Bas-bas sekolah kini berwajah lebih ceria daripada biasa yang rata-rata hanya berwarna kuning-oren. Apabila pelbagai iklan yang berwarna-warni di badan-badan bas sekolah, pasti ini juga dapat menceriakan kanak-kanak ke sekolah.
Pengumuman membenar dan menggalakkan meletak iklan di badan-badan sekolah telah dicadangkan pihak SPAD pada awal tahun lalu. Ini adalah salah satu cadangan dari pihak kerajaan untuk menjana pendapatan lebih kepada pengusaha-pengusaha bas yang telah mengalami peningkatan kos operasi dan alat-alat ganti tanpa perlu kompromi perkhidmatan mereka.
Inisiatif pengiklanan bas sekolah ini telah disambut Star Publication dan melancarkan satu skim pada 10 Februari lalu di I-City, Shah Alam setelah mendapat maklumbalas positif dari Persatuan-Persatuan bas sekolah.

Pada perspektif SPAD, manfaat di peringkat permulaan yang akan diperolehi pengusaha-pengusaha bas sekolah ialah tambahan pendapatan sekitar RM200 hingga RM400 sebulan dan ini bergantung kepada saiz iklan di badan sekolah.
Yang lebih penting, apabila pengusaha-pengusaha bas ini bersetuju dengan skim ini, mereka akan lebih bertanggungjawab bukan sahaja menjaga badan-badan bas malahan pengusaha juga pasti akan menjaga keadaan di dalam bas sekolah mereka.
Keadaan bas yang bersih di luar dan dalam merupakan antara syarat penting skim Star Publication ini. Di samping itu, SPAD juga meletakkan syarat pengusaha-pengusaha bas perlu mempunyai lesen pengendali dengan S.P.A.D., memiliki kontrak pengiklanan yang sah dengan syarikat yang ingin mengiklankan produk/perkhidmatan di badan kenderaan bas sekolah dan iklan yang dipamerkan mestilah mematuhi syarat-syarat pengiklanan yang ditetapkan oleh S.P.A.D dan Kaedah-Kaedah Bas Sekolah (Warna Dan Tanda) 1987.
Walaubagaimanapun, syarikat pengiklanan lain yang berminat boleh terus berurusan dengan pengusaha bas sekolah atau persatuan-persatuan bas sekolah dan hantar permohonan ke pejabat-pejabat SPAD. Sekiranya pengusaha bas sekolah berminat dengan skim Star Publicatio, mereka boleh terus menghubungi 03-79668230 atau email outdoor@thestar.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej-pakej mereka.
Nampaknya, dengan pelancaran skim Star Publication ini mampu dijadikan penggerak kepada syarikat-syarikat pengiklanan lain juga di samping memberi tambahan pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bas.
Yang lebih mustahak, bas-bas sekolah yang dahulu nampak muram, tetapi kini akan lebih ceria dengan warna-warni menarik. Usaha ini bukan sahaja boleh dimanfaatkan satu pihak tetapi akan mampu memberi manfaat kepada banyak pihak lain seperti syarikat yang meletakkan iklan, pengguna dan pembeli seperti ibubapa, guru-guru dan kanak-kanak sekolah termasuk masyarakat sekitarnya.
Semoga hari-hari anak-anak kita akan lebih segar dan ceria dan pengusaha-pengusaha bas sekolah dapat manfaatkan cadangan iklan ini.
No comments:
Post a Comment