Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts

Monday, March 05, 2018

ANNUAR MUSA : ELAK KELIRUKAN RAKYAT DENGAN PANDANGAN PERIBADI

Perbezaan pendapat adakalanya sukar dielakkan walaupun berada di bawah satu lambang parti tetapi perbalahan yang berpanjangan boleh dihindarkan jika kepentingan parti itu diutamakan dan sedar yang setiap apa yang dikatakan mampu mengelirukan rakyat samada ia adalah pandangan peribadi atau itu adalah kenyataan parti.

Di dalam perbalahan di antara Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan pimpinan kanan MCA berkenaan Tan Sri Robert Kouk, segalanya berpunca dari pendedahan portal berita Malaysia Today yang mendedahkan beliau telah menaja DAP melalui portal The Malaysia Insight untuk merampas kuasa dari parti pemerintah Barisan Nasional.

Segalanya bermula apabila Datuk Nazri menganggap Robert Kuok berlagak 'pondan' dan mencabarnya kembali ke Malaysia dan bertanding dalam pilihanraya nanti. Manakala di pihak pemimpin MCA pula, kenyataan itu sebagai serangan terhadap kaum Cina dan telah pun dinafikan Datuk Nazri dengan melanjutkan pelbagai kenyataan berbalas yang agak keras dari kedua-dua pihak.

Seorang dari UMNO dan seorang lagi dari MCA di mana kedua-duanya adalah ahli keluarga Barisan Nasional yang bakal berhadapan dengan pertandingan pilihanraya umum akan datang. Perbalahan yang dibuat secara terbuka ini bukanlah sesuatu yang sihat untuk BN dan perlu dihentikan segera kerana rakyat dengan mudah akan keliru samada ia adalah pendirian rasmi parti ataupun ia hanyalah pandangan peribadi seorang pemimpin.

Justeru, saranan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa agar pandangan peribadi dari mana-mana pemimpin parti komponen BN seharusnya dielakkan adalah wajar setelah melihat pandangan peribadi mereka sedang dimanipulasi pihak pembangkang ibarat seekor buaya yang sedang kelaparan menunggu mangsanya untuk ditelan.

Sebagaimana kita ketahui, di pihak pembangkang hanya mampu bernyawa dengan berita-berita palsu dan akan dijadikan skrip kempen pilihanraya sehinggakan maklumat palsu ini telah disalurkan kepada media samada di luar negara mahupun di dalam negara untuk diviralkan pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya agar di pihak BN tidak akan sempat menjawab.

Akhirnya rakyat menjadi keliru dan yang pasti BN dijadikan mangsanya.

Samada Robert Kuok bersalah ataupun tidak, beliau telah menyatakan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas MalaysiaToday. Namun, bagi rakyat Malaysia, segala kekayaan yang dinikmati Robert Kuok selama ini adalah hasil dari kejayaan sistem kerajaan serta bantuan yang diperolehi dari kerajaan yang diterajui Barisan Nasional. Malahan, Robert Kuok juga telah memperakuinya.

Ingatlah, pembangkang akan sentiasa berusaha menyampaikan maklumat palsu kepada rakyat di saat-saat akhir yang menyebabkan di dalam kesibukan persiapan PRU nanti, di pihak BN bukan tidak mampu menjawab tetapi tidak akan sempat menjawab. Sekiranya perbalahan di antara Datuk Nazri dan MCA ini tidak dihentikan, dengan mudah ia akan digunakan sebagai kempen pembangkang.

40,000 warga Bangladesh dan sebaran berita yang konon pembangkang telah menang walaupun proses pengiraan masih belum bermula, itu adalah di antara sebaran maklumat palsu yang telah disebarkan di saat akhir hari mengundi di PRU13. Apakah ada di antara kita yang ingin menyumbang kepada senarai berita palsu pembangkang nanti?
 

Wednesday, February 21, 2018

#PERJUANGAN4ALL - MAHATHIR GURU TERBAIK DATUK NAZRI AZIZ


Di antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang paling lantang dan berani mengkritik politik Dr Mahathir hari ini adalah Datuk Seri Nazri Aziz di samping pemimpin-pemimpin lain seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Rahman Dahlan, Datuk Salleh Syed Keruak, Datuk Puad Zarkashi dan beberapa pemimpin yang lain.

Ada kalanya beliau nampak terlalu berani dan terlalu kasar apabila mengkritik mantan Presiden UMNO ini dan mengapa ia berlaku?

Satu pengakuan yang tidak ramai tahu. Di dalam program diskusi Perjuangan 4All yang diadakan secara langsung dari Dewan Kesedar Kuala Krai, Datuk Nazri mengaku yang adakalanya beliau terlebih kurang sopan dalam melontarkan kritikannya dan kesemua itu diajar oleh bekas bosnya, Dr Mahathir.

“Sebab itu, saya boleh serang dia kerana dia tahu, saya tahu. Banyak benda yang Dr Mahathir buat sekarang, kalau zaman dia jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dulu, dia akan pancung kita, kalau kita buat apa yang beliau buat sekarang ini,” katanya.

Sepanjang berkhidmat di bawah Dr Mahathir, beliau sering menasihatkan betapa penting dan perlunya perjuangan UMNO untuk bangsa Melayu khususnya dan di masa yang sama bangsa-bangsa lain jangan dipinggir dan dianiaya. Kesemuanya itu adalah sepertimana slogan UMNO untuk agama, bangsa dan negara.

Tetapi kesemua itu rupa-rupanya hanya satu pembohongan Dr Mahathir apabila telah bersatu dengan parti yang anti-Melayu dan anti-Islam untuk menentang UMNO. Apakah pendekatan yang terlalu berterus-terang ini perlu dipertikai dan ditegur?

Seperkara lagi, Datuk Nazri juga mengaku yang Dr Mahathirlah yang mengajarnya menjadi kurang ajar kerana baginya guru yang mengajarnya berbuat perkara yang baik tetapi hari ini dia sendiri mengkhianati kata-katanya sendiri. Jika Datuk Nazri mengamuk, ia adalah kerana beliau telah ditipu oleh gurunya Dr Mahathir. Lantas, beliau tidak boleh berdiam diri.

Mengapa pula Dr Mahathir marahkan PM Najib Razak?

Mungkin ramai telah mengetahuinya dan kini disahkan lagi oleh Datuk Nazri. Kesemuanya adalah kerana bagi Dr Mahathir, PM Najib tidak langsung memberi muka kepada anaknya, Mukhriz. Mukhriz kalah di tangan KJ dalam pertandingan Ketua Pemuda, kalah di dalam merebut jawatan Naib Presiden dan paling tidak boleh diterima, apabila Mukhriz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kedah.

Kesemua itu telah membantutkan rancangan Mahathir untuk melihat pewarisnya di tampuk kepimpinan tertinggi parti dan negara.

Apabila PM Najib menghapuskan sistem kouta dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir tidak senang hati kerana politik wang tidak dapat lagi digunakan untuk membeli undi perwakilan saja kerana lebih banyak wang yang perlu ditaburkan kepada bahagian dan cawangan untuk pengaruh undi.

KJ yang dilantik sebagai Menteri juga mendapat tentangan Dr Mahathir dan bukan kerana KJ tiada kredibiliti tetapi takut pengaruh KJ akan lebih luas di akar umbi bagi mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda. Manakala pertandingan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin telah menang tipis dan walaupun diadakan kiraan semula, Mukhriz tetap kalah.

Keputusan PM Najib menggugurkan Mukhriz dari jawatan Menteri Besar Kedah, bukanlah keputusan beliau seorang. Dr Mahathir perlu ingat, ini adalah kehendak hampir kesemua pemimpin UMNO di negeri Kedah. Mukhriz didapati gagal melaksanakan tugasnya sebagai Ketua UMNO Kedah yang mampu melemahkan Barisan Nasional.

Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO pula telah sebulat suara bersetuju menggugurkan keahlian Mukhriz kerana mencabar institusi Presiden. Apa yang berlaku ke atas anaknya, bukanlah keputusan mutlak PM Najib seorang sepertimana yang sering dilakukan Dr Mahathir ketika beliau adalah Presiden UMNO. PM Najib mementingkan suara majoriti pemimpin UMNO dan ini tidak disenangi Dr Mahathir.

Oleh itu, jika guru yang pernah mengajar anak muridnya supaya kencing berdiri tetapi beliau juga sudah mula kencing berlari, apakah perbuatan guru itu perlu didiamkan? Jika ada yang ingin mengikuti langkah guru itu, beliau janganlah marah tetapi terpaksa terima padah dari ajaran songsangnya.

Tuesday, August 20, 2013

TUGAS-TUGAS KHAS ANAK NAZRI

Perdana menteri berkata mereka boleh menggunakan khidmat anggota keluarga asalkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan atau mencampuri urusan dalam kementerian.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," kata Perdana Menteri - MI
 
Nazri Aziz pula berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan - AstroAwani

Kementerian Pelancongan Malaysia kata di dalam Staff Directory?

MINISTER OFFICE - MOTAC

Zam kata....
Nazri  becakap dengan sombong dan bongkak yang memberikan gambaran  seolah olah tidak ada siapapun yang berhak untuk menggugurkannya dari jawatan menteri. Tidakkah  dengan caranya itu orangramai memikirkan "oh dia kebal, dia  orang Najib"

The general opinion of the people is against this type of nepotisme. This is a perfect example of nepotisme. Appointing your own family to positions of influence.

Sekarang, apa pula kata mantra;