Jangan masih ada yang kata pemandu teksi dan bas, kesemuanya adalah mereka yang tidak bertanggungjawab dan kerap menyusahkan pengguna jalanraya. Hakikatnya, hanya segelintir yang berkelakuan begitu tetapi ramai yang mencari rezeki dengan cara halal dan oleh yang demikian, saban tahun pihak SPAD menghargai pemandu-pemandu pengangkutan awam apabila anugerah khas diberikan kepada mereka.
Acara ini akan menyaksikan penyampaian Anugerah kepada pengendali-pengendali yang telah mempamerkan kecekapan dan kecemerlangan dalam operasi harian mereka dengan melaksanakan pendekatan yang inovatif dalam menyelesaikan cabaran harian serta meningkatkan piawaian perkhidmatan dalam industri LPT akan berlangsung.
Pada tahun ini, seramai 6 pemandu teksi telah dicalonkan untuk menerima anugerah SPAD dan 1 anugerah khas.
Anugerah Khas
Anugerah Khas ini adalah untuk kesedaran sivik yang ditunjukkan oleh Mohd Zaidi bin Yussof, pemandu bas Etika Delta untuk tindakan yang luar biasa membantu penumpang dalam keadaan kesusahan dan kecemasan.
Pada 16 Mei 2015, semasa dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, salah seorang penumpang ingin melahirkan anak. Pemandu tersebut mengikuti prosedur keselamatan untuk menghentikan kenderaannya di lokasi yang selamat.
Beliau menghubungi talian kecemasan dan berjaya membantu penumpang tersebut melahirkan anak secara normal serta mengawal keadaan sehingga Ambulans tiba.
Calon-Calon Pemandu Teksi
Berdasarkan rekod perkhidmatan sebagai pemandu teksi yang telah lama berkecimpung dalam perkhidmatan teksi. Seorang pengguna yang bernama En.Tan Teck Jun iaitu pengguna tegar perkhidmatan teksi telah menyatakan pemandu ini telah memberikan perkhidmatan yang jujur dan amanah dan antara yang terbaik beliau pernah jumpa.
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini.
Seorang pemandu teksi bajet telah memberikan perkhidmatan cemerlang di mana seorang pelancong warga Eropah Mr. Albine D Conorio telah berkongsi penghargaan kepada pihak SPAD melalui emel dengan menyatakan penghargaan kepada pemandu ini disebabkan oleh ketulusan dan integriti beliau dengan menyerahkan sejumlah wang yang tertinggal di dalam kenderaan beliau. Pelancong merasakan sikap amanah dan terpuji yang ditunjukkan ini mampu untuk diteladani.
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini.
Berdasarkan rekod perkhidmatan sebagai pemandu teksi yang telah lama berkecimpung dalam perkhidmatan teksi. Seorang pengguna bernama En. Michael Lim menyatakan perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu adalah selamat, selesa dan kebolehpercayai ini kerana beliau telah menempah pemandu ini untuk isteri beliau sewaktu jam 3 pagi untuk dihantar ke KLIA.
Berdasarkan sikap telus dan amanah ini beliau merasakan pemandu mempunyai kualiti intergriti yang bagus.
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini.
Seorang pemandu teksi bajet telah memberikan perkhidmatan yang cekap dimana membantu seorang pelancong asing dengan menghulurkan bantuan kepada mereka. Sehubungan itu sebuah penghargaan telah dikongsikan kepada pihak SPAD melalui emel dengan menyatakan penghargaan kepada pemandu ini disebabkan oleh ketulusan dan integriti beliau memberikan bantuan aduan kepada pihak SPAD dan menyerahkan sejumlah wang yang tertinggal di dalam kenderaan beliau. Pelancong merasakan sikap amanah dan terpuji yang ditunjukkan ini mampu untuk diteladani.
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahun ini.
Berdasarkan rekod perkhidmatan sebagai pemandu teksi yang telah lama berkecimpung dalam perkhidmatan teksi. Seorang pengguna bernama Cik Shermin Chan seorang pelajar UTAR menyatakan pemandu seorang yang baik hati dengan memulangkan beg selepas didapati tertinggal didalam kenderaan beliau. Penumpang berasa bersyukur dan berterima kasih dengan sikap kejujuran yang ditunjukkan oleh pemandu.
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini.
Berdasarkan rekod perkhidmatan sebagai pemandu teksi yang telah lama berkecimpung dalam perkhidmatan teksi. Seorang pengguna bernama En. Chew Mun Ling menyatakan beliau seorang yang amanah apabila barang yang tertinggal dalam teksi dipulangkan serta merta dalam tempoh 5 minit selepas penumpang tersedar tertinggal barangan berharga beliau di dalam kenderaan tersebut.
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini.
Bagi pemain utama industri pengangkutan awam pula, mereka juga telah diberi pengiktirafan untuk pelbagai kategori. Di antaranya;
Operator Bas Henti-Henti
- Prasarana Malaysia Berhad (RapidKL) - Operator Terbaik
- Syarikat Pengangkutan Maju Berhad - Amalan Keselamatan Terbaik
- Handal Indah Sdn Bhd - Pengurusan Aduan Terbaik
Operator Bas Ekspres
- Tiara Pesona Sdn Bhd (Ekspres Perdana) - Operator Terbaik
- Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) - Amalan Keselamatan Terbaik
- Sani United (Sani Express) - Pengurusan Aduan Terbaik
Lorry (KA) - Operator Kontena
- Century Total Logistics Sdn Bhd - Operator Terbaik
- Taipanco Sdn Bhd - Amalan Keselamatan Terbaik
- MISC Integrated Logistics Sdn Bhd - Pengurusan Aduan Terbaik
Lorry (LA) – Operator Kargo
- NITTSU Transport Service (M) Sdn Bhd - Operator Terbaik
- Sin-kung Logistics Sdn Bhd - Amalan Keselamatan Terbaik
- Tasco Berhad - Pengurusan Aduan Terbaik
Operator Rel
- Express Rail Link (ERL) - Amalan Keselamatan Terbaik & Perkhidmatan Pelanggan Terbaik
- Train Transit System (TTS) - Pengurusan Aduan Terbaik
Operator Terminal
- Terminal Bersepadu Selatan - Terminal Terbaik
- Terminal Amanjaya - Terminal Akan Datang Terbaik
Anugerah Merit
- Stesen Sentral Kuala Lumpur Rail Hub Terminal - Merit Khas
- Columbia Leisure Sdn Bhd Excursion Bus - Merit Khas
No comments:
Post a Comment