Jika kita adalah pengguna mahupun sekadar sebagai pemerhati ke atas perubahan-perubahan ketara yang sedang berlaku terutama perhubungan pengangkutan awam darat, pasti kita dapat lihat beberapa struktur pembinaan tiang-tiang panjang di sekeliling bandaraya Kuala Lumpur. Apa yang sedang kerajaan rancangkan sehingga menyebab kadangkala berlaku kesesakan lalu lintas?
Terlalu banyak perubahan sehingga ketika musim cuti, ramai yang terpaksa peka dengan pengumuman-pengumuman perjalanan dan bagi penumpang bas ekspres yang ingin balik kampung pula, ada yang terpaksa menukar terminal bas mereka ke Terminal Bas Bersepadu, betulkah ia menyusahkan? Lebih teruja apabila ada yang tertanya-tanya kenapa bila tiba di kampung, bas-bas di kawasan mereka berubah wajah.
Bagi mereka yang sering menjadi penumpang teksi, nampaknya semakin kurang aduan dan laporan yang dibuat terhadap mereka. Kenderaan yang diguna sebagai teksi juga banyak yang telah bertukar wajah dan lebih utama, semakin banyak pilihan teksi.
Pada November akan datang, perjanjian rasmi keretapi laju KL-Singapuran bakal termeterai. Apa perkembangannya sekarang?
Kesemua perubahan ketara dan pertanyaan di atas akan terjawab jika anda meluangkan masa di Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat anjuran SPAD yang bakal diadakan seperti berikut;

Ia bukan sekadar satu pameran biasa, malahan disediakan maklumat-maklumat kepada mereka yang berminat di dalam industri pengangkutan awam darat untuk mencari peluang kerjaya. Dengan kerancakan kerajaan melaksanakan pelbagai penambaikan pengangkutan awam darat, pasti memerlukan banyak tenagakerja dan inilah masanya agar kita tidak ketinggalan;
Sambil mengumpul maklumat, jangan lupa... pelbagai hadiah menarik sedang menanti anda. Anda pasti tidak akan meninggalkan pameran ini dengan tangan kosong kerana di antara hadiah yang mungkin dibawa pulang;
Jika anda bernasib baik, berkemungkinan suara anda akan ke udara dan didengari di HotFm apabila DJ-DJ terkemuka akan memilih anda untuk berbicara. Yang pasti, anda akan ditemui dengan;
Oleh itu, mulakan booking 17 Oktober ini dan lapangkan hari tersebut agar kita tidak ketinggalan. Jom rama-ramai, jadikan 17 Oktober hari yang paling bermakna sambil lebih mengetahui transformasi pengangkutan awam darat.
No comments:
Post a Comment