Kita telah diajar generasi kita dahulu agar mengamalkan budaya bersopan-santun demi kesejahteraan hidup bermasyarakat di dalam pelbagai kaum, bangsa dan agama.
Lihat saja budi bahasa di kalangan rakyat kita hari ini, apakah nilai-nilai sopan dan hormat samada di kalangan muda ataupun dewasa masih dikekalkan?
Jika kita lihat perbincangan-perbincangan dan tutur kata di media sosial samada dari kenyataan pemimpin-pemimpin politik dan komen-komen rakyat biasa, sungguh menyedihkan dan segala kata-kata nista ditulis tanpa ada kesopanannya.
Mata pelajaran budi perlu diwujudkan di sekolah dan institusi
pengajian tinggi (IPT) bagi memastikan rakyat negara ini bertamadun dan
mengamalkan nilai murni serta sahsiah budaya yang disegani.
Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr.
Rais Yatim berkata, perkara itu penting kerana masyarakat kini dilihat
semakin hilang punca terutama dalam aspek berkaitan budaya dan budi
bahasa.
'Kita ambil contoh berkaitan kematian, ada sesetengah pihak yang tidak tahu bagaimana bentuk bahasa yang hendak digunakan, mereka sewenang-wenangnya guna perkataan kesat dan tidak disenangi masyarakat lain.
Masalah ini berlaku disebabkan kurangnya aspek pendidikan berkaitan
budi bahasa dalam kalangan masyarakat yang jika tidak dilakukan sesuatu
pada hari ini, tamadun Malaysia pasti akan hilang.
Penting bagi kita mengajar masyarakat di negara ini tentang
perlakuan bahasa yang betul dan sopan serta mendidik mereka untuk
mempunyai nilai-nilai tinggi dalam hidup' katanya.
Memilih budi kerana penting dalam masyarakat. Di UIAM sendiri
kita menggunakan perkataan ilmu dan budi yang diterapkan di dalam diri
setiap warga universiti ini.
Ingatlah, rukunegara kita yang ke 5... KESOPANAN DAN KESUSILAAN, apakah kita masih menghormati Prinsip2 Rukunegara sebagai rakyatnya?
No comments:
Post a Comment