Showing posts with label Simposium LPT 2016. Show all posts
Showing posts with label Simposium LPT 2016. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

5 TAHUN SPAD - LAPORAN PENCAPAIAN DIBENTANG KEPADA PERDANA MENTERI

Salah satu yang menjadi keutamaan PM Najib Razak ketika mula dilantik sebagai Perdana Menteri adalah sektor pengangkutan awam. Beliau percaya yang pertumbuhan sosioekonomi untuk membolehkan peningkatan taraf hidup rakyat perlu diberi perhatian penuh terhadap sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik maka dengan kesungguhan politik, satu suruhanjaya ditubuhkan dan kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau singkatannya SPAD.

Kenyataan di atas telah diulangi Datuk Seri Najib ketika majlis pelancaran Pelan Induk 5 Tahun Sistem Pengangkutan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016. 



Di dalam memilih seorang Pengerusi untuk menerajui suruhanjaya ini, Datuk Seri Najib memilih seseorang yang berpengalaman dan mempunyai keberanian serta kesungguhan di mana seseorang itu telah menunjukkan kemampuan berhadapan dengan pemimpin-pemimpin sukar dunia. Maka, DS Najib hanya dapat memikirkan Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai calon Pengerusi yang paling layak sebagai Pengerusinya dan kini, Tan Sri telah membuktikan pilihan DS Najib adalah tepat.

Berbekal dengan seorang Pengerusi yang berani dan berpengalaman serta ditambah dengan kesungguhan politik di bawah pimpinan DS Najib, maka setelah 5 tahun, kerajaan berjaya meningkatkan nisbah mod pengangkutan awam darat kepada 21% pada tahun 2015 berbanding 11% pada tahun 2009. Bagi SPAD pula, di bawah Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara, sasaran perkongsian mod di tahap 40% untuk kawasan bandar menjelang tahun 2030.

Kini kerajaan berada di landasan yang betul apabila inisiatif kerajaan yang mengutamakan penambahbaikan pengangkutan awam darat walaupun di dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, segala perbelanjaan yang telah dirancang kerajaan tidak akan terjejas.

Sehingga kini kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib telah melabur lebih dari RM70 bilion untuk projek-projek infrastruktur yang berimpak tinggi seperti LRT, MRT dan HSR (High Speed Rail) yang akan mampu memberi banyak faedah kepada rakyat samada dalam jangkamasa terdekat mahupun di masa-masa
mendatang.

Di antara kata-kata penghargaan Tan Sri Syed Hamid di dalam buku laporan tahunan 5 tahun SPAD; 


Bagi pihak SPAD pula, Pengerusinya Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar telah berkongsi pencapaian 5 tahun SPAD di mana di dalam kaji selidik Indeks Kepuasan Pelanggan 2015, maklumbalas orang ramai yang dikumpul telah menunjukkan peningkatan daripada 48% pada tahun 2010 kepada 74% pada 2015. Jumlah purata penumpang harian bagi rel dan bas pula telah mencapai sehingga 1.5 juta pada akhir 2015.

Namun, Tan Sri Syed Hamid juga berpandangan yang beberapa segmen industri masih memberikan banyak cabaran dan memerlukan usaha berterusan. Di antara yang disentuh Tan Sri adalah memperkemas perkhidmatan rel, bas dan teksi serta meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan semua mod. Kesemua itu adalah proses berterusan melalui syarat-syarat pelesenan dan keperluan kawal selia terhadap pengendali atau operatornya.

Segala pencapaian ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan ia tidak akan berlaku sekiranya tiada perancangan awal yang komprehensif serta kesungguhan kerajaan pimpinan DS Najib membuat pembaharuan dasar. Dengan kesungguhan dan keberanian saja maka hari ini rakyat telah menikmati segala penambahbaikan pengangkutan awam darat. 

Monday, October 17, 2016

CALON-CALON ANUGERAH PENGANGKUTAN AWAM DARAT KEBANGGAAN NEGARA


Jangan masih ada yang kata pemandu teksi dan bas, kesemuanya adalah mereka yang tidak bertanggungjawab dan kerap menyusahkan pengguna jalanraya. Hakikatnya, hanya segelintir yang berkelakuan begitu tetapi ramai yang mencari rezeki dengan cara halal dan oleh yang demikian, saban tahun pihak SPAD menghargai pemandu-pemandu pengangkutan awam apabila anugerah khas diberikan kepada mereka.

Acara ini akan menyaksikan penyampaian Anugerah kepada pengendali-pengendali yang telah mempamerkan  kecekapan dan kecemerlangan dalam operasi harian mereka dengan melaksanakan pendekatan yang inovatif dalam menyelesaikan cabaran  harian serta meningkatkan piawaian perkhidmatan dalam industri LPT akan berlangsung.

Pada tahun ini, seramai 6 pemandu teksi telah dicalonkan untuk menerima anugerah SPAD dan 1 anugerah khas.

Anugerah Khas

Anugerah Khas ini adalah untuk kesedaran sivik yang ditunjukkan oleh Mohd Zaidi bin Yussof, pemandu bas Etika Delta untuk tindakan yang luar biasa membantu penumpang dalam keadaan kesusahan dan kecemasan.  

Pada 16 Mei 2015, semasa dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, salah seorang penumpang ingin melahirkan anak. Pemandu tersebut mengikuti prosedur keselamatan untuk menghentikan kenderaannya di lokasi yang selamat. 

Beliau menghubungi talian kecemasan dan berjaya membantu penumpang tersebut melahirkan anak secara normal serta mengawal keadaan sehingga Ambulans tiba. 

Calon-Calon Pemandu Teksi

Berdasarkan rekod perkhidmatan  sebagai pemandu teksi yang telah lama berkecimpung dalam perkhidmatan teksi. Seorang pengguna yang bernama En.Tan Teck Jun  iaitu pengguna tegar perkhidmatan teksi telah menyatakan pemandu ini telah memberikan perkhidmatan yang jujur dan amanah dan antara yang terbaik beliau pernah jumpa.
 
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini. 







Seorang pemandu teksi bajet telah memberikan perkhidmatan cemerlang di mana seorang pelancong warga Eropah Mr. Albine D Conorio telah berkongsi penghargaan kepada pihak SPAD melalui emel dengan menyatakan penghargaan kepada pemandu ini disebabkan oleh ketulusan dan integriti beliau dengan menyerahkan sejumlah wang yang tertinggal di dalam kenderaan beliau. Pelancong merasakan sikap amanah dan terpuji yang ditunjukkan ini mampu untuk diteladani. 
 
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini. 





Berdasarkan rekod perkhidmatan  sebagai pemandu teksi yang telah lama berkecimpung dalam perkhidmatan teksi. Seorang pengguna bernama En. Michael Lim menyatakan perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu adalah selamat, selesa dan kebolehpercayai ini kerana beliau telah menempah pemandu ini untuk isteri beliau sewaktu jam 3 pagi untuk dihantar ke KLIA. 

Berdasarkan sikap telus dan amanah ini beliau merasakan pemandu mempunyai kualiti intergriti yang bagus. 

Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini. 




Seorang pemandu teksi bajet telah memberikan perkhidmatan yang cekap dimana membantu seorang pelancong asing dengan menghulurkan bantuan kepada mereka. Sehubungan itu sebuah penghargaan telah dikongsikan kepada pihak SPAD melalui emel dengan menyatakan penghargaan kepada pemandu ini disebabkan oleh ketulusan dan integriti beliau memberikan bantuan aduan kepada pihak SPAD  dan menyerahkan sejumlah wang yang tertinggal di dalam kenderaan beliau. Pelancong merasakan sikap amanah dan terpuji yang ditunjukkan ini mampu untuk diteladani.  
 
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahun ini.



Berdasarkan rekod perkhidmatan  sebagai pemandu teksi yang telah lama berkecimpung dalam perkhidmatan teksi. Seorang pengguna bernama Cik Shermin Chan seorang pelajar UTAR menyatakan pemandu seorang yang baik hati dengan memulangkan beg selepas didapati tertinggal didalam kenderaan beliau. Penumpang berasa bersyukur dan berterima kasih dengan sikap kejujuran yang ditunjukkan oleh pemandu. 
 
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini. 






Berdasarkan rekod perkhidmatan  sebagai pemandu teksi yang telah lama berkecimpung dalam perkhidmatan teksi. Seorang pengguna bernama En. Chew Mun Ling menyatakan beliau seorang yang amanah apabila barang yang tertinggal dalam teksi dipulangkan serta merta dalam tempoh 5 minit selepas penumpang tersedar tertinggal barangan berharga beliau di dalam kenderaan tersebut. 
 
Berdasarkan semakan rekod antara agensi pemandu tiada mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan dari pihak pengguna. Sehubungan itu beliau adalah layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah industri pada tahunan ini.







Bagi pemain utama industri pengangkutan awam pula, mereka juga telah diberi pengiktirafan untuk pelbagai kategori. Di antaranya;

Operator Bas Henti-Henti
  • Prasarana Malaysia Berhad (RapidKL) - Operator Terbaik
  • Syarikat Pengangkutan Maju Berhad - Amalan Keselamatan Terbaik
  • Handal Indah Sdn Bhd - Pengurusan Aduan Terbaik 

Operator Bas Ekspres
  • Tiara Pesona Sdn Bhd  (Ekspres Perdana) - Operator Terbaik
  • Konsortium E-Mutiara Berhad  (E-Mutiara) - Amalan Keselamatan Terbaik
  • Sani United  (Sani Express) - Pengurusan Aduan Terbaik
Lorry (KA) - Operator Kontena
  • Century Total Logistics Sdn Bhd - Operator Terbaik
  • Taipanco Sdn Bhd - Amalan Keselamatan Terbaik
  • MISC Integrated Logistics Sdn Bhd - Pengurusan Aduan Terbaik
Lorry (LA) – Operator Kargo
  • NITTSU Transport Service (M) Sdn Bhd - Operator Terbaik
  • Sin-kung Logistics Sdn Bhd - Amalan Keselamatan Terbaik
  • Tasco Berhad - Pengurusan Aduan Terbaik
Operator Rel
  • Express Rail Link (ERL) - Amalan Keselamatan Terbaik  &  Perkhidmatan Pelanggan Terbaik
  • Train Transit System (TTS) - Pengurusan Aduan Terbaik
Operator Terminal
  • Terminal Bersepadu Selatan - Terminal Terbaik
  • Terminal Amanjaya - Terminal Akan Datang Terbaik
Anugerah Merit
  • Stesen Sentral Kuala Lumpur Rail Hub Terminal - Merit Khas
  • Columbia Leisure Sdn Bhd Excursion Bus - Merit Khas