Km 107.5 PLUS Highway-Yong Peng : 3 kematian dan 15 cedera
Kejadian : Pemandu yang tiba-tiba hilang kawalan.
- 26 Januari 2014 di Riam Road, Miri :1 kematian (pemandu bas)
Kejadian : Bas tergelincir dan merempuh tebing jalan
- 17 Februari 2014 di Membakut-Papar, Kota Kinabalu : 6 cedera
Kejadian : Pemandu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh
- 24 Februari 2014 di Tuaran, Kota Kinabalu : 2 kematian (kereta)
Kejadian : Bas ekspres merempuh kereta ketika membuat U-turn
- 2 Mac 2014 di Km 10.9 Lebuhraya KL-Putrajaya : 1 kematian (pemandu bas)
Kejadian : Pemandu hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar tiang lampu.
- 17 Mac 2014 di Km 301.5 Lebuhraya PLUS Gopeng, Gua Tempurung : 1 kematian (pemandu bas), 2 cedera
Kejadian : Pemandu hilang kawalan dan merempuh penghadang tepi lebuh raya itu sebelum terjunam ke dalam gaung
- 23 Mac 2014 di Batu 27, Off Jalan Labuk Road, Sandakan, 1 kematian (kereta)
Kejadian : Kereta bertembung dengan bas
- 24 March 2014 di Kg.Nandin, Hulu Langat : 1 kematian (penumpang - pelajar), 4 cedera
Kejadian : Brek bas sekolah kemungkinan gagal berfungsi
- 30 March 2014 di Km 164 Lebuhraya PLUS -Jawi, Pulau Pinang : 14 cedera
Kejadian : Pemandu gagal mengawal kenderaan selepas pacuan 4 roda memotong
- 12 April 2014 di Km 26.8 PLUS Expressway-Kulai : 8 cedera
Kejadian :
- 12 April 2014 di KM11 Off Jalan Bentong-Raub, Bentong, Pahang : 3 kematian, 65 cedera
Kejadian : Bas memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh.
Jika dilihat kejadian kemalangan bas semenjak Januari 2014, kelajuan merupakan punca kemalangan dan ini melibatkan pemandunya. Banyak di antara kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya pemandu mengutamakan had laju yang ditetapkan.
Menurut Tan Sri Syed Hamid Pengerusi SPAD pula, kemalangan bas dua tingkat di Bentong tidak sepatutnya berlaku kerana syarikat pengendali bas ekspres itu iaitu syarikat Konsortium Transnasional Berhad (KTB) mempunyai sistem navigasi berteknologi tinggi yang berupaya mengenalpasti kenderaannya yang dibawa melebihi had laju atau jika ada sebarang masalah lain.
Sistem ini juga difokuskan terhadap bas bertingkat yang melalui kawasan bercirikan cerun dan bukit kerana memerlukan kecekapan memandu yang tinggi.
Pada masa yang sama juga, berikutan tragedi bas di Tanah Tinggi Genting tahun lalu, pihak SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi. Pekeliling berkenaan memberi penekanan serius kepada aspek keselamatan kenderaan yang beroperasi di tanah tinggi.
Selain itu, Pekeliling mengenai SPAD ICOP-Keselamatan juga telah dikeluarkan pada 9 September 2013 yang mengkehendaki pengendali bertanggungjawab memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.
Sahingga kini, sebanyak 2,300 syarikat pengendali bas telah menghadiri latihan SPAD ICOP–Keselamatan yang telah dijalankan sejak Disember 2012. SPAD juga telah mengaudit 24 syarikat bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalanraya dan telah menggantung sebanyak enam lesen pengendali dan membatalkan dua permit pengendali yang didapati bersalah atas kesalahan di bawah SPAD ICOP-Keselamatan dan APAD 2010.
Pihak syarikat pengendali pula seharusnya memperhebatkan sistem keselamatan dan memantau latar belakang pemandu di mana jika setiap kemalangan yang berlaku tidak menolak kemungkinan berpunca daripada kecuaian pemandu.
Apabila arahan, pesanan dan peringatan diberikan pihak SPAD kepada syarikat-syarikat pengendali bas ini tidak diambil serius, diharap jangan ada di antara kita yang cuba membantah dan mempersoalnya pula kerana tindakan tegas terhadap pengendali bas yang terbabit adalah di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan tidak perlu dikompromi lagi.
No comments:
Post a Comment