Thursday, February 05, 2015

YANG BERKHIDMAT DATUK WEE KA SIONG


Jika sesiapa yang berkesempatan ke Air Hitam, sebut saja nama Datuk Wee Ka Siong pasti tidak ada yang tidak mengenali beliau samada penduduk Melayu ataupun Cina dan India.

Datuk Wee telah mula bertapak di Parlimen Air Hitam sejak PRU 11 dan selama itulah, beliau telah memenangi pilihanraya umum di bawah tiket parti komponen BN iaitu MCA. Demografi pengundi di Air Hitam mengikut pecahan kaum adalah Melayu:57.91%, Cina :37.96%, India:3.96% dan lain-lain:0.17%.

Selama lebih 10 tahun, Datuk Wee mengamalkan prinsip terus komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan tiada istilah membuang masa. Pernah di dalam temuramah yang dilaporkan Malaysia Insider beliau menyatakan, seandainya seseorang menelefonnya dan selagi tidak membalas panggilan telefon, beliau tidak akan berasa senang hati.

Kita juga tertanya-tanya apabila seorang wakil bangsa Cina mampu mengekalkan kerusi Parlimennya selama 3 penggal di kawasan majoriti pengundinya adalah Melayu dan sentiasa mengekalkan majoriti undinya dengan bergaya. Bagaimana mungkin Datuk Wee lakukan dan apa yang telah beliau lakukan?

Di dalam temuramah Malaysia Insider, beliau berkongsi sejarah hidupnya di mana beliau membesar di kalangan penduduk Melayu di Jasin dan bapanya adalah seorang penoreh getah. Sejak dari kecil, beliau memahami apa itu kesusahan dan kerja keras apabila pernah bekerja sebagai buruh kasar di kala sekolah rendah dan bekerja di kilang sementara menunggu keputusan SPM.

Mengatasi kepayahan dan kesusahan rakyat bukan sekadar mendengar keluh kesah mereka tetapi Datuk Wee telah mengamalkan pendekatan "turun padang" dan sampaikan bantuan kepada warga Air Hitam tanpa memilih bangsa dan kulit. Sesiapa sahaja di Air Hitam yang mengalami kesusahan, pasti akan dapat perhatian Datuk Wee dan bantuan segera dihulurkan.

Pada awal tahun ini, hampir ke setiap pelosok kawasan di Kampung Hj. Kamisan telah dilawati Datuk Wee dan beliau sendiri telah menyampaikan bantuan wang tunai kepada 7 keluarga agar dapat meringankan beban mereka. Ada di antara mereka yang sedang mengalami kesusahan dan ada di antara ahli keluarga yang sedang menghidapi penyakit kronik diberi bantuan

Sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat daripada pokok tumbang dan Datuk Wee telah mengarahkan kepada pasukan perkhidmatan beliau yang terdiri daripada JKKK untuk membaikinya secara gotong-royong dengan bahan binaan dibekalkan dan perlu dibaiki dalam tempoh 60 hari.

Dengan jawatan yang kini disandang Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden MCA, beliau masih mempunyai masa untuk berkhidmat kepada penduduk tempatan dan menjengok mereka. Sesibuk mana pun dengan tugasan yang memerlukan kebanyakan masa di ibu negara, namun kebajikan penduduk setempat tidak akan diabaikan.

Inilah bezanya di antara Ahli Parlimen pembangkang dan Ahli Parlimen BN. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hanya mampu pandai bercakap dengan memberi janji minis di bibir mereka sahaja di mana Datuk Wee ibaratkan mereka sebagai "kacang lupakan kulit". Mereka inilah sebenarnya yang telah mengkhianati tugasan mereka sebagai Ahli Parlimen kepada rakyat yang telah memberi undi dan kepercayaan ketika pilihanraya.

No comments: