Friday, February 19, 2016

PRIHATIN MCDONALD'S KEPADA RAKYAT MALAYSIA ... DI MANA DISALURKAN?

Kejayaan perniagaan McDonald's selama 33 tahun bukan sekadar berteraskan model perniagaannya semata-mata malahan program-program amal di dalam tanggungjawab sosial korporat juga menyumbang kepada kejayaan mereka. Menyedari ia adalah kejayaan bersama di antara syarikat, produk, kakitangan dan juga pelanggan, McDonald's Malaysia telah komit dalam usaha membantu masyarakat yang kurang bernasib baik terutama di kalangan kanak-kanak.

Di artikel lalu telah pun disentuh secara ringkas mengenai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan siri kempen dalam inisiatif mengumpul bantuan dan dana menerusi Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia dan salah satu daripada 4 fokus utama badan amal RMHC iaitu Rumah McDonald (RMH).

RHMC ditubuhkan pada 1990 dan inisiatifnya yang lain adalah program "Ronald McDonald Gift of Smile", Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Biasiswa Ronald McDonald di mana apsek kesihatan, pelajaran dan kebajikan adalah keutamaan program ini.


Ronald McDonald Gift of Smile

 
Ini adalah tajaan untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing. Bagi McDonald's, kanak-kanak istimewa sebegini perlu dikembalikan senyuman mereka semula dan sekiranya mereka tidak dirawat, maka mereka akan mengalami masalah pertuturan di samping kesan psikologi yang lain.

RHMC Malaysia akan membiayai sepenuhnya kos pembedahan dan rawatan pembetulan untuk kanak-kanak daripada golongan keluarga yang tidak berkemampuan. Pihak Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah memberi kerjasama penuh. Ada di antara kanak-kanak ini di rawat sehingga umur mereka 18 tahun di mana selepas pembedahan, mereka akan menjalani rawatan gigi, perkhidmatan orthodontics dan ada yang perlu menjalani sehingga terapi pertuturan pula.

Sejak program ini mula diperkenalkan pada 2004, lebih daripada 350 kanak-kanak telah berjaya untuk senyum dan bertutur seperti biasa setelah menjalani pembedahan dan rawatan pembetulan dengan perbelanjaan sebanyak RM3 juta.


Bilik Sensori Ronald McDonald
 

Menerusi Bilik Sensori Ronald McDonald, program ini membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan menggunakan peralatan multi deria khas yang didermakan kepada NGO. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau dalam suasana yang sangat selesa.

Sejak 1999, lebih daripada 5,000 kanak-kanak telah mengguna kemudahan yang disediakan di 20 buah bilik di seluruh Malaysia. Setiap bilik sensori ini memerlukan hampir RM90 ribu dan setakat ini sebanyak RM1.6 juta telah disalurkan.


Program Biasiswa Ronald McDonald 

 
Program biasiswa Ronald McDonald telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar cemerlang daripada golongan keluarga berpendapatan rendah. Program ini telah dilancarkan pada tahun 1997 dan pada mulanya ia hanya di sekitar Kuala Lumpur dan sekarang telah disalurkan ke seluruh Malaysia di mana di setiap negeri akan memilih 6 pelajar di peringkat sekolah menengah.

Pelajar yang mendapat kesemua 'A' di dalam keputusan peperiksaan PT3 dan SPM, mereka akan diberi voucer bernilai RM200 atau RM100 untuk berbelanja di restoran McDonald's.

Sehingga kini, hampir RM500 ribu disalurkan setiap tahun dan lebih dari 500 pelajar mendapat manfaat daripada RM2.6 juta di dalam program ini. Bantuan yang diberikan berbentuk elaun untuk makanan, di samping sejumlah wang tambahan pada awal tahun untuk bayaran pengangkutan, pakaian seragam dan yuran sekolah.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita juga mampu bersama-sama Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia menyumbang samada dengan kewangan
mahupun tenaga secara sukarela. RMHC mempelawa untuk menyertai sukarelawan dan boleh berdaftar ... DI SINI
 
Kepada mereka yang ingin menyalurkan bantuan selain dari kewangan pula, bolehlah dihantar terus ke Ronald McDonald House – PPUKM atau di pejabat:

Level 6, Bangunan TH,
Damansara Uptown 3,
No 3, Jalan SS21/39,
47400, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
E-Mail : rmhc@my.mcd.com
Tel : +603-7843 3388 (Ext 3229/3230)
Fax : +603 7843 3393

No comments: