Tuesday, February 09, 2016

WARGA KOTA TINGGI RAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN PERPADUAN DAN HARMONI

Sebagai rakyat Malaysia yang berlatarbelakangkan pelbagai ugama, bangsa dan adat budaya, perayaan setiap kaum pasti diraikan bersama-sama di kalangan pemimpin dan rakyatnya. Sebagai wakil Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsan telah mengambil kesempatan meraikan Tahun Baru Cina 2016 bersama-sama warga Kota Tinggi di kalangan masyarakat Tionghua dan juga yang lain.

Di kesempatan ini, Datuk Ehsan telah mengingatkan bahawa;


Amalan kunjung mengunjung ketika meraikan perayaan sesuatu bangsa tidak dilepaskan Datuk Ehsan di kawasan parlimennya malahan masyarakat Tionghua telah diraikan bersama.

Inilah muafakat rakyat Malaysia dan simbol semangat sejati 1Malaysia yang telah wujud sekian lama dan perlu ada kesinambungan yang berterusan.



Sempena Tahun Baru Lunar Cina yang meraikan kedatangan Tahun Monyet, hanya dengan perpaduan dan kerjasama sebagai rakyat Malaysia, setiap cabaran dan rintangan pasti akan dapat dihadapi asalkan setiap individu bersedia memainkan peranan masing-masing.

Walaupun Kota Tinggi berada di kawasan jauh dari bandaraya, namun sesuatu yang membanggakan adalah jalinan hubungan masyarakat yang berbeza agama dan bangsa itu ibarat adik beradik dan saudara mara mereka juga.

Sebagai salah seorang kepimpinan di dalam Barisan Nasional, Datuk Ehsan sentiasa komited bagi memastikan nilai-nilai teras 1Malaysia iaitu budaya perpaduan, kecemerlangan, ketabahan, kesetiaan dan integriti, hidup segar di kalangan semua warga Kota Tinggi.

Diharap dengan semangat Tahun Monyet ini, dapat membawa keharmonian, kebahagiaan dan kecemerlangan terutamanya di Kota Tinggi. Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepada semua!

No comments: