Showing posts with label Ronald McDonald House Charities. Show all posts
Showing posts with label Ronald McDonald House Charities. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

SUKARELAWAN BERGANDING BAHU DENGAN MCDONALD'S



Kami telah menulis beberapa artikel yang menyentuh sumbangan McDonald's Malaysia kepada masyarakat yang kurang berkemampuan dan di antaranya;

JANGAN DIHALANG SUMBANGAN KEBAJIKAN #MCDONALD'S KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN  ... penerangan mengenai Ronald McDonald House Charities
(RMHC) yang sangat terkenal menyumbang untuk membantu kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di hospital-hospital sekitar Lembah Kelang.

PRIHATIN MCDONALD'S KEPADA RAKYAT MALAYSIA ... DI MANA DISALURKAN? ... menyentuh program-program kebajikan keutamaan Ronald McDonald House Charities (RMHC).

DI DALAM DIAM #MCDONALD'S MENYUMBANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA ... membuktikan kepada kita yang McDonald's Malaysia bukan sekadar entiti perniagaan yang membuat keuntungan tetapi komited membela nasib rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.



Di dalam menjayakan pelbagai program kebajikan untuk masyarakat, Ronald McDonald House Charities (RMHC) mengalu-alukan sumbangan kita sebagai sukarelawan. Rupa-rupanya ramai yang berminat dan ingin berganding bahu untuk menyertai program-program mereka tetapi mungkin tidak mengetahui untuk memohon.


Ikuti langkah-langkah di atas atau boleh terus ke... SINI, atau hubungi di...

Level 6, Bangunan TH, Damansara Uptown 3,
No 3, Jalan SS21/39,
47400, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
+603-7843 3388
(Ext 3229/3230)

Tahukah anda satu kajiselidik yang dijalankan oleh Amerika - Index Charities Aid Foundation (CAD) telah mengiktiraf Malaysia sebagai masyarakat paling aktif dan prihatin di dalam aspek kebajikan dan kesukarelawan di kedudukan ke 7 di antara 135 negara di dunia. Jelas sekali ia adalah satu pencapaian yang menunjukkan bukti kebaikan dan sikap murah hati rakyat Malaysia yang tidak teragak-agak untuk menderma dan memberi perhatian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

RMHC Malaysia adalah di antaranya dan di antara 300 RMHC seluruh dunia yang telah memberi kesan positif kehidupan dalam aspek kesihatan, pendidikan dan kebajikan melalui empat program terasnya iaitu RMH-PPUKM, Ronald McDonald Bilik deria, Ronald McDonald Gift daripada Smile dan Ronald McDonald Biasiswa.

Setiap pembiayaan program dijayakan oleh rakyat Malaysia yang bermurah hati dari semua lapisan dan kegigihan serta dedikasi sukarelawan. Sumbangan termasuklah juga di dalam bentuk pemberian pakaian dan sumbangan buku-buku di samping sumbangan tenaga dan derma.

Wednesday, April 20, 2016

PENDIDIKAN SEKOLAH ECAH - PELAJAR DIGILIS LORI, DITANGGUNG MCDONALD'S MALAYSIA


Cemuhan, fitnah yang dilempar serta kritikan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap McDonald's Malaysia sekali-kali tidak akan menghalang dan membantutkan usaha kebajikan syarikat makanan segera ini. Malahan bantuan seperti pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin yang layak sentiasa diteruskan dan pencarian pelajar ini dilakukan di setiap negeri di seluruh Malaysia pada setiap tahun.

Di bawah Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) yang dahulu dikenali sebagai Tabung Kebajikan Ronald McDonald Untuk Kanak-kanak Malaysia (RMCC), ia adalah sebuah badan kebajikan berdaftar dan NGO yang telah ditubuhkan pada 15 Februari 1990 bermatlamat untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik daripada aspek pendidikan, kesihatan dan sosial.

Ecah atau nama sebenarnya Siti Nuraisyah Syahrin telah mendapat perhatian McDonald's Malaysia untuk dijadikan anak angkat mereka. Tragedi malang yang dialami Ecah apabila kakinya putus digilis lori pasir pada awal tahun ini telah diberi tawaran biasiswa berjumlah RM5,000 untuk membiayai pembelajarannya dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Pelajar ini yang baru berusia 13 tahun telah hilang keupayaan apabila kedua-dua kakinya hilang telah diberi sinar harapan dan suntikan semangat dari RMHC turut menyumbang wang tunai berjumlah RM2,000, buku-buku sekolah bernilai RM300 serta baucar tunai McDonald's bernilai RM400 selama setahun.

Kepulangan Ecah ke Sabak Bernam telah diraikan McDonald's bersama-sama rakan-rakannya, ahli keluarga, guru dan kakitangan McDonald's Sungai Besar dan ia adalah sebahagain daripada tanggungjawab sosial syarikat. Ecah juga telah menerima buku-buku rujukan dan baucar tunai sumbangan McDonald's manakala wang tunai akan dimasukkan ke dalam bank Ecah.

Ecah hanyalah salah seorang daripada beribu-ribu kanak-kanak yang telah mendapat perhatian berterusan McDonald's. Adalah tidak adil sekiranya ada yang mengatakan McDonald's sekadar membuat keuntungan untuk perniagaan tanpa memberi perhatian kepada tanggungjawab sosial.

Di dalam pelbagai inisiatif, RMHC bermatlamat untuk mengukuhkan komitmen McDonald's membantu masyarakat dengan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak kurang bernasib baik.

Sejak 1990, sebanyak RM11 juta telah disalurkan untuk membantu kanak-kanak dari segi kesihatan, pendidikan dan kebajikan. Di antara inisiatif ini termasuklah Rumah Ronald McDonald di Pusat Perubatan UKM untuk kemudahan penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga mereka di mana lebih dari 600 keluarga telah menginap di sini dan RMHC telah membelanjakan sebanyak RM4.5 juta bagi menampung program ini.

Selain dari itu, RMHC telah membina Bilik Sensori Ronald McDonald dan lebih 5,000 kanak-kanak menggunakan kemudahan yang disediakan di 20 buah bilik di seluruh Malaysia yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan menggunakan peralatan multi deria khas.

Program Ronald McDonald 'Gift of Smile' yang pernah dilancarkan pula adalah untuk mengembalikan senyuman kanak-kanak yang dilahirkan sumbing bibir dan lelangit dan akibatnya mereka mengalami masalah pertuturan serta kesan-kesan psikologi. RMHC Malaysia akan membiayai sepenuhnya kos pembedahan dan pembetulan kanak-kanak ini dan bantuan ini tertumpu kepada golongan keluarga yang berpendapatan rendah.

Sejak program ini mula diperkenalkan pada 2004, lebih daripada 350 kanak-kanak telah menjalani pembedahan yang telah menelan belanja sebanyak RM3 juta.

Bagi program biasiswa Ronald McDonald yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pula, ia adalah bantuan kewangan bagi pelajar cemerlang dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Sehingga kini, lebih dari 500 pelajar telah mendapat manfaat dan bantuan yang diberikan berbentuk elaun untuk makanan, di samping sejumlah wang tambahan pada awal tahun untuk bayaran pengangkutan, pakaian seragam dan yuran sekolah.

Diharap rakyat Malaysia akan terus menyokong dan prihatin bersama-sama inisiatif McDonald's Malaysia dalam membantu lebih ramai kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan yang pastinya mampu mengurangkan beban mereka dan jangan pula ada yang cuba menghalang usaha murni ini.
 

Friday, February 19, 2016

PRIHATIN MCDONALD'S KEPADA RAKYAT MALAYSIA ... DI MANA DISALURKAN?

Kejayaan perniagaan McDonald's selama 33 tahun bukan sekadar berteraskan model perniagaannya semata-mata malahan program-program amal di dalam tanggungjawab sosial korporat juga menyumbang kepada kejayaan mereka. Menyedari ia adalah kejayaan bersama di antara syarikat, produk, kakitangan dan juga pelanggan, McDonald's Malaysia telah komit dalam usaha membantu masyarakat yang kurang bernasib baik terutama di kalangan kanak-kanak.

Di artikel lalu telah pun disentuh secara ringkas mengenai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan siri kempen dalam inisiatif mengumpul bantuan dan dana menerusi Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia dan salah satu daripada 4 fokus utama badan amal RMHC iaitu Rumah McDonald (RMH).

RHMC ditubuhkan pada 1990 dan inisiatifnya yang lain adalah program "Ronald McDonald Gift of Smile", Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Biasiswa Ronald McDonald di mana apsek kesihatan, pelajaran dan kebajikan adalah keutamaan program ini.


Ronald McDonald Gift of Smile

 
Ini adalah tajaan untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing. Bagi McDonald's, kanak-kanak istimewa sebegini perlu dikembalikan senyuman mereka semula dan sekiranya mereka tidak dirawat, maka mereka akan mengalami masalah pertuturan di samping kesan psikologi yang lain.

RHMC Malaysia akan membiayai sepenuhnya kos pembedahan dan rawatan pembetulan untuk kanak-kanak daripada golongan keluarga yang tidak berkemampuan. Pihak Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah memberi kerjasama penuh. Ada di antara kanak-kanak ini di rawat sehingga umur mereka 18 tahun di mana selepas pembedahan, mereka akan menjalani rawatan gigi, perkhidmatan orthodontics dan ada yang perlu menjalani sehingga terapi pertuturan pula.

Sejak program ini mula diperkenalkan pada 2004, lebih daripada 350 kanak-kanak telah berjaya untuk senyum dan bertutur seperti biasa setelah menjalani pembedahan dan rawatan pembetulan dengan perbelanjaan sebanyak RM3 juta.


Bilik Sensori Ronald McDonald
 

Menerusi Bilik Sensori Ronald McDonald, program ini membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan menggunakan peralatan multi deria khas yang didermakan kepada NGO. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau dalam suasana yang sangat selesa.

Sejak 1999, lebih daripada 5,000 kanak-kanak telah mengguna kemudahan yang disediakan di 20 buah bilik di seluruh Malaysia. Setiap bilik sensori ini memerlukan hampir RM90 ribu dan setakat ini sebanyak RM1.6 juta telah disalurkan.


Program Biasiswa Ronald McDonald 

 
Program biasiswa Ronald McDonald telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar cemerlang daripada golongan keluarga berpendapatan rendah. Program ini telah dilancarkan pada tahun 1997 dan pada mulanya ia hanya di sekitar Kuala Lumpur dan sekarang telah disalurkan ke seluruh Malaysia di mana di setiap negeri akan memilih 6 pelajar di peringkat sekolah menengah.

Pelajar yang mendapat kesemua 'A' di dalam keputusan peperiksaan PT3 dan SPM, mereka akan diberi voucer bernilai RM200 atau RM100 untuk berbelanja di restoran McDonald's.

Sehingga kini, hampir RM500 ribu disalurkan setiap tahun dan lebih dari 500 pelajar mendapat manfaat daripada RM2.6 juta di dalam program ini. Bantuan yang diberikan berbentuk elaun untuk makanan, di samping sejumlah wang tambahan pada awal tahun untuk bayaran pengangkutan, pakaian seragam dan yuran sekolah.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita juga mampu bersama-sama Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia menyumbang samada dengan kewangan
mahupun tenaga secara sukarela. RMHC mempelawa untuk menyertai sukarelawan dan boleh berdaftar ... DI SINI
 
Kepada mereka yang ingin menyalurkan bantuan selain dari kewangan pula, bolehlah dihantar terus ke Ronald McDonald House – PPUKM atau di pejabat:

Level 6, Bangunan TH,
Damansara Uptown 3,
No 3, Jalan SS21/39,
47400, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
E-Mail : rmhc@my.mcd.com
Tel : +603-7843 3388 (Ext 3229/3230)
Fax : +603 7843 3393

Monday, February 15, 2016

JANGAN DIHALANG SUMBANGAN KEBAJIKAN #MCDONALD'S KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN


Mungkin ramai di antara kita hanya mengenali McDonald's sebagai restoran yang menghidangkan pelbagai hamburger yang lazat untuk dinikmati bersama-sama keluarga. Pada masa yang sama McDonald's adalah sebuah organisasi yang sangat prihatin dan peka untuk membantu masyarakat sekeliling yang kurang upaya terutama di kalangan kanak-kanak dan juga merangkumi keluarga mereka.

Lebih mendangkalkan apabila ada sesetengah pihak yang berterusan cuba mengaitkan McDonald's Malaysia dengan Zionist, Jewish, Hamas, dan Palestinian sedangkan sumbangan syarikat ini kepada kebajikan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, sangat mengagumkan.
 
Hayati video ini dan nilailah sendiri...



Pada Februari tahun lepas sempena meraikan ulang tahun Ronald McDonald House Charities (RMHC) ke-25 di Malaysia, sebuah rumah banglo yang terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, telah diberi wajah yang lebih seri dengan suasana yang lebih segar. Rumah banglo ini adalah sumbangan RMHC khas untuk keluarga pesakit kanak-kanak menginap sementara anak-anak mereka menjalani rawatan di HUKM. Sebuah lagi Ronald McDonald House (RMH) terdapat di Lembah Klang.
Rumah McDonald (RMH) ini hanyalah salah satu daripada empat fokus badan amal Ronald McDonald (RMHC). Di antara lain termasuk "Ronald McDonald Gift of Smile", "Ronald McDonald Sensory Room dan "Ronald McDonald Scholarship Programme".

Sehingga hari ini, badan amal Ronald McDonald (RMHC) telah menyumbang sebanyak lebih dari RM11 juta sepanjang 25 tahun di mana lebih dari 20,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik telah mendapat manfaatnya melalui program-program amal McDonald's.

Kediaman RMH ini juga sudi memberi penginapan keluarga miskin dari luar kawasan yang jauh. Ini adalah bertujuan agar keluarga kanak-kanak ini sentiasa dan mudah untuk berada di samping anak-anak mereka yang sedang dirawat. Dengan adanya RMH, sekurang-kurangnya telah meringankan beban keluarga kanak-kanak ini daripada membayar penginapan di kawasan bandar yang pasti agak mahal.




Lihatlah saja betapa indahnya rumah kebajikan ini. Bukan sekadar indah, RMHC juga memastikan ia adalah selamat untuk kanak-kanak dengan menyediakan kerusi meja yang tidak berbucu tajam. Kemudahan lain termasuklah 19 buah bilik dengan bilik airnya sekali, dapur dan ruang makan yang sangat selesa, ruangan untuk kanak-kanak bermain dan juga bilik belajar serta dilengkapi dengan bilik laundry.

Selain daripada sumbangan yang lazim ini, RMHC juga telah berazam untuk memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Usaha untuk meletakkan tabung sumbangan di setiap lokasi restoran telah pun digerakkan dan McDonald's Malaysia juga telah bersetuju untuk mendermakan setiap ringgit yang diperolehi dari jualan kepada mangsa-mangsa banjir.

Dengan sumbangan yang sebegitu banyak kepada rakyat Malaysia, apakah kita masih ingin menafikan sumbangan kebajikan McDonald's Malaysia? Apakah pelobi yang ingin mengaitkan McDonald's dengan Israel juga berniat untuk menghalang kebajikan yang telah dan akan disumbangkan kepada kanak-kanak dan keluarga yang tidak bernasib baik ini? Siapa yang lebih berniat jahat, pelobi anti-Israel atau McDonald's itu sendiri?