Thursday, November 17, 2016

MRT LALUAN 1 IKUT JADUAL PEMBINAAN, MULA OPERASI 16 DISEMBER


Di bawah seliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) projek MRT Lembah Klang (KVMRT) laluan 1 yang bermula dari Sungai Buloh ke Kajang telah berjaya dilengkapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan kerajaan dan akan mula beroperasi pada 16 Disember nanti.

Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan yang SPAD telah berjaya melakukan tugas mereka dengan sangat baik memenuhi amanah yang telah diberikan kepada pengurusan agensi ini.

Memandangkan projek KVMRT ini adalah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia, ia adalah di antara senarai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang mampu mendorong kecekapan pengangkutan awam di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

KVMRT Laluan 1 bermula di Sungai Buloh dan melalui Kuala Lumpur sehingga ke Kajang. Laluan sepanjang 51km ini juga melalui 31 stesen, di antaranya stesen bertingkat dan bawah tanah. Penumpang juga akan dapat menikmati kekerapan tren setiap 3.5 minit dan pengumuman tambang yang sangat berpatutan akan diumumkan setelah mendapat kelulusan kabinet tidak lama lagi.

Pihak pengurusan KVMRT jug akan menyediakan sebanyak 120 buah bas perantara (feeder bus) yang akan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen dari stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan.

Dianggarkan kira-kira 400,000 penumpang akan mengguna laluan MRT Sungai Buloh - Kajang sebaik sahaja laluan Fasa Laluan 1 ini mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017. Di samping itu, apabila laluan MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) mula beroperasi pada tahun 2022, dianggarkan 529,000 pengguna akan menggunakan laluan tersebut setiap hari.

Rakyat akan terus menikmati manfaat dari kemudahan pengangkutan awam darat yang dirancangkan kerajaan. Malahan ia juga akan mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat apabila nilai hartanah yang begitu ketara terutamanya di kawasan yang terdapat stesen-stesen MRT nanti.

Untuk maklumat lanjut berkenaan projek MRT, klik di sini

Wednesday, November 16, 2016

DATUK LIOW : DAP GEMAR BERPERANGAI SEPERTI LAMPIN PAKAI DAN BUANG


Amalan kepentingan politik DAP ternyata gemar mengguna orang lain dan sekiranya tidak memenuhi kehendak mereka lagi, mereka akan disingkirkan sama seperti mengguna lampin yang setelah diguna, segala najis dan kekotoran melekat, ia terus dicampakkan jauh malahan ia perlu dihapuskan. Itulah perangai dan amalan DAP dari dahulu sehingga sekarang.

Suatu ketika DAP menyanjung tinggi PAS sebelum parti Islam ini dicampak dari pakatan pembangkang dan kini setelah dikuburkan Pakatan Rakyat, mereka beralih kepada Parti Amanah Negara yang terdiri daripada serpihan pemimpin-pemimpin PAS yang kecewa kerana kalah didalam pemilihan parti PAS.

Kini DAP telah menjalin hubungan dengan parti serpihan UMNO pula, yang diterajui Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Dr Mahathir telah keluar dari UMNO untuk kali ketiganya manakala Muhyiddin telah dibatalkan keahlian UMNOnya kerana melanggar displin parti. Drama kerjasama DAP dengan PPBM, kononnya adalah untuk meniru kerjasama parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.

Namun ia bakal tinggal sebagai sebuah drama memandangkan parti-parti pembangkang ini tidak pernah ada persamaan melainkan hasrat untuk merampas kuasa dari parti pemerintah BN. Kebersamaan mereka hanya sekadar untuk mengguna satu sama lain untuk kepentingan agenda politik masing-masing. Tidak pernah wujud keikhlasan dan persefahaman jitu di antara mereka. Ia hanyalah seperti satu 'mission impossible' untuk ketepikan perbezaan masing-masing untuk mewujudkan satu blueprint bersama, apatah lagi untuk bersama-sama bermimpi mentadbir negara.

Mengamalkan sikap 'guna dan buang' ini, parti Dr Mahathir juga bakal menerima nasib sepertimana yang telah DAP lakukan terhadap PAS tetapi bukan kerana prinsip yang berbeza tetapi PPBM dilihat gagal berfungsi dan kurang berkesan.

Survival sesebuah parti politik bergantung kepada sokongan rakyat. Pada pilihanraya ke13 lalu, 85% sokongan pengundi cina telah beralih kepada DAP dan termasuklah pakatan pembangkang yang hanya memberikan 7 kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN kepada MCA untuk perjuangkan hak bangsa cina. Apakah ia berkesan kepada bangsa cina dengan sokongan yang sangat tipis ini?

Malah, dengan sokongan bangsa cina yang 85% kepada DAP yang memberi mereka 38 kerusi parlimen dan 95 kerusi DUN, DAP gagal bersuara untuk isu pendidikan cina dan tidak pernah serius dalam menangani hak rakyat cina. DAP akan letak segala kesalahan kepada MCA. Malahan kini DAP mengaku yang mereka tidak boleh tumpu hanya untuk bangsa cina kerana parti mereka sekarang adalah untuk pelbagai kaum. Di mana logiknya, apabila DAP terlalu bergantung kepada undi bangsa cina tetapi tidak ingin berkhidmat untuk bangsa yang telah beri kemenangan kepada mereka?

Lihat saja apa yang telah dilakukan pembangkang di negeri-negeri tawanan mereka di Pulau Pinang dan Selangor.

Di Pulau Pinang, kerakusan dan kegagalan DAP menjaga ecosistem negeri sehingga menyebabkan banjir kilat tanpa henti-henti akibat daripada kegagalan pengurusan tanah runtuh, manakala di Selangor yang sibuk berebut jawatan Menteri Besar dengan drama 'Kajang Move' mereka tetapi telah gagal membela nasib rakyatnya sehingga krisis air sering berulang-ulang tetapi menyelesaikannya dengan cerita-cerita sensasi politik saja.

DAP dan rakan-rakan sepakatannya ternyata lebih pandai bercakap daripada bijak mengurustadbir negeri. Akhirnya, rakyat yang memberi undi kepada mereka yang menanggung segala penderitaan. Apakah bangsa cina juga ingin dijadikan politik lampin pakai dan buang DAP nanti?

Tuesday, November 15, 2016

AKHIRNYA PEMANDU BAS DALAM TRAGEDI TEROWONG MENORA DIDAKWA


Pasti kita masih ingat Tragedi Terowong Menora, di mana secara tiba-tiba bas itu yang dalam keadaan bahaya meluru merempuh kenderaan lain sehingga membahayakan nyawa penumpang dan pemandu lain. Tragedi ngeri ini berlaku pada 10 Julai lalu di waktu siang hari pada jam 2.45 petang di KM 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.

Tindakan-tindakang pantas yang telah diambil pihak SPAD, telah pun ditulis ... DI SINI dan DI SINI

Akhirnya, pemandu bas ekspres Qistina, Kadershah Sabaruddin, 51, didakwa dan jika disabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama yang memperuntukkan denda antara RM4,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjara sehingga 12 bulan. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 4 Januari depan. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvin Meng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Samada kecuaian pemandu mahupun syarikat bas ekspres yang terlibat, dua mangsa wanit telah cedera. Maka, susulan kejadian kemalangan itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen dan 26 permit bas syarikat Qistna Express Sdn Bhd, sehingga 13 Ogos lalu.

Pada masa yang sama, pihak SPAD juga telah menjelaskan peranan-peranan agensi yang terlibat apabila sesuatu kemalangan berlaku... penerangan lanjut boleh dibaca ... DI SINI

MCA : PEMBANGKANG CEMBURUKAN KEJAYAAN PM NAJIB DI CHINA


Bagi meningkatkan lagi hubungan Malaysia-China serta mengukuhkan perdagangan antara kedua-dua negara, lawatan rasmi Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak telah berhasil. Justeru ia adalah merupakan satu kebanggaan negara.

Sebanyak 14 MOU atau perjanjian persefaham perdagangan telah termeterai di antara kedua-dua negara di mana keseluruhan jumlah nilai pelaburan ialah sebanyak RM143.64 bilion. Ini adalah pencapaian tertinggi dalam sejarah kerjasama Malaysia-China. Di samping itu, negara China akan menyediakan pakej pembiayaan sebanyak RM55 bilion bagi pembinaan dan pembangunan projek Rail Pantai Timur (ECRL).

Sebenarnya projek ini telah pun dirancangkan sejak tahun 2007.

Lebih membanggakan apabila Perdana Menteri juga telah mendapatkan khidmat Jack Ma, seorang jutawan legenda China dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba. Jack Ma juga telah bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital kepada negara dan bersetuju untuk melancarkan Zon Perdagangan Digital yang pertama di dunia di Malaysia pada tahun depan. Kejayaan cemerlang ini bukan saja mampu meningkatkan semangat di kalangan mereka yang terlibat di dalam pembangunan ekonomi digital, malahan ia mampu membantu perniagaan digital Malaysia-China dengan lebih hebat lagi.

Malangnya, kesemua pencapaian ini telah diputarbelitkan demi cemburu dan nilai rendah politik pihak pembangkang seolah-olah kedaulatan negara bakal tergadai kepada negara China. Tiada siapa pun seharusnya memandang remeh dan tidak menghargai usaha kerajaan dalam mencapai kejayaan besar pelaburan asing dan meningkatkan jumlah perdagangan antarabangsa.

Satu hakikat yang perlu kita terima adalah negara China merupakan enjin ekonomi dunia sekarang dan tidak ada satu negara di dunia ini yang akan melepaskan peluang untuk berdagang dengan mereka. Tetapi demi politik pembangkang yang ingin memperkecilkan kejayaan Barisan Nasional sehingga terpaksa merendahkan nilai mereka untuk memutarbelitkan fakta dan menuduh yang kerajaan kepimpinan PM Najib telah menjejaskan kedaulatan negara dalam perdagangan dengan negara China ini.

Sesuatu yang tidak akan didedahkan pihak pembangkang ialah apabila Selangor dan Pulau Pinang juga telah bersusah-payah melobi untuk mendapatkan pelaburan dari negara China sehingga pencapaian mereka dijadikan ukuran keupayaan indeks prestasi tadbir urus baik mereka. Tetapi apabila BN berjaya memperolehi satu kejayaan yang sangat besar dan melebihi daripada mereka, ia dianggap sebagai sesuatu yang mencurigakan. Kepura-puraan pembangkang ini adalah satu keterlaluan.

Malahan taktik pembangkang ini mudah untuk kita ketahui. Apabila prestasi ekonomi kerajaan BN lebih baik, ini bermakna ia adalah satu tamparan hebat kepada mereka dan perlu diperlekeh dan diragui untuk dijadikan modal politik pembangkang sahaja. Oleh itu, setiap pencapaian PM Najib mendapatkan pelaburan asing perlu dalam setiap usaha pembangkang, dikritik agar rakyat turut meraguinya.

Rakyat Malaysia perlu ingat yang PM Najib mewarisi legasi politik bapanya Tun Abdul Razak. Beliau telah berjaya melakukan satu misi yang terpuji untuk hubungan Malaysia-China. Malahan ia merupakan satu keputusan tepat. Hubungan rapat di antara beliau dengan Presiden China H.E. Xi Jinping dan Perdana Menteri H.E. Li Keqiang, telah menjadikan hubungan Malaysia-China di tahap yang paling terbaik di dalam sejarah negara. Justeru, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan Perdana Menteri ini.

Kini rakyat Malaysia yang bukan berbangsa cina pun berminat untuk menjalin perdagangan dengan negara China. Jelas kini yang rakyat Malaysia pasti akan menolak dengan terserlahnya niat buruk politik pembangkang di dalam kritikan anti-China mereka.

 

Sunday, November 13, 2016

DATUK WEE : SUNTIKAN SEMANGAT 'TRAIN TO BUSAN' UNTUK PEMUDA MCA


Baru-baru ini, filem Korea 'Train to Busan' telah menjadi tontonan kegemaran rakyat Malaysia dan di antara adengan yang dijadikan suntikan semangat ketika menyampaikan ucap utama Datuk Wee Ka Siong ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda MCA adalah bagaimana beberapa karakter lakonan dalam mengatasi suasana yang terancam.

Datuk Wee menyebut di antaranya, seperti Ma Dong-Seok, seorang suami yang sentiasa menjadi orang pertama untuk bertindak dan pada masa yang sama bersabung nyawa untuk selamatkan isterinya yang sedang sarat mengandung; Gong Yoo pula adalah ayah yang akan lakukan apa saja untuk anak perempuannya; manakala Choi Woo-Shik, pemain baseball yang sanggup mengorbankan nyawa demi peminat setianya dan tidak ketinggalan karakter seorang kakak yang pentingkan keselamatan adik dan berkorban untuk penumpang keretapi. Kesemua itu menyerlahkan semangat tidak mementingkan diri dan juga pengorbanan yang disifatkan Datuk Wee sebagai semangat sebenar 'Train to Busan'.

Inilah semangat yang sebenar yang diwarisi MCA dari nenek moyang sejak MCA ditubuhkan pada tahun 1949. Semangat seperti ini juga merupakan bukti nyata di antara MCA dan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli Pemuda MCA.

Pengorbanan pengasas Pemuda MCA, mendiang Dato’ Sim Mow Yu yang telah bertungkus-lumus memperjuangkan pendidikan Cina, semangat beliau terdapat di dalam cerita 'Train to Busan'. Tidak ketinggalan juga pemimpin seperti Tan Sri Lee Kim Sai, Datuk Seri Kee Yong Wee, Dato’ Yap Pian Hon, Tan Sri Chan Kong Choy, sehingga ke Tan Sri Ong Tee Kiat, dan sekarang Presiden MCA terkini, Dato’ Sri Liow Tiong Lai; kesemuanya mempunyai semangat dan karakter yang disebutkan. Mereka sentiasa tegas di barisan hadapan untuk negara dan bangsa apabila berhadapan dengan isu-isu yang mencabar sewaktu dengannya.

Sejarah telah menyaksikan yang pemimpin-pemimpin MCA terdahulu sentiasa memiliki semangat ini. Tun Tan Cheng Lock menubuhkan MCA dengan tujuan menggabungkan tenaga untuk membantu golongan yang memerlukan kerana enggan melihat bangsanya merana di kala zaman kesusahan. Beliau membantu dengan apa cara sekali pun dan beliau juga telah mewakili bangsa cina untuk memperjuangkan kemerdekaan di samping rakan-rakan yang berbangsa lain, menetapkan asas yang kuat bagi masyarakat cina untuk menikmati kewarganegaraan, pendidikan bahasa ibunda, kebebasan politik dan perdagangan serta hak-hak yang lain.

Begitulah berterusannya semangat 'Train to Busan' ini sehingga ke hari ini di mana MCA akan sentiasa ke hadapan dahulu dan masa berada walaupun di saat yang terakhir untuk menyelesaikan apa saja isu yang menyentuh Perlembagaan Negara di dalam perlaksanaan hukum hudud sehinggakan Presiden MCA sanggup melepaskan jawatannya di dalam kerajaan. Datuk Wee juga menyokong keputusan Presiden tanpa kesal dan merungut, demi kelangsungan bangsa, masyarakat dan negara. Tetapi bukan DAP!

Di kala MCA berhadapan dengan keadaan susah dan getir apabila masyarakat cina hampir menyingkirkan mereka, Datuk Wee menasihatkan agar jangan sekali-kali visi MCA dihentikan malahan membela rakyat perlu diteruskan sepertimana si suami yang berani Ma Dong-Seok di dalam Train to Busan, yang pertama berdiri tegak dan bertanggungjawab ketika cabaran getir di waktu ini.

MCA perlukan pemuda MCA yang bersemangat Ma Dong-Seok di barisan hadapan bersama-sama Presidennya yang tidak gentar berhadapan dengan dugaan getir malahan terus memacu merempuh segala rintangan.

Satu karakter yang menepati sikap DAP adalah bos syarikat pengangkutan Kim Ui-Seong. Pada mulanya beliau seolah-olah ingin bersama-sama menyelamatkan nyawa penumpang keretapi tetapi oleh kerana keadaan semakin runcing, beliau telah mengguna segala tipu helah mengorbankan penumpang-penumpang lain demi kepentingan diri.

Begitu juga DAP, sebelum menyingkirkan PAS, mereka mengguna penyokong PAS semahu-mahunya sehingga sanggup membohongi masyarakat cina yang hudud tidak akan dilaksanakan. Apakah kita telah lupa bagaimana Liew Chin Tong mengatakan hudud adalah isu palsu MCA? Anthony Loke pernah berkata yang bukan Islam tidak perlu takutkan hukum hudud asalkan tidak mencuri dan merompak. Ngar Kor Ming sehingga sanggup membaca ayat al-Quran untuk membodek penyokong PAS.

DAP mentertawakan bantahan MCA terhadap perlaksanaan hudud tetapi apabila akhirnya apabila PAS berjaya meluluskan hukum hudud di Kelantan, DAP salahkan MCA dengan putarbelitnya. Bukankah sikap DAP ini serupa dengan karakter si tuan punya syarikat pengangkutan Kim Ui-Seong yang sanggup menipu orang lain demi kepentingan dirinya?

Jangan lupa pula, di akhir cerita Train to Busan, anak kecil yang bernama Kim Soo-Ahn, yang telah menyanyikan lagu patriotik di akhir perjalanannya menuju zon selamat yang berjaya menambat hati askar-askar Korea agar tidak melepaskan tembakan kepada beliau. Walaupun cerita tersebut berakhir di situ, Datuk Wee yakin yang masih ramai yang terperangkap yang masih hidup dan mereka perlukan bantuan.

Datuk Wee yakin bahawa ramai di antara ahli-ahli MCA seperti askar-askar yang tidak terkorban yang tidak akan melakukan perbuatan tidak beretika atau perbuatan melampau.

Ambillah iktibar dari cerita 'Train to Busan' ini untuk peroleh semula keyakinan dan sokongan rakyat dengan berpesan kepada mereka : MCA akan bersama-sama mereka mengharungi segala masalah dan ujian, untuk selama-lamanya!