Monday, June 30, 2008

ALI RASTAM SELAYAKNYA BERDEBAT DENGAN ANWAR


MELAKA 28 Jun, Utusan Malaysia - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek digesa membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan DSAI berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.

"Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak," katanya.


Deep Tots:


Menteri Penerangan digesa oleh Ali Rustam untuk tidak berdebat dengan DSAI. Kemungkinan beliau ingin menyatakan kepada rakyat yang beliau sepatutnya dan selayaknya untuk berdebat. Dengan segala hormatnya, rakyat Malaysia menjemput Datuk Ali Rastam selaku Ketua Menteri Melaka mewakili kerajaan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi mewakitli parti memerintah untuk berdebat. Rakyat semua akan memberi sokongan padu mengalu-alukan perdebatan ini.

Kenapa perlu takutkan? Bukankah perdebatan merupakan perbincangan dan cetusan ide-ide berdasarkan fakta. Apa silapnya berdebat?

Satu lagi cadangan perdebatan ini, harus mengguna bahasa antarabangsa. Logiknya ini berkaitan masalah dunia amnya. Ada terma-terma yang mudah disalahtafsir sekiranya diterjemah ke Bahasa Malaysia. Datuk Ali boleh ke?

Kebebasan bersuara Ali Rastam ialah... 'Aku cakap kau diam' dan 'Aku terang kau jangan soal'.

Kebebasan bersuara rakyat pula... 'Engkau cakap, kami dengar tapi kalau kami tak faham kami akan tanya, kalau kami tak pasti tolong jelaskan dan kalau kami ditipu... KAMI PROTES!!

Sekiranya benar hasrat Ali Rastam untuk berdebat dengan DSAI, UMNO pasti tidak akan malu mempunyak tokoh pemimpin yang selayaknya sebagai Naib Presiden. What say you Datuk Ali?

The debate -- "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak (Form the government today, reduce oil price tomorros) -- scheduled for July 15 at Dewan Bahasa dan Pustaka. Jangan ketinggalan!

Other links:
Ali Rustam Says RTM Should Not Air Ahmad Shabery-Anwar Debate - Bernama

Anwar and Ahmad Shabery to duel over fuel - Malaysia Insider

No comments: