67. Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yang kompleks,
bukanlah perkara enteng. Sebagai Kerajaan yang merasa denyut nadi
rakyat, sepanjang beberapa bulan yang lalu, Kerajaan juga telah menerima
ribuan idea daripada rakyat pelbagai lapisan dan kategori.
Tuan Yang Dipertua,
68. Bertapak dari itu, makanya Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan.
Satu: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan
nasional dalam pembinaan negara bangsa. Kepelbagaian etnik dan
kemajmukan sebagai aset teras kemajuan dan pembangunan negara semenjak
dulu, kini dan selamanya;
Kedua: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara;
Ketiga: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu;
Keempat: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang gigih berusaha, dengan
arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan
yang tersusun, efisyen lagi holistik.
Indeed, this Government has
delivered,… we are still delivering and most importantly, we will
continue to deliver.
dan,…
Kelimanya: Kalau dalam bernegara, kita berpegang kepada ideologi
kebangsaan yakni Rukun Negara. Maka dalam mentadbir Malaysia, Kerajaan
ini akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal
sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kesederhanaan, keseimbangan,
keadilan sosial, kesaksamaan dan kecemerlangan.
Ini bererti,… kita senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk
memperoleh yang terbaik,… bukan sederhana, complacent atau berpuas hati
dengan pencapaian ala kadar sahaja.
Pembentangan lengkap ... DI SINI
No comments:
Post a Comment